Pastu mase duduk serumah dengan kengkawan mase study dulu, aku buat salah. Kawan aku sorang ni bela ikan emas, pastu pesan suh bagi makan ikut time. Aku jawab OK dengan nada girang. Excited la kan sebab never in my life bela binatang. Ok, lepas kawan aku pi kelas, aku mule la tabur makanan dalam mini aquarium tu. Si ikan emas ni pulak aku perhatikan buruk melantak, aku tabur, dia ngap, aku tabur, dia ngap sampai ke sudah. Pastukan esok pagi nye, kawan aku menjerit kecil. Ikan emas dia yang bulat tu terapung-apung comel je yang macam style kite apongkan badan dalam pool tu. Mati la jawabnye tu. Rupenye ikan emas ni memang tak reti nak kontrol makan. Buruk mentekedarah la kau.
Hari Jumaat lepas macam biase la aku meniaga macam biase. Pastu datang seekor kucing yang agak manje dok melepet celah kaki dan pastu pi kat kerusi berdekatan untuk tidur. Sangat jinak tapi aku bolayan. Bile dah tengah malam nak tutup kedai, hujan turun melimpah ruah lebatnye, kucing ni bleh layan tido lagi pulak. Aku kejutkan dia and campak kat luar kedai, kok berak terabur kang jadi keje lak nak bersihkan. Pastu dia buat muke sedih sambil meow meow. Oh hati, toksah kau nak lembut. Aku jeling, dia meow meow lagi. Pastu incik suami boleh pulak pujuk nak mintak bela bagai. Makin lame makin sayu lak,terus aku bawak balik.
Dalam kereta kemain aktif, kedepan kebelakang. 1st stop sebelum rumah ialah 7 elevan. Beli makanan dia dulu la, mesti dia lapa




No comments:
Post a Comment