Tup tap tup tap ade lebih kurang seminggu lebih lagi kite nak menyambut ketibaan bulan Syawalkan. Macam mane aktiviti puase korang? Mintak-mintak pade yang kengkawan yang sihat waalafiat tu, bia la puasa penuh. Baru feel nak beraya.
Macam mana pulak persediaan nak menyambut Hari Lebaran ni? Dah habis shopping ke? Serba serbi baru? Aku biase je, ala kadar orang kate. ;)
Tapi korang perasan tak mase bulan puase ni, macham-macham terase nak makan kan? Benda yang tak penah dihadap, tapi craving mencarik lepas balik keje. Pelik sungguhkan. Dan aku termasuk jugakla dalam list mengada-ngada tu jugak.
pastu nak makan lak bangkai helikopter ni. dulu murah je, skang ni ade yang cecah sampai RM4.00 tapi mungkin isi eh banyak sket la. Tapi lepas 2,3 hari ngadap rangka ni..muak pulak
Air mata kucing. Memang air wajib tiap kali berbuka. Tak kesah la sejuk @ panas. Kalau kat Podiksen ni aku suke beli kat bazaar pekan tu, stall paling tepi dan budak yang tukang jual tu gelap-gelap dan pakai topi Monster. Dia tak kedekut air dan murah.
Oh ini pencuci mulut yang sangat wajib yang kalau takde memang tak lengkap menu berbuka. Kuih Tepung Pelita. Tapi ade jugak yang confius ingatkan tepung pelita tapi bile balik umah tengok kuih Tako. Misi aku failed, belum jumpe yang sedap macam MIL buat. Bazaar Pekan, failed, makcik meniaga depan masjid Bagan Pinang, failed, bazaar Batu 4 pun failed. Haih..
Selain air mata kucing, air kedua ialah air tebu. Save weh beli air ni sebab memang manis gile so balik umah bleh tambah air lagi. Jadi la banyak. Leh simpan sampai saho sekali tapi kalau termiss saho, bangun pagi tu bukak fridge sambil kelip-kelip pandang jug.
Pencuci mulut? Sangat perfect kalau kuih kelepong menyelit same. Dan lagi best kalau gula merah kat dalam besar. So mase gigih, air gula merah tu menjejeh-jejeh kua dari mulut pastu cepat-cepat lap dengan lengan baju. Heaven kut dapat makan macam tu
Ulam-ulaman ni memang nan hado la kan. Kalau ade pun, dia yang tukang habiskan. Tapi kalau sambal belacan eh sedap pastu cicah lak dengan timun sejuk baru-keluar-peti-ais, odap-odap eh kan. Rangup je kunyahan tu.
tapi dalam banyak-banyak menu, aku suke jugak berbuka kat Mekdi. Ayam goreng spicy menjadi pojaan hati. Pedas sangat kalau nak dibandingkan dengan KFC. Teringat pulak kenangan mase keje kat Mekdi Seksyen 2 Shah Alam dulu. Buka ramai-ramai dengan kengkawan, makan laju-laju sampai tercekik pastu senyap-senyap pi curik air Milo sejuk kat kitchen. Air Milo dengan Ribena kirenye barangan terkawal la so untuk staff meal tidak dibenarkan amek air tu. Kedaung la kitorang nak apikkan..;)
Ok bebeh. Air liur aku dah menjejeh-jejeh ni.
Selamat berbuka puasa. ;)
4 comments:
alamak, smlm nak makan tepung pelita. Terlupa. tgk tepung pelita ko, rasa meleleh2 air liur.huhuhuhuh.
selera aku dah merudum beb, tak penah jumpe orang buat secara ikhlas dan sedap.
OMG!
Menchilah kita!!!
tapi takla sebest Mc Arabi u olls tu kan..
Post a Comment