August 12, 2009

Tipikal ke kita?

Kalau lah aku bunting pelamin, mungkin sekarang ni anak aku nak masuk umur setahun.


Hampir jadik bayi obesiti barangkali.sila fokus pada mommy daddy nye


Itu ‘kalau’ lah, kan.



Hakikatnya, aku masih sendiri. Di daerah sepi ini. Bertemankan diri sendiri tanpa insan tercinta di sisi yang boleh jadi mangsa gigitan ku time bergurau senda.ececehhehe



Tak tahulah nak gambarkan macam mana lagi perasaan aku setiap kali bertegur sapa dengan saudara mara, kawan- kawan mahupun jiran tetangga bila sekali-sekala terjumpa. Dengan spontan tangan mereka akan singgah kat perut aku sambil bertanya,


“Dah ada apa-apa ke belum?”


Tahulah perut aku ada sedikit koleksi lemak seksi T_T



Tak cukup dengan tu, siap dicadangkan bidan terhebat kat kampung, disuruh pergi berurut, makan akar kayu itu lah, minum air ini lah, ajar kira waktu subur, pantang larang segala bagai lah dan yang paling hebat diajarnye gaya serta posisi yang nikmat.wakakaka


Aku hanya mampu sengih sambil buat muka nasyid cakap,


“Belum ada rezeki lagi. Doakan lah, ye.”


haihh.


aku penah usulkan nak amik anak angkat tp him tegah and cakap rileks dulu


haaa..laki haku pun dah cakap cenggitu yang lain lain sebok mcm dorang yang kene belikan pampers anak aku nanti ape pasal?

haaa..kan da emo semangkuk..



Baru setahun tiga bulan


BUKANNYA sepuluh tahun doblas ribu bulan



bagi la aku menikmati zaman bulan madu yang mengasikkan serta aktiviti rombongan cik gayah ke sana ke sinun tiap bulan.


Ni lah satu-satunya usul kes yang tak mampu nak aku hujah perdebatkan. tsk.


No comments: