September 30, 2010

Demam Iphone 4


Sane sini tengah heboh memperkatakan pasal buah hati baru ni. Orang jadi gile, ade yang sanggup beatur soploh jam untuk beli melaun ni. Memang meriah la Midvalley sekejap. Kesian staff Maxis tak tidur nak melayan karenah orang Malaysia. Dah macam orang US la pulak tapi rase nye belum ade yang sampai sanggup berkhemah depan pintu masuk Maxis centre kan?

Aku pun terkene tempias diva ni. Nak jugak kan. Orang nak time tu kau pun nak jugakkan. Hahaha. Eh, best sangat ke kau? Sampai buat aku tak tidur malam jugak? Sampai mamat maxis kat PD ni dah sampai cam suara aku walaupun tiap hari aku cube buat nada suara yang berlainan.

Kau berjaya la buat aku saiko. Buat aku kiasu.

Kalau nak dibandingkan dengan telefon lain, boleh je kut beli yang lain. Bersepahkan. Takyah nak booking ape kejadah semua tu. Pi kedai henset, pilih dua tiga menet, test-test, bagi duit and blah. Senangkan tapi apsal la nak pilih jalan yang susah jugak?

Dahla dasar kedekut. Bile kau beli, automatik kau dapat simkad mini bubuh dalam tipon ni. Maknanye kalau kau ade iphone 4 dan data yang besar manakala laki kau ade iphone 3gs dan data kecik, dia takleh nak pinjam simkad kau untuk donlods sume benda yang dia suke. tak boleh. Satu carut an disitu.

Kau ade iphone, kawan kau pakai Nokia. Pastu kau ade lagu paling in yang mana seluruh warga pekan PD belum ade lagu tu dan ade hati kau nak bluetooth, jangan harap langsung nak dapat. Sebab dia hanya leh bluetooth dengan iphone jugak. Tu pun kene donloads aplikasi pelik dulu. Dua carutan sudah.

Kau ade iphone 3g, kau ingat kau leh wat video call? jangan harap. kalau nak buat video call, sila beli yang 4g nye. Name je 3g tapi bukan yang macam tipon lain sebab 3g tu untuk nama 3rd generation je. Jadi ade kengkawan aku yang main rembat beli tu, macam hilang akal la bila dapat tau takleh nak video call dengan kekasih waktu malam. Tiga carutan dah..

Banyak lacking dia kan, tapi orang masih demam. Kalau kau pegi maxis @ digi centre skang ni, sure masih ade yang melekat nak tanye itu ini. Demam belum kebah. Aku akan tetap tunggu.

Tapi bila orang tanye aku, kenapa pilih Iphone. Aku jawab sebab style. Bulih?

2 comments:

kiranajoe said...

banyak mencarut di situ...hmmm, so kesimpulan..lupakan iphone..aku pakai je tepon mana ada neh, janji line tak kena bar, boleh tepon laki aku nun jauh di melaka.

Cik Tudung Merah said...

HAHAHA. betul tu, tapi hati ni bagai digaruk-garuk je la..