January 20, 2011

Nak ikut kau je lah?

Perasan atau tak yang semua benda kita buat ni sebab nak penuhi keinginan orang lain.

Drama 1
Sedara mara heboh tanye bile nak kawin. Kite pun mengongoi la kat bf suh masuk pinang cepat.

Done

Drama 2
Sedare mara kecoh cakap tak elok tunang lama2. Lagi sekali kita mengongoi kat tunang kumpul duit cecepat dan kawin.

Done

Drama 3
Sedara mara HEBOH suh beranak sebelum umur 30 tahun sebab nanti senang nak uruskan anak masuk sekolah. KITA takkan nak mengongoi kat suami ajak PROJEK siang malam pulak? Kalau iye pun kita buat siang malam, dah belum rezeki nak buat mcm mane?

NOT DONE

Semua drama kat atas ni terjadi bukan atas kehendak diri sendiri gamak eh. Macham terpaksa lupakan impian sendiri semata mata tutup mulut orang sekeliling. Tak guna lah ade impian kalau macam tu kan?

Ok,ape tujuan kita kawin? Aku kawin sebab nak menghalalkan hubungan aku dengan suami. Anak tu ikut rezeki. Kalau cepat,syukur..kalau lambat,usaha dan berserah sahaja.

Untuk mereka yang terus bunting lepas menikah,aku tumpang happy. Untuk mereka yang dah punya anal berderet,alhamdulillah..murah rezeki korang. Tapi ingat, jangan kufur nikmat. Toksah nak melaser bila jumpe aku kat kenduri kendara. Rezeki yg kau dapat tu bukan kekal. Mane tau tup tup esok anak kau tido panjang, tak bangun2. Haaaaa..takutkan? So plis behave mulut tu ye.

Maka aku takkan nak jadi pelakon plastik lagi untuk drama ke 4. Aku dah ade life sendiri so back off. Aku happy dengan life macham ni.

HALFLY DONE

p/s : mintak maaf bagi yg terasa hati. Tapi ade aku kesah? Sebab mase korang melaser, ade korang ambik tau perasaan aku?


- Posted using BlogPress from my iPhone

January 19, 2011

Acik Kantin

Ko ingat senang ke nak jadi acik kantin? Dah la gelaran ACIK tu buat hati aku macam kene lapah pastu nak melayan pe'el student yang kadang2 buat aku lemah jantung sebab aku perasan jadi cikgu disiplin gak.

Walaupun dengan eyeliner pekat dan mascara kalis air,toksah verangan la nak tukar ACIK jadi akak ye. Sayu hati den weh. Tapi ade jugak sorang dua yang menyiku perut si kawan tatkala nama acik dilaungkan. Tima kasih dik..haha

Dulu aku ingat senang la nak jadi acik kantin ni tapi sangkaan ku meleset. Banyak lak aii requirements eh. Nak itu..nak ini.


Salah satu yang wajib ni kena gi kursus pengendalian makanan.RM50 ye tuan puan. Mendapatla aku mengadap encik fasilitator yang tah dia berceramah atau dia tengah bersungut kat depan tu. Boring gile. Take five pun dia hidangkan air mineral dengan pulut panggang. Tapi overall,kursus ni memang bagus. Banyak info berguna aku dapat dan paling best sijil ni valid untuk seumur hidup (yeay!).

Eh,tak stop sampai situ ye. Ade lagi satu benda aku kene buat. Injection. Seriau aku weh. Injection ni untuk pelalian badan nyahkuman. RM35 pulak kali ni. Valid untuk 2tahun. Tapi nasib baik ade option lain, telan ubat. Fuhhhhh..tarik nafas lega.


Yeay! Bangga pulak bila dapat buku kecik ni dari nurse tu. Tersengih sengih aku time keluar dari klinik. Muke bangga habis dah tu weh. Haha..

Jadi nye aku skang memang dah confirm bergelar acik kantin. Esok esok kalau korang tengok berita ade pasal murid makan tapak kasut, tu mungkin aku la kot sebab dah tak sabar tengok perangai budak sekolah zaman sekarang. Hahaha

- Posted using BlogPress from my iPhone

January 18, 2011

Its been a while..and im back

Hoh! Lame betul aku tak membebel kat blog sendiri. Asik heboh pi blog org tinggalkan komen je. Anak monyet aku susukan, anak sendiri aku biakan haus kasih sayang. Ewahh..haha

Dah 17hari kita masuk ke tahun baru. So far korang mcm mane? Azam lame siap compiled dengan yang baru ke? Aku dah malas nak berazam-azam ni. Ade,alhamdulillah..takde,aku senyum je. Hehe. Eh aku dah tak keje gomen lagi dah. Kontrak dah habis dan tak disambung. Sadis jugak la tapi nasib baik aku enjoy buat ape yang aku buat sekarang ni. Aku tolong laki aku meniaga kat kantin sekolah ehem ehem kat PD. Kitorang ade booth sendiri kat area kantin tu,jual burger saje.


Tapi alhamdulillah,sales memberansangkan. Dan aku mcm dah syok pulak meniaga ni.

Part penat tu satu hal la pada mggu pertama. Masuk mggu kedua,aku dah rileks. Yelahkan, selama ni keje dok atas kerusi besarkan bontot pastu ekon fuh fuh fuh hadap muke kau kan..pastu kene pulak berdiri 4jam non stop, potong roti,sapu planta. Sampai aku terfikir bisep dgn trisep aku ni sok tumbuh kepak macam abang body kat gym tu. Lame kot keje rileks sokmo,tak ke terkehel urat badan bile dah ngadap mcm ni.

So jadual life aku memang totally dah berubah. Bangun pagi gi kantin pastu kang balik rumah lepas Asar, rehat sekejap dan sambung meniaga kat stall pulak. Kalau dulu masa kerja bleh tip tot main sms ke, cek fb ke..skang memang tak dapat la jack. Selagi keje aku tak sudah,selagi tu la aku tak ngadap henpon weh. Kang ade tetibe pipi aku rase panas je kang sebab laki dok tenyeh atas kuali. Hahaha.


Mak aku dok bising suh carik keja lain. Eh yg skang ni bukan nama keje ke? Haha. Ye lah, mak mane tak risau kalau anak dia takde pendapatan tetap bile sampai hujung bulan kan? Tapi dah dekat sebulan ni aku seems selesa dengan ape yang aku buat. Kalau bukan aku, sape je lagi nak tolong laki aku. Boleh je gajikan orang tapi kang aku fikir nak bayar gaji lagi, semenggah ke dia buat keje, amanah ke orang nye..takpelah, aku berkorban..


Dan aku berdoa agar keputusan yang aku buat ni tepat dan mendapat keberkatan dari-Nya.

Hopefully korang yang boleh aku panggil teman,mendoakan impian kecik aku ni. Sape tau nti aku dah ade brand name burger sendiri.

Amin


- Posted using BlogPress from my iPhone

January 12, 2011

January 4, 2011

Amboi lah dia..

Sejak ada Bunga ni, aku makin rasa kepentingan komitmen ni. Yelah, kalau aku nak keluar aku kene siapkan makan & minum dia dulu. Kalau dok umah, kene main-main dengan dia sampai dia letih dan tido kat lengan. Aritu aku ralit main geletek badan dia sampai dia terkencing atas lengan aku. Ishhhhh..suam je aku rase time tu. Nasib baik dia baby lagi.

Tapi skang Bunga dah besar. Sebulan dah dia. Dah pandai lompat, dah pandai bergolek, dah pandai ajak orang main sekali dan dan yang lain.

Tapi dalam banyak-banyak dan tu, aku plg tak tahan dengan perangai baru dia yg suke menggigit. Semua benda kot dia nak gigit.



Timbunan baju yg aku lipat pun Bunga geram



Oh ni memang feveret dia. Si Yoko Yoko.



Minah gadjet gak budak kecik ni. Kalau boleh bercakap mau kpt dia mintak 4gs punye terus



Aku dah tau dah kenapa remote Astro aku salu masuk bawah sofa



Jangan kau spray kat mata dah lah Bunga oiiii



Dengan kusyen pun jadi weh



Bile dah letih main geget geget,berdengkor lah kan. Tapi kalau diusik eh mase tido,mmg sambung main balik tu. Haha. Serious la lawak

Bunga oh bunga

-Posted using BlogPress from my iPhone