Skang ni kan tengah musim cekak rambut. Macham macham pattern aku tengok. Ramai betul skang ni designer yang kreatif dan innovatif dengan menstylekan cekak tu dengan pelbagai rupe dan warne. Padahal dulu mase aku beli cekak kat pasa malam je bawak ke sekolah. Takde pulak wajib beli kat Forever 21 bagai.
Kok dapat yang beli kat Sinma memang riuh satu sekolah la. Hehehe. Auch..rindu kat Sinma. Dulu kalau singgah sane lepas sekolah, mesti duduk berjam-jam padahal nak beli getah rambut 80sen je kut.
Tapi budak-budak skang ni hatta nak beli getah rambut bangang yang kaler eh same dengan kain dalam bacin pun tapi ade tag yang dikenali ramai, menonong sedepa je.
Pastu skang ni aku tgk makin ramai pulak minah yang bertudung tapi tambah cekak sebagai hiasan kepala. Dahla pakai kerongsang besar dokoh kat tepi bahu, menyelit pulak cekak atas kepala. Hurm...bagi aku less is more. Tapi fashion ni kan subjektif, boleh diolah dengan pelbagai cara dan gaya. Yang penting si pemakai selesa, jangan disebabkan kejarkan sangat nak berfashionista, badan yang menanggung tak larat pulak.
Aku cuba bergaya. Tak kene la kut. Dan aku belum berani nak menggayakan fesyen macam ni kat kenduri kendara di PD. Malu dengan kritikan atau pandangan sinis orang. Oh, aku tidak berani. Cukupla hanya berkerongsang sebesar dokoh. Itu pun dah menjadi perhatian makcik-makcik sekeliling. Nak je aku cakap ' beli kat Mydin je cik'.
Tapi aku rembat jugak. Saje nak sejukkan hati. Tapi bukan beli kat mane-mane outlet di JJ mahupun OU, jauh sekali nak ke Pavilion. Hehehe. Pembelian dilakukan di Kedai RM2 di Port Dickson. Harga eh pun RM2. Ade pelbagai design. Tu pun pening nak pilih yang mana.
Dia kat sebelah tanye ' Nak pakai pegi mane?'.
3 comments:
aku segan siot nk gi pavi..nk masuk kan 1 langkah kaki pon segan...malluuu teman gaye org kampung...uhuhuhu....
duit pon cipppott
jangan nak malu. stand straight and look tall ;)
order tramadol online cod tramadol purchase cheap - order tramadol online to florida
Post a Comment