*
Arini hari Rabu. Dah seminggu email dari cafe ofis ingatkan yang pade hari ni ade jamuan makan makan sempena Hari Raya yang dah nak habis dan sambung pulak dengan Raya Deepavali. dan pade hari ni jugak aku bulih pulak tertinggal camera dan henpon kat dalam kereta.; (
*
maka cerita akan tetap menjadi ceritera tanpa gambar. Ah! aku benci membebel tanpa tambahan gambar warna warni. memang sah deepavali aku ni. Vavavavava
*
memang menjadi tradisi ofis aku tiap tahun akan celebrate ape saje jenis perayaan dengan jamuan makanmakan, tari tarian, mabuk mabukkan etc etc. nasib baik hari ni takde adegan mabukmabukkan.
*
arini aku ke cafe memang awal. pukul 11.45am aku dan kawan kawan makan yang lain dah tercegat kat cafe. rupe sekor sekor dah macam orang gomen kua pejabat hari Jumaat la pulak yang confirm akan datang Jusco ataupun Terminal 1. [ah, tak femes langsung kan]..eh eh, pade sape yang tak buat, takpe, aku kecualikan..hahaha
*
sampai kat kaunter makan, mate tak tentu arah melilau tengok makanan sambil fikir nak mentekedarah amenda. menu memang mengancam, just name it. eh lupe nak bagitau, mase nak masuk cafe tadi aku rase macham nak maki diri sendiri sambil ganyang muke kat lantai sebab malu2 kucheeng macham -anak- dare- time- kene- risik- sambil- tatang -dulang -nak -limpahkan -air atas- pangku- mak mentua saje. ini sebabnye management suh budak budak pancha sithara yang elok je pegang violin la, caklempong la, gitar la betul2 kat laluan staff masuk. nasib baik aku mengingatkan chenchen di jari kanan lalu automatik bertukar lenggokan dari itik pulang petang terus ke rosnah mat aris.
*
ok berbalik pade menu, semua menyesakkan anak tekak. aku yang berhemah tinggi ni cume pilih lemang 4ketol dengan rendang ayam.TAPI 3polisterin satey dan nasik himpet dan kuah kacang. ranum sungguhkan hasil tapauan tersebut yang dishare bersama 2 orang yang lain.hehehe..
*
pastu dah heboh2 amik makanan, heboh2 carik tempat yang strategik pulak. dorang sume pilih nak duduk dihadapan pancha sithara pulak. sekali lagi aku diserang angau. hahaha. pandai betul si angau bermain viola. ah, bile lak aku tau name dia ni?lupekan si angau, aku fokus mengadap rezeki tengah hari ni. alhamdulillah syukur nikmat ke hadrat-Nya kerna diberi peluang makan lemang dan rendang ni lagi.sambil sambil makan meja aku dilimpahi gosip sane sini sinun. si anu nak benti keja la. si anu nak naik pangkat la. si anu kuat bodek la. aku.. senyap je. saje je nak tunjuk baik la pulak. hahaha. sebenarnye aku sibok fokus tengok pengjoget yang diupah dari kebudayaan Melaka berjoget lambak.
*
lepas joget lambhakk aku terus blah masuk keje balik. dengar2 aktiviti pengjogetan sampai kul 2pm. humang aiii..
*
sekian berita hari bebelan rabu.
2 comments:
Jiey pun ada openhouse offc gak ari jumaat neh..
tatau lagi nak gi ke tak..
cam malas, tp bila mengingatkan org dh menjemput, takkan nk wat derk je kan?
*sigh*
jiey. bak kate orng, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..tak gitu? ;)
Post a Comment