May 24, 2010

Sengugut

Elok betul la dengan mood yang macham nak debik orang, baik aku google awatnye aku leh kene penyakit ni tiap kali 'kawan baik' datang menjengah. sambil tu herot berotkan muke tahan sakit..

Masalah Organ Reproduksi :-

1.Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim.

2.Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.

3.Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

4.IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya.

5.Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Ayamakkk..yang no.2 dengan 3 tu menakutkan aku pulekkkssss...takpe takpe, urut dada dan kembali dengan bacaan.

Macam mane nak avoid?

Hidup secara sihat dengan membanyakan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Kene jumpe doktor ke?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Harusla balik kang mak laju saje ke farmasi u ollss..mau beli ponstan gitu. pastikan yang kaler biru ye, kalau kaler kuning tu kang takut tak bagi effect ape ape lak. ok ok, harus la mak continue mengerang sakit bawah meja balik ye u olls. Jangan la bagi haku masalah dalam seminggu ni, mau nye aku maki laju laju depan muke kau.

3 comments:

Unknown said...

gi jumpa doktorlah.
aku dari tu asyik tanguh2 nak jumpa doktor..agaknya pengsan baru raffi bawak jumpa doktor kot!!

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

hmm..ponstant tak elok untuk buah pinggang plak..camne eh nak cakap..kang ko cakap aku keja promote hpa plak..tp itu la yg aku nak buat skrg ni pun..ko pernah dengar primrose? amik, pastu akar pokok semalu..kalau nak aku bole belanja ko, kalau ko nak bedal..tadahal semua tu. tp nak kena berlapang dada la terima semua menda ni sebenarnya lagi bagus dari ubat sintetik luar sana.

Cik Tudung Merah said...

kakda. ko pun senggugut gak ke kak?aku nye mild2 je tapi time dia bagi, memang tak bagiiiiiii la kan, nak2 lak kalau orang depan kite wat perangai, memang bulih berbunuhan..haha

apiz.tau tu, aku memang plan nak amik yang HPA nye.hujung bulan ni aku terjah kedai depan umah aku tu. tau memang ponstan tak elok untuk buah pinggang tapi cepat weh bertindak.dari ko belanje primrose, baik ko belanje kek cekelat kat SR. kekeke...