March 30, 2011

Macam mane nak sebut?

Ni semua gara gara melepet depan tv, tak mandi, tunggu laki bangun dan lapar. Sekali terlayan movie kat HBO last Sunday. Julia & Julie tajuk movie tu. So inspiring utk memasak (masa tu je la). Sambil menonton, sambil ketap bibir. Eh bukan sebab ade scene kuning ye. Movie ni citer pasal passion Julia Child (sila google) towards food. Tibe tibe (time ni la saka aku mengamok) si Julie ni pi buat bruschetta utk husband dia dan makan laju laju. Adoi...lapa. Ketap bibir sampai berdarah gitu. Ai kan drama queen. Haha

Bruschetta ni appertizer orang Itali. Sebutan dia brus'ke'ta. Aku penah makan sekali (je) kat Itallianies duluuuuuuuuuuu. Tengok kepanjangan spelling maka perlu tahu ianya adalah lame dah. Sobs..sobss..

Ai adalah lapar maka haruslah terus google macham mane nak buat idaman hati yg terpampang kat tv tu. Lepas google, laki dah bangun & berdesup ke Billion. Ok fine, roti baget (roti panjang perancis) tu takde, terus sambar roti Gardenia. Kepala otak ni ligat je berputar...

Aku realisasikan impian dari siang ni tadi


Sangat sedap bila makan pada jam 12.30 tengah malam. Nasib baik puas hati sebab sedap. Gigihkan? Tu la kosan eh bila minum neskepi ais time sambil tengok Buletin tv3. Nasib baik lah on weekendkan. Memang ade chance la esok nye tu bangun berjemaah terus. Haha


- Posted using BlogPress from my iPhone

March 29, 2011

Bile semua benda naik

Last week aku macham agak terperanjat bila MIL mengeluh pasal kenaikan harga ayam. Sekilo ayam RM8.00 dah weh. Tu kat PD, kat KL tah mcm mane pulak harga eh. Kat kantin nasi lemak telur MIL aku letak harga RM1.80 je, cikgu cikgi cakap MAHAL. Mau je kene luku sorang sorang kan. Nak murah macam mane lagi eh? Makan nak sedap, bayar nak murah. Amboi..lemak tu.

Maka sebagai peniaa burger, aku juga turut tergugat. Mane taknye, harga roti NAIK, harga marjerin NAIK, harga mayonis NAIK, harga daging burger Ramly pun NAIK. Mane aku tak naik hantu kalau elok elok aku dah packing cecantik, student mintak extra itu ini. Tapi senaik naik hantu tu pun, tangan bergerak gak tambah itu ini.

Bukannye berkira makan. Tapi barang yang aku guna tu bukan cikai cikai. Aku pakai mayonis Lady's Choice Real Mayo, sayur lak lettuce, ade timun, roti & daging Ramly, ada blackpepper dan dibungkus dengan kasih sayang. Harga RM2.00 je tapi ade jugak yang mintak diskaun jadi RM1.00. Tu dengan saka saka aku kot mengamok same. Haha.


Kalau nak kurangkan bahan macham kesian pulak kat pembeli. Uwan aku dulu ade pesan, nak menjamu orang biarlah makanan tu sama macham yang kita makan. Baru pembeli puas hati. Nak tukar brand yang lagi murah, tak sedap pulak kang. Takkan aku nak pakai daging brand Beefy lak. Ayoooo tah hape rase eh nanti.

So kitorang kekalkan SEMUAnye walaupun harga barang semua naik. Biar aku naik hantu tiap hari dengan bebudak sekolah tu. Terhibur sket diorang dengar suara nyaring aku kot. Hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Shushu in the house

Anak aku dah bertambah sekarang. Dari seorang menginjak pulak ke angka 4. Dulu Bunga je pojaan hati but now dah ada Jambu, Mok Mok dan Shushu yg nak jugak menumpang kasih.





Ni lah dia si Shushu tu. Aku bg nama dia sempena masa aku dapat dia dulu, dia antara paling putih berbanding adik beradik yg lain. Tp sebenar eh penat gak nak fikir nama 'anak' ni kan. Tu belum ade anak betul lagi. Haha

Dalam ramai ramai Shushu ni yg paling penakut sekali. Kalau tetengah main, yg lain hilang..dia punya merengek tu mengalahkan kene tinggal dalam gelap. Merengek tu mcm meow dia tu mendayu dayu la kira eh. Pepandai je aku mye terms kan. Keh keh keh





Amboi kemain lagi dia posing time aku cakap nak amik gambar. Haha. Kalau dia ni orang surely dia hantar gambar sendiri masuk majalah Mangga or Urtv kan. Hahahaha

So far dia ni takda masalah. Makan pun tak memilih tp kalau terbau tuna tu, kemain la lagi mengikut kaki aku sampai nak tertendang pun ade. Dah name pun makanan dia kan, haruslah deria bau dia tajam.





Dia ada lagi 2 beradik yg lain. Tp tengah main kat laman. Ni pun dia datang sebab nak suh aku belai belai dia. Camtu la peel dia tiap hari. Selagi tak belai, nak mengekor je mane aku pi

- Posted using BlogPress from my iPhone

March 22, 2011

PhotoShake

Nice sangat. nak ubah position? shake je cipong ko dan ubah, shake dan ubah. im addicted.


Testing

Since last week aku try nak buat entry guna application lame (blog press), tp bile nak letak bebanyak gambar syok sendiri mesti failed. Aishdesyummmm la. Pastu godek2 apps lain tapi mcm malas je and sampai la today kat sorang geng twitter aku betau guna blogbooster. Uish, sepantas kilat aku install.

Hoooooooreyyyyy!!



Saje test letak gambar jugak. Hehe

March 17, 2011

Pertama

Petang tadi lepas menyental sambal sardin bersama lempeng, Jack (nama cipon aku) berbunyi. Mak incik springhills called ajak pi urut badan. Oh! Teruja. Dia suh datang awal, boleh bergozz.


Inilah rope nye lempeng dan sambal sardin buatan diri sendiri. Vangga. Haha

Seperti yg mak incik nasihatkan, aku menggelinjang start kereta dan berselendang mak siti je, aku pecut skyline secara laju. Bila kau eksaited semua kereta kau nak hon kan? Mcm tu la perihal aku time tu. Semua kereta la aku rase lembap. Haha

Sampai je ke rumah mak incik,sebaik je aku melabuhkan punggung j.lo ni kan, mokcik urut pun muncul. Haaa kau, kening berpantis u olls. Voge de vas acik ni. Yela, tukang urut pun kene jaga profile gak kan. Keh keh.

Mak incik main tipu. Dia suh aku orang pertama pi urut. Dengan berbekalkan kain pelikat, i olls yg ala ala jessica alba ni terus meniarap depan acik ni. Sekali dia urut, haaaaa kau. Virgin lagi body i ni acik, lum penah kene urut ok.


Sessi ketap bibir memang lame gile. Tu belum part aku tarik toto sampai nak koyak dan hentakan kaki ala ala berkawab hantu jepun weh. Sakit u olls. Tegang urat kater acik tu.


Bile dia suh aku menelentang mengadap dia lg la i olls malu. Kali ni acik tu nak cek bahagian peranakkan pulak. Sebaik tangan dia cecah je arah rahim razali ku itu, dia menjerit. I olls lagi la kan..terkezut okey. Rupenye rahim razali aku jatuh sangat ke bawah. So dia kena sengkak dengan batu sungai panas yg dah berbalut dengan kain batik. Mak aiiii..sakit eh sampai aku rase kaki aku ni dekat je dengan muka makcik tu. Haha. Lepas dia buat tu, perut aku start rase senak. Mcm nak berak tak berak. Bestkan perumpamaan aku tu?

So masa aku buat entry ni perut masih senak. Mak incik cakap rasa mcm ni dalam 3 ke 4 hari gak. Aku plan nak buat sebulan sekali la urut badan ni. Sekali rm40 saje. Siap beli pil manjakani dari acik ni. Hopefully lepas ni ade lah peluang aku nak berbadan empat dan lima.

InsyaAllah.;)







- Posted using BlogPress from my iPhone

March 16, 2011

Saje carik pasal

Angin sepoi sepoi menanpar pipi gebus ku ini. Sejuk. Tp langit banyak bintang. Bukan tanda nak hujan tu.

Customer kurang hari ni maka aku aktif kat laman twitter. Tengah sedap sedap scroll timeline, aku terpiuh link yang kak red tweet. Dah diberi amaran JANGAN BACA tapi biaselah kan manusia. Benda yg ditegah, benda tu lah yg dicarik.

Seminit, dua minit, tiga minit....ahhh sudah. Jantung makin lama makin laju hayunan eh. Dah dasar penakut tu, memang penakutlah gamak eh.

Habis je bace, aku tweet kak red, digelakkan saje. Ahhh sudah. Pastu adik ipau aku saje bako line. Kite bako, kite bako. Habis pahala aku hari ni sebab mencarut laju laju dalam hati. Bile dah laju tu, mesti banyak perkataan kan? Haha

Benda yg aku bace ni memang laluan aku mase stadi kat uitm shah alam dulu. Kalau down je, start motor and ronda pelan pelan tengok umah orang.

Ahh tak gune cakap banyak. Korang berani? Bace malam la..

http://redmummy.com/2011/03/16/jangan-baca/?utm_source=feedburner&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+redmummydotcom+%28Pencinta+Merah...The+Red+Lover...The+Red+Diva...%29



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday









- Posted using BlogPress from my iPhone

March 12, 2011

Hinshhh..hinshhh (bunyik kembang hidung)




10/3/2011
Berita Harian (sisipan Ratu) pg.26


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kesukaan sepanjang zaman

Tibe tibe rase bangga sebab pokok pisang Raja yg ditanam kat tepi rumah, menjadi. Dah tentula bukan haku yg tanam kaaannnnn. Lepas 3 tahun baru pokok tu berbuah. Lame gile kan?

So ape yg best nak buat dengan pisang Raja ni? Tapayah tanye aku, memang hareeemmmm taktau. Maka aku bagi je kat MIL, nama pun tukang masak dengan sistem sirim yg tinggi so dia taula nak buat ape.

Lepas kelentang kelentung alexander, terhasil lah....


Omaiiiiiii..sedap tahan senyap dah tapayah nak bercakap. Kalau ade bijik bijik telo katak tu mesti lagi best.



- Posted using BlogPress from my iPhone

March 11, 2011