*
malam tadi dikira malam kurang bertuah bagi kami. elok elok duduk rumah telentang tengok awan dania, mengada ngade nak ke Kolumpo ikut mereka.
*
kosan eh keras duduk kat belakang sambil tengok drama pertelingkahan antara dua makhluk ciptaan Ilahi yang ada perasaan cinta tetapi kadang kala ego dengan naluri sendiri bila berhadapan dengan orang lain.
*
setiap kali aku bersama mereka, seringkali penyataan ini sangat biasa aku dengar dari mulut si jantan. malam tadi ia berulang. lebih kurang macam ni bunyiknya
*
"Carikkan saya bini kak. Si polan ni untuk geli-geli,"
*
mula nya aku terkesima, ape perasaan perempuan di sebelahnye itu tatkala bibir merah kehitaman itu lancar menitipkan ayat yang pada aku kurang enak untuk didengari. tapi bila dah selalu dia menghamburkan kata kata nista sebegitu, aku pangkah. tapi acapkali dihalang atau dipandang sinis oleh si dia. 'tapayah campur hal orang'. kate si dia
*
Lelaki selalu mahu perempuan yang terbaik antara perempuan-perempuan lain. Yang untuk stok bini, dia akan jaga dengan baik. Mahu diusik pun dia sayang. Kalau untuk geli-geli, dicium, dipeluk dan segala. Haih.
*
Entri ini mungkin nampak tertumpu kepada kaum Adam tapi yang benarnya kaum Hawa juga ada yang libat sama. Cuma mungkin persen nya tidak setinggi persen lelaki. Jangan terlalu terpengaruh dengan entri ini dan tapayah jugak gantung diri. Aku hanya bercerita apa yang aku lihat.
*
Ada juga yang kata jarang ada pasangan yang sama-sama lawa, sama-sama padan. Maknanya, salah satunya pasti punya kurang.
*
"Patutlah gf aku tak cun,"
"Kau hensem sangat ke bai?,"
*
Perangai.
*
Aku selalu bace, ah tipu..aku mane suke membace. orang selalu cakap, [tapayah la kau tanye orang mane pulak] pasangan kita mencerminkan diri kita sendiri. pemerhatian yang aku buat berdasarkan orang sekeliling mengiyakan penyataan tersebut rase nye.
*
so kalau kau pun dasar penipu, tapayah la mengamok sakan dengan perempuan kau sampai suruh delete akaun myspace, FB segala. tapayah la kau larang dia keluar dengan kawan kawan walhal kat belakang kemain lagi kau hafal semua rumah urut kat bandar sana.
*
Lelaki tolong la jangan nak mengawal pasangan tetapi diri sendiri bebas berbuat apa-apa. Tidak seimbang kalau ditimbang didacing. Faham apa yang dia mahu. Jika ada apa-apa yang perlu dibincang, harus dibincang. Don't keep silent. Senyap bila keadaan bertambah buruk. Bila reda, cuba bincang tenang. Mungkin lebih baik.
*
Perempuan jangan terlalu mengawal lelaki. Jangan terlalu obses. Jangan terlalu mengharap. Jangan terlalu menyerah. Jangan terlalu mengagungkan si dia lelaki. Bila kita ada sifat seperti tadi lelaki akan cabut atau dia akan angkuh. Biarlah kita dalam keadaan yang biasa. Fleksibel. Tau bila perlu marah, bila perlu kawal, bila perlu bertindak. Aku tidak suka di desak dan sebab itu aku tidak mendesak si dia. Aku tidak suka juga di kawal dan sebab itu aku memberi kebebasan untuk si dia. Cuma kita sebagai pasangannya perlu tahu batas sebagai sudah berpunya. Kalau masing-masing kekal sebegitu, insyaAllah sampai menutup mata kamu masih bersama
*
Entri kali ni agak membebel sebab aku penat, muak dan jelak dengan telatah mereka. baik di depan, 'baik' jugak dibelakang. Ada bini tp masih lagi makan luar. Berjoli sakan. Ada yang nasihat tetapi dibalas ''bini aku cool, bini aku sporting''. Bila bini kau dah lari, baru kau tau azabnye. Rambut serabai, muka cengkung.Bahasa kurang ajarnye padan muke kau. Tapi sebagai kawan, sampai ke hati nak berkata demikian. Nasihat tetap nasihat. Turut bersedih atas kehilangan..TAPI bukan kehilangan ke liang lahad, TAPI kehilangan atas kesilapan diri sendiri.
**
Kenapa lelaki selalu bila kita sudah tidak mahu, baru dia pujuk rayu? Semasa kita berikan segenggam hati padat dan jiwa kepadanya, dia seperti tidak kisah perlakuan kita itu?
*
Pelik ya?
*
Ada juga yang sanggup menangis dengan linangan air mata jantan semata-mata tidak mahu ditinggalkan. Hati perempuan, lembut kalah tisu. Dan perempuan sering memberi peluang. Tapi ingat peluangnya sangat limited. Sekali dia berangkat pergi, jangan harap dia kembali berdiri di sisi kamu lagi. Kala itu, dia membatukan hati. Tidak mahu kembali.
*
Iya-iya lah! Aku juga bercakap untuk diri sendiri. Semoga apa yang aku saksikan ini tidak terkena pada batang hidung sendiri. Insyaallah.
5 comments:
menyampah aku tgk jantan gini..mcm syial..ni kezen kita tu satu lg..pelik aku tgk..asyik nak tunjuk pawer depan laki aku..pompuan itu pompuan ini..mcm celaka!!
kazen kite?aku rase aku tau sape..hehe..
"Tapi ingat peluangnya sangat limited. Sekali dia berangkat pergi, jangan harap dia kembali berdiri di sisi kamu lagi. Kala itu, dia membatukan hati. Tidak mahu kembali."
agak betul..ehehehe..
anon. cinta perempuan, cinta mati. hehe
Post a Comment