December 21, 2010

Boleh dihitung dengan jari

MEMASAK.


bagi aku it is a very scary words. Selalu aku surrender. Dan kalau aku plan nak masak on certain day, seawal pagi aku dah ke dapo. Aku worst bab masak-masak ni. Tapi kalau kau nak suruh aku berkemas, anytime bebeh!

Mungkin aku dapat perangai mama. Before kawin dulu, keje aku kat umah hanya kemas umah saje. Bia dia sorang je masak sebab bile tengok ramai-ramai kat dapo, dia jadi serabut. Haha.

So last week aku habiskan annual leave hampir seminggu. Dan dok kat rumah, ape jadah pulak kalau still makan luarkan. Loser weh. Maka aku plan lah kengkonon nak masak. Malam tu memang aku gugel semua resepi, sms semua kengkawan. Padahal nak buat Tom Yam je kut. Haha. Sila gelak kuat lagi plis.

Seawal pagi aku dah pi pasa, lame ok aku kat pasa. Serabut. Less than 5x kut aku jejak pasa PD ni dan ni 1st time tanpa suami. Ligat kepala aku fikir barang-barang wajib yang nak kene beli. Clumsy sangatla aku.

Sampai umah, petik serai kat depan dan ke dapo. Korang teka lah pukul berapa tu. Pukul 10.30am ye kengkawan. Aku nerves noksss...mane nak siang ayam, bawang segala. Sebelum acara masak besar-besaran bermula, goreng dulu cekodok Bilis Adabi tu dulu, kang takde la laki mak bising lapa kan sebab takde sarapan atas meja. Oh! sebab excited nak masak, aku rase kenyang sesaje pagi tu.

Kelentang kelentung selama sejam berkungfu kat dapo sendiri, akhirnye siap jugak yang dihajati tu. Puas hati la sambil kembang-kembangkan hidung. Kemas dapo sikit-sikit dan panggil laki datang dapo untuk makan pada jam 12 tengahari. Humang aii..awalkan? Hahaha..so ni lah hasil eh hari tu. Rase bermakna sangat hidup i ollss sebab dapat masak..hahahahah


Tom Yam Ayam Sutun

Cendawan Telo. Muka buruk tapi sedap sangat u olls

Telo dada wajib ade kalau ade Tom Yam. Oh, lupe nak amek gamba budu pecah cili padi

Lepas makan tengahari sangat tu moh lawan secawan teh berperisa Epal. Serious weh jadi badan macam nyaman gitu. Ewahhhh..nak-nak pulak hujan lebat. Memang ubatlah jawab eh lepas tu

Ni pulak menu minum petang sebelum memulakan perniagaan pada sebelah malam eh pulak. Meehun goreng versi mak mentua bersama puluhan hirisan sotong segar, drummet goreng dan lebihan telo dadar tengahari tadi.

Lepas makan tu memang rase macam tak payah lah meniaga weh,bagi la cuti sehari. Haha.




No comments: