December 23, 2009

Glamour

*
Glamor itu subjektif. Kalau diikut masa kini punye pemahaman, kau sarungkan kemeja kerja laki kau sekali pun leh naikkan aura dan seri. tapi yang penting kau kena yakin dengan pemakaian kau tu.
*

*
Wanita yang sekadar cantik, cuma mampu membuatkan orang tersenyum. Tetapi wanita glamor mengundang rasa kagum dan hormat. betul ke? hehe
*
Glamor yakni daya tarikan yang menakjubkan, milik wanita yang mempunyai karisma, sofistikated dan berkeyakinan diri tinggi. Ada wanita yang sudah berusia, tetapi masih mampu membuatkan lelaki tertarik padanya – mengalahkan yang muda. ke tertarik sebab duit nya?
*
Lalu, apakah caranya untuk muncul glamor sentiasa?
*
BELI DAN PAKAI BARANGAN YANG BERSESUAIAN. Memang benar, takde sape tau pakaian yang kau sarungkan itu ada brand atau tidak. Melainkan kalau mulut Azwan Ali kau tu dah over cerabih. haha. Asal kena dengan tempat, gaya dan keyakinan, mungkin kau akan dilabelkan sebagai Audrey Hepburn masa kini. Who knows, right?
*
kadang kala kita harus belajar untuk mengetepikan trend fesyen dan carik resipi stail terbaik untuk diri sendiri. Tahu potongan apa yang sesuai dengan bentuk badan, dan palet apa yang menyerlahkan warna kulit. Boleh jugak kalau kau nak pakai barang kemas tapi haruslah bersifat timeless. Beg dan kasut juga harus seirama supaya muzik kita tak hilang temponya. Berfesyen keterlaluan tidak digalakkan kerana jika salah langkah nanti lain pula ceritanya. Haha
*
Jadi tepuk dada dan tanya selera..

4 comments:

Anonymous said...

sebenarnya ada banyak lagi cara untuk glamour

Cik Tudung Merah said...

touyakaruma. i agree.

zella y said...

tension dgn member2 yg suka tiru style org nk cr glamer...
adeh....

Cik Tudung Merah said...

zella. let them be babe.dah penat sok, pandai2 la diorang benti tiru..hehe