July 7, 2010

Sayangilah jantung anda

Minggu lepas aku cuti. Sehari je la, tinggalkan saki cuti untuk raye dan cuti-cuti hujung tahun. Kok ado. ;)

Aku melawat rumah kedua. Rumah kedua aku ialah Institut Jantung Negara. Penah berumah tangga kat sane, beraye kat sane. Dah lali. Tapi dengarnye IJN dah berubah wajah, dah cun orang kater.

Aku kesane sebab nak bagi semangat kat papa yang kene operate tukar bateri dalam badan eh tu. Papa akan kene tukar bateri tiap 7 tahun sekali. Pacemaker name saintifik eh. Disebabkan papa lemah jantung, jadi bateri tu diletakkan bersebelahan dengan jantung dan ade wayar kenit disalurkan ke jantung. Berdasarkan penerangan doktor, wayar kenit tu bertindak menolong jantung dipam sekiranya ia didapati lemah. Macham-macham la pulak...

So ni dah masuk kali ketiga bateri papa ditukar. Maknenye dah 21tahun. Lame sungguh.

Papa dapat bilik Bunga Raya dan pemandangan yang kurang best la pulak.

Anak menantu berkumpul dan tiba-tiba bilik tu jadi gamat. Saje nak cheer-up papa yang nerves.

Orang lain yang sakit, orang lain yang bersungguh-sungguh nak pilih menu makan. Hehehe..

Menu pun kene filter. Lemak, manis, sedap semua kene tolak ke tepi.


Jam 11am cik misi datang bagi baju seragam dan seluar dalam kertas. Dah kene ready..



While papa kene operate, anak menantu dengan selamba rileks sambil layan ANTM sambil jadi juri tak berbayar. Tu nak komen, ni nak komen. Tapi sebenarnye anak menantu baru balik dari jalan TAR tu. Dah kul 5pm, papa tak keluar-keluar lagi.


Papa masuk balik bilik around kul 6pm. Mamai. Lame gile sebab rumah untuk bateri tu kene tukar jugak. Hazab la oiiii..Bile kak misi dan doktor ade dalam bilik, time tu la kelam kabut nak kemas segala bagai. Padahal sebelum tu akulah king..hehehehe


Dinner yang diminta pun sampai. Macam sedap je ghoman eh. Beriye-iye papa makan sebab dipaksa berpuasa dari hari sebelum nye tu. Nak mintak sikit pun dijeling eh..Hehehe

Memang sahla IJN dah berwajah baru. Sebelum balik, aku sempat paksa mama dengan adik bongsu bergamba kat tengah hall tu.Dan perjalanan ke kereta disudahi dengan pelbagai nasihat percuma. Jangan makan itu, jangan makan ini..jaga kesihatan sikit intan oiiiii....aiyoo.

5 comments:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

marilah bersama HPA, anda akan diberikan pengetahuan tentang kesihatan dan cara menanganinya..sayang anak tangan2kan..begitulah juga penyakit, sebelum dia sampai kita tangankan dia jugak.

huhu.

Anonymous said...

yeee....nti aku berjinak2 pakai produk dia. yang bestnye leh hutang dulu . kekekkee

O Ena O said...

hai di/intan...cmne bulan pose bulan depan? bukak gerai tak? alamakkk nti ade rezeki aku smpei la ke pd eh..ko kt pd kan...

Cik Tudung Merah said...

ena . tak bukak la ena oii. tak sempat la u olls sebab berselisih dengan hari persekolahan (laki i kan meniaga kantin sekolah). pung pang pung pang, tak sempat nak set up stall semua nye beb. lg pun takde helper (wah, verangan ramai kan). tapi kalau datang PD, moh la kite berbuka bersame. ;)

Unknown said...

Nk tanye berapa kos wat beteri ru