aku main kutu. dari awal tahun lepas. being Intan, aku la jadi ketua nye.
Semua ade doblas orang. main doblas bulan. semua kawan kawan tapi ade jugak kawan atas kawan. kalau kawan atas kawan tak bayar, kawan yang tukang bawak kene bayarkan. semua angguk kepala dalam dunia siber.
*
*
permainan dari awal memang smoothed. kutu akan diberi biase pade awal bulan. aku akan bank in kutu tu paling lewat pada 10haribulan. kadang kadang ade jugak yang terbabas bayar due to dapat gaji lambat. tapi lambat lambat diorang pun tak pernah lewat sangattt hokay.
*
*
semua happy. dapat kutu gi Bali. dapat kutu gi beli pinggan mangkuk. dapat kutu terus bertunang. dan ade jugak yang dapat kutu ni nak gi UK [pengsan].
*tapi cuaca tak selalu cantik....
dia pernah jadi kawan baik aku in the past. dia main kutu jugak. tapi dia buat perangai. dia hilang bermula Jun. dua pengkutus's terus ghaib. sebab dia mainkan untuk kawan dia sekali yang aku pun tak kenal sape.
*
aku CEMAS. kami CEMAS. ape aku nak cakap pade pengkutu's yang lain pasal ni? adakah syarat di perenggan pertama akan digunakan? macham nay nay nay untuk aku.hehehe.lame aku dan kami mencari jalan. menghubungi si dia bagai nak rak. email. mukabuku. call. sms. semua tidak berjawab. tup tup pade belasan haribulan pade bulan julai, si dia muncul. membalas email di mukabuku dengan seribu satu cerita. dengan propaganda. tsk!
*
lepas tu hilang. lenyap. senyap. diam. sunyi. sepi.
lepas tu hilang. lenyap. senyap. diam. sunyi. sepi.
*
dan aku gigih menerangkan cerita, merayu simpati, agar diorang faham yang kutu tidak lagi genap seperti perjanjian. TAPI berjanji akan ganti semuanye pade bulan soploh yakni bulan ini. sebabnye bulan ni ialah turn kawan si dia. alhamdulillah & thanks sebab memahami.
*
yada yada yada until malam tadi aku dengar si dia sms pengkutu's lain untuk tanye giliran sape pulak yang dapat bulan ni. huh? terperanjat aku pertanyaan kau ni. ko tanye dia, kenape tak tanye aku? kenape dia kene jadi orang tengah kau lagi?
*
berani betul kau kan. berani bertanye kan pasal benda yang pade aku kau dah tak involve.
aku rase sangat disturbed sampai hari ni. mesti kau bangga sebab kau asyik wujud kat kepale otak ni. asyik fikirkan pasal masalah kau. masalah yang bakal kau cipta. bukan aku tak ikhlas berkawan tapi aku penat. penat dengan sandiwara dan opera kau selama ni. babak klimaks ~ aku jugak terlibat dalam opera ciptaan kau sekali.
*
hei KAU
maaf aku tidak bersantun
aku dah lama keluar. keluar dari drama kau.
keluar aku untuk kebaikan. moga kau bahagia di luar sana. kutu kawan kau aku dah tolak siap2 sampai hujung tahun ni. play safe kate orang. cukup la sekali aku dibodohkan. tiada kedua.
10 comments:
caya caya caya.....
mak ibam dah marah sangat la ni..haha
aku benci benci....tak suka!!
kak da. emo ko terlebeyy suda..hehe
bwk bersaberr..
hish!saya benci org mcm nie. Mcm nak sepak2 kuat2 bagi dier luka..=(
apiz. sebab masih ade sabar la aku tak reveal name&blog dia.
nana. berat mata memandang, jenuh lagi bahu memikul..ngeh ngeh ngeh
best nye cikodok..kak da wat cikodok...
weh ecah, komen salah entry la..ape daaaaa
Post a Comment