September 30, 2010

Demam Iphone 4


Sane sini tengah heboh memperkatakan pasal buah hati baru ni. Orang jadi gile, ade yang sanggup beatur soploh jam untuk beli melaun ni. Memang meriah la Midvalley sekejap. Kesian staff Maxis tak tidur nak melayan karenah orang Malaysia. Dah macam orang US la pulak tapi rase nye belum ade yang sampai sanggup berkhemah depan pintu masuk Maxis centre kan?

Aku pun terkene tempias diva ni. Nak jugak kan. Orang nak time tu kau pun nak jugakkan. Hahaha. Eh, best sangat ke kau? Sampai buat aku tak tidur malam jugak? Sampai mamat maxis kat PD ni dah sampai cam suara aku walaupun tiap hari aku cube buat nada suara yang berlainan.

Kau berjaya la buat aku saiko. Buat aku kiasu.

Kalau nak dibandingkan dengan telefon lain, boleh je kut beli yang lain. Bersepahkan. Takyah nak booking ape kejadah semua tu. Pi kedai henset, pilih dua tiga menet, test-test, bagi duit and blah. Senangkan tapi apsal la nak pilih jalan yang susah jugak?

Dahla dasar kedekut. Bile kau beli, automatik kau dapat simkad mini bubuh dalam tipon ni. Maknanye kalau kau ade iphone 4 dan data yang besar manakala laki kau ade iphone 3gs dan data kecik, dia takleh nak pinjam simkad kau untuk donlods sume benda yang dia suke. tak boleh. Satu carut an disitu.

Kau ade iphone, kawan kau pakai Nokia. Pastu kau ade lagu paling in yang mana seluruh warga pekan PD belum ade lagu tu dan ade hati kau nak bluetooth, jangan harap langsung nak dapat. Sebab dia hanya leh bluetooth dengan iphone jugak. Tu pun kene donloads aplikasi pelik dulu. Dua carutan sudah.

Kau ade iphone 3g, kau ingat kau leh wat video call? jangan harap. kalau nak buat video call, sila beli yang 4g nye. Name je 3g tapi bukan yang macam tipon lain sebab 3g tu untuk nama 3rd generation je. Jadi ade kengkawan aku yang main rembat beli tu, macam hilang akal la bila dapat tau takleh nak video call dengan kekasih waktu malam. Tiga carutan dah..

Banyak lacking dia kan, tapi orang masih demam. Kalau kau pegi maxis @ digi centre skang ni, sure masih ade yang melekat nak tanye itu ini. Demam belum kebah. Aku akan tetap tunggu.

Tapi bila orang tanye aku, kenapa pilih Iphone. Aku jawab sebab style. Bulih?

September 20, 2010

Jom Detox!

Hari ni genap la sudah Syawal yang ke 10. Macam mane raye korang? Meriah tak? Aku dah cakap berhenti pada diri sendiri. Udah-udah la tu kan. Since Selasa minggu lepas sampai Sabtu memang tiap malam berjalan keluar rumah. Plan nak bukak stall memang kedaung. Orang ajak, takkan tak menjengah. Kosan eh, tak lipat baju bergunung. Nak carik sependa kena kais-kais.

Pi umah sane, makan ni. Pi umah ni, makan itu. Macham-macham aku jumpe, sampai keras perut balik rumah. Mula la kelam kabut panaskan air, nak buat teh yang berak-berak tu. Yang duta eh si ex-gf Zaid AF tu la. Harus la lepas tu berebut nak masuk jamban. Haha..

Antara yang menjadi pojaan hati mase acara penggemukkan adalah seperti berikut :-


cookies yang memang sedap dan tatau bape harga sebalang

rendang ayam

laksa Johor, memang mencarik ni weh

kawan mak aku yang baru balik dari buat Umrah. Habis kismis eh aku tarah. Gomok-gomok

Rendang tok dengan sambal ayam memang terbaek dari ladang wok

Penambahan berlaku bila dah teramat sedap. hahaha

1st time pi open house disaji dengan masakan kampung. Layan giler sambil tengok citer hindustan lak tu.

Lemang-lemangan ni memang perkara biase kan

Mee sup midnight name eh..

Bagi yang berdiet..ikan bakar in the house

Rendang daging

Kari ayam yang sangat montok bile dicicah bersama lemang

Satey-sateyan memang laku

Mee kari cepat masak tapi sedap

Blueberry kek yang montok

Masalodeh

Rendang lagi

Kuih Jala gemok cicah kari kambing

Kuih Jala gemok cicah sambal udang gemok..walawehhh

Dan satey lagi

Mihun dibawah lampu kaler neon


Dan bile kuih cornflakes madu dipanggil kuih sarang semut, memang layak la untuk aku jerit berhenti kuat-kuat. Dari aku sakit perut memulas tengah-tengah pagi disebabkan minum teh berak-berak tu, adalah lebih baik aku berpuasa saje. Pahala dapat, detox pun dapat. Jadi marilah kite detox same-same. Hehehe..

Esok nak puasa..dah boleh fikir menu bersaho..gulp!

September 15, 2010

Mood raya in the house

Hari ni genapla dah Syawal yang ke 6. Masih mood raya lagi dalam hati ni. Tiap malam je pi umah kengkawan, makan-makan pastu depressed sebab perut dah macam ibu-ibu bunting gamak eh. Hehehe..

Raya tahun ni macam lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas aku rase. Sebab banyak berjalan. Petang raya pertama je aku dah lepak atas highway selama lebih kurang 4 ke 5 jam jugak sebab beraye ke rumah sedara-mare side dia kat Pahang. Jenuh nak habiskan journey.

Tahun ni turn raya balik Seremban since plan nak balik Pahangkan. Awal-awal kene amek hati mak daten sorang ni. Complete set di pagi raye cume adik ipar aku (kurung putih) mewakili adik aku yang kene kerja tahun ni.

Tahun ketiga beraya bersama tapi kali pertama kaler sedondon. Ni pun carik kain last minit and nasib baik auntie taylor senyum simpul nak amik tempahan lagi. Fuhhh..ni bercamwhoring dalam keta nak balik Tampin. Acara wajib camwhoring pastu terus haplod and ucap selamat hari raya. Trend skang kan..aku ikut je. heheheh

Sampai kampung pun mesti wajib amik gamba dengan sepupu sepapat yang hanya jumpa setahun sekali tu.
Lepas tu sambil kunyah masalodeh, mase tu jugak kau nak bergossip sakan kan. Hebat..hebat..Dan tak raya name eh kalau tak merasa kuih-kuih dalam balang tu jugak. Tapi mood excited nak merasa skang dah kurang sebab tak ramai yang buat home made kuih kan, semua eh ditunjuk so gi sane, rase same..gi sini pun rase same.



Petang tu jugak lepas sembahyang Jumaat, berdesup skyline aku membelah lebuhraya ke Kuala Tembeling, Pahang. Dan kami berkonvoi 3 bijik kereta sampai ke sudah. Sampai sane dah malam gitu so teruskan aktiviti main mercun sampai lebam. Kater dok dalam hutan kan, lagi meriah bunyi eh. Bersahut-sahut dengan rumah kat hujung tanjung sekali. Kepala eh harus la bapak budak yang belum jadi bapak ni. Stok memang melambak dalam bonet kereta.

Esoknya pagi-pagi dah bangun and siap-siap nak handle Mak Yah road tour. Ingat madonna je ke leh road tour? Kelasssss mak mentua aku kan. Mesti dia plan nak beli caravan tu, senang nak bawak periuk segala time road tour nye sok. Aaaaaa nampak, masing-masing dah bukak bonetkan sebab nak masukkan hasil sauk kan la tu. Sebab kat sane memang musim buah




Kalau balik sini, mesti dia sauk anak-anak pokok. Kali ni dia amik anak pokok kari. Yang last eh mati tersadai je. Takde diapikkan anak pokok tu terkial-kial kat depan umah tu..

Mak Yah road tour diteruskan. Kali ni rumah yang menjadi sasaran berada di Jengka 3. Humangaiii..jauh poit. Keje aku tidur je la dalam keta. Yang best eh, kat Jengka siap jem kejap. Jem dalam hutan. Marvelles gitu..

Sampai Jengka 3, masing-masing buat macam umah sendiri. Mungkin perubahan cuaca dari suhu aircond ke suhu terik mentari buat penyakit sekor-sekor bertambah parah. Gambar diambil sebagai bukti. Masing-masing nak jadi gerila pemisah Natanyahu agak eh.

Dan buah-buah kat sini lagi ngam. 1st time aku jumpe dan rase. Jakun la bile nampak..

Ni name eh mata ayam. Kecik-kecik ye, tah macam mane dapat name tu aku tatau la, takde lak ghoman mate ayam. Rase eh sedap, macam buah jambu yang belum letak asam. Takde bijik lak tu
Ni lak cekupu namo eh. Ghoman eh macam pisang kaki tu tapi kecik lagi. Rase dia lagi sedap dari manggis kut tapi getah eh walawehhh banyak gile dan kalau kene kulit leh jadi kudis.

So acara menyauk sume benda yang bleh sauk adalah wajib. Cakap je ape la, memang tak cakap taknak..terus sauk. Dari yang berbulu sampai la yang berjuntai.



Road tour diteruskan ke Jerantut and Batu Balai, Benta. Perjalanan dipenuhi dengan alunan dengkuran dan bukak-bukak mata je dan sampai. Perkhidmatan pemanduan yang cekap dan bagus. Bergambar dengan adik-adik ipar yang tahap penyakit kronik eh melampau pun dah cukup buat hati ceria.

Dalam banyak-banyak rumah yang aku pi, takde pun yang mempersoalkan pasal anak jadi aku sudah amat lega. Lega yang amat sangat sebab bile bace status kawan-kawan yang senasib kat FB, ramai yang makan hati.

Tapi mendung tak bererti hujan, air yang tenang bukan takde buaya..ahaii..terkene jugak aku pade road tour yang terakhir. Petepekkkkk kat atas idung. Lemah gemalai je suara mokcik A tu memperkenalkan aku kat mokcik B. Ni lah Intan, menantu Mak Yah yang belum ade anak. Nak terkeluar balik nasi himpit dengan kuah kacang yang baru aku telan tadi. Bak kate adik ipar aku deep! deep! deep! Hahaha. AAK ke mokcik? Makin laju aku telan sebungkus lagi nasi himpit tu ade lah..lepas tu dia masak mi hailam, aku protes taknak makan.. kuikuikui.

Perjalanan pulang diteruskan dengan pemanduan yang berhemah dan licin. Sape lagi kalau bukan hakuuu..alhamdulillah selamat touchdown Port Dickson jam 10.40malam. Memang gasakla raya tahun ni dan syukur atas rezeki yang diberi. ;)

Walaupun dah raya ke 6, masih belum lewat nak aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Bila memandu tu, ingatlah yang tersayang. ;)

September 7, 2010

Hasrat tercapai..

Mase kecik-kecik dulu, aku remember yang mama penah belikan aku cawan yang siap straw. Mase balik kampung dulu, aku penah jumpe tapi lupe nak bawak balik. Ade gambar rabbit. Comel-ness sangat.

Semalam mase lunch break, aku ke pasaraya Ten Ten. Tatau la tempat korang wujud tak kedai ni. Nampak dari depan memang macam tah hape punye kedai la tapi bile masuk macham macham adaaaaa...

Row by row aku kirai. Dari balang raya sampai la ke lampu lip lap lip lap yang si dia sambar nak letak kat stall kater nye la. Tapi lampu tu murah, RM9.90 saje dan cantik. Ok, approved. Pastu-pastu bile masuk kedalam lagi macham macham lagi aku jumpe. Baju kaftan ala-ala rizalman RM6.99 saje, kain cotton..corak sangat in, aku rembat selai. Pastu aku jalan jauh lagi, aku jumpe yang ni. Ala yang bawah ni la.

Terus teringat cawat rabbit saya di kampung. Eh apesal tibe-tibe saya ni. Ok, kenangan mengimbau. Mama buat milo kosong pastu letak dalam gelas ni dan happy-happy tgk citer hantu tajuk GURU YAHYA kat TV1. Pastu bile tamau mandi je, mama jerit Guyaya datang. Mase tu macham pelat lagi, nak sebut name orang tu panjang-panjang tak reti. End up aku sebut Guyaya je la. Adusssss..takut sangat weh. Sape yang sebaya aku mesti ingat drama ajaran sesat tu.

Senyum sendiri sambil pegang cawan tu. Kaler yang sangat mengancam dan memang patut beli sebab harga nya baru RM2.50. Heaven sungguh.

Sambil tersenyum simpul, duduk depan tv bersahur air Rootbeer A&W dengan tenang. Hirupan demi hirupan yang sungguh tenang..;)