February 9, 2010

Sekejap Je

Ok, dah berhabuk.

Lama tak update apa-apa.

Sangat sibuk dengan kerja + kedai burger
Cuma ada masa di Facebook.
1
:)

February 3, 2010

Permulaan yang baik untuk tahun ini

1
orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
orang cakap sementara belum ade anak ni, enjoy habis habisan
orang cakap sementara kudrat masih ade, pi lah carik rezeki

dengan percakapan orang orang di atas maka aku dengan si dia mengambil langkah untuk memperbaiki diri sendiri. melaksanakan impian kecil kami.

maka semalam menjadi sejarah..kami bukak stall jual burger. :)
1

usai maghrib, aku packing segala keperluan dan punggah dalam bonet. kaki aku dah rase pijar pijar gak mase ni tapi sebab excited punye pasal, aku lunggah saje.
1

macam ni la ghoman impian kecil kami. feeling feeling kampung sebab stall nye bersaiz mini. tapi orang cakap kecil kecil lama lama jadi bukit.
1
oh itu dia peminat berani mati kami. datang seawal mungkin.haha.yang lelaki itu empunya kedai sebelah tu. dia buat kedai PS, sejam RM2.so sape2 yang duk area PD- LUKUT, moh la ke gerai. sambil makan leh main game. mesti tambah enjoy.
1
1
eh lupe nak betau menu yang ade. yang biase biase saje la. burger ayam, daging dan benjo. harga bermula dari RM2.30. semua ingredients terbaik dari ladang ye.ewahhhh..si dia kate dia akan cuba beri yang terbaik supaya berbaloi dengan harga yang dibayar..promote!!!
1
1
okay okay..budak ni sangat lawak. ni beli 4 burger daging. pastu cakap 4 takmo sayo, 4 mau sayo. aiyooo....mane satu ni dik?nasib baik comel gile
1
1
mase ni dah nak tutup kedai dah.kul 12am dah kot.menggigil lutut mak.si dia boleh bagi arahan suh aku set up dulu stall hari ni. nak betah kang cakap tak support, baik aku diam je sambil memandang sepi ke arah tong gas kuning tu.
1
sebelum perlumbaan dengkuran malam tadi, si dia berangan. mahu tambah itu dan ini. sambil mengurut lengan sasa beliau, aku pujuk dia supaya buat satu2 dulu. ade rezeki kita cuba yang lain. sebenarnye dalam hati aku dah recee tempat goreng fries kat tesco aritu. berbaloi baloi..okay senyap kau intan
1
oh, malam ni kami mau launching burger oblong. mari lah datang mencuba.