December 30, 2009

Hipotesis 2009

*
Tahun 2009 boleh dianggap tahun jalanjalan carik makan bagi aku. Sebab sepanjang tahun ni, banyak aktiviti berjalan dan makan telah dilakukan dengan jayanya. Haha.
*
Untuk tahun depan, kami masih mencongak ape yang patut. Negeri mana patut kami jelajahi, pantai mane lagi cantik dan semestinye poket sape lagi kembong. Itu semua masih dalam perancangan. Tapi kadangkadang aku ni plan kemain lagi, sampai mase habok pun takde. Ish. Kite hanye merancang, bukan?
*
Well, bile sampai hujung tahun mesti ade soklan cepumas yang sangat cliche.
*
APA AZAM TAHUN BARU KAU?
*
Ahh..sudah. Kena jawab lagi ke? Macam tahun lepas, jawapan aku KAHWIN. Oh! Gatal sungguh jawapan aku tu. Tu termasuk azam jugak ke? Boleh jadi jugak sebab bile dah ade azam yang gatal macam tu, persiapan untuk menggatal pun perlu ada. Kumpul duit dan berusaha untuk menjadikan azam kita berjaya. Huhu.
*
Azam untuk tahun depan memang baaaaaaaaaaaaaanyak. Tapayah la aku nak reveal kat sini kan. Aku simpan dalam hati. Tak aci ke? Alaah, kalau aku tak achieve, tak la malu sangat kot. Bia aku simpan sorangsorang. Dan azam aku kali ni sangat menyeluruh.
*
Tirai 2009 aku tutup dengan kisah sedih dan menyanyatkan hati keluarga kami. Ibu kazen aku yang dianggap paling rapat, pulang ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas. Semoga umi ditempatkan dikalangan ahli Jannah.
*
Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Pengajaran paling besar yang aku peroleh sepanjang melalui liku perjalanan tahun 2009 ialah sentiasa percaya pada usaha, doa dan tawakal padaNya. Ada usaha, adalah hasilnya. Tuhan sendiri sudah berfirman,"Takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya."
*
*
*
*
*

Semoga azam 2010 kalian menjadi kenyataan. Amin.

5 comments:

kiranajoe said...

halo adik manis! ahaks...berjaya ku menjejak kasih mu di sini wahai kintan..

Cik Tudung Merah said...

hampir semput aku dibuatnye beb..arghhh...rindu rindu

sape lagi,ko kenal pya said...

salam datin..ganti sabda tu dengan firman..sabda utk Rasul, Firman utk Allah, berkata utk manusia biasa. terima kasseyyy

Cik Tudung Merah said...

elo adik manis yang telanggar tiang besi tadi. time kasih sebab reminding..dah edit daa..

ct_isyah said...

isyah.mak n kak as smbut new year dgn bawang2..ats arahan mem jarah.. sodeh den.