Aku pernah borak dengan sorang kawan. Aku tanye dia ape yang boleh kite buat dengan duit gaji selain bayar hutang piutang, bagi mak ayah, bagi mak ayah mentua, simpan dalam bank yada yada yada? Dia cakap 'kau boleh pamper kan diri selepas penat bekerja siang malam'. Aku senyap.
Lepas tu balik umah dan menjalani kehidupan seharian, aku masih memikirkan pasal percakapan beliau itu. Fikir dalam-dalam. Ambil semua kebaikan dan keburukan, memang guna formula cikgu BM mase sekolah dulu la. Lame aku menimbang tara dan ade betul jugak cakap beliau. Muka ceria.
Tanpa bertangguh, aku sms dia. Mintak tolong dia copkan. ;)
Isnin lepas dia call, cakap barang dah sampai tapi tak banyak. Time lunch memang berdesup aku ke Seremban jumpa dia. Muka ada sinyum sepanjang perjalanan walaupun cuaca hari tu boleh buat pitam je. Sampai sane, jumpe dia, borak-borak kejap and pi sauk.
Oh!bahagia sungguh.
Perasaan mase tu macam kau tengah kunyah gula-gula kapas je. Lembut dan nyaman.
Lepas ni kuranglah masam muke sebab masing-masing dah ade. ;)
4 comments:
cayalahhh! hahahaa sauk jgn tak sauk
iphone 4! Fewittttttttttttt!
dilla : haha. hasil saukkan terhebat sepanjang hidup kot.;)
reena : awak pun nak kan? kasi angkat satu la beb. maxis murah banyak dari digi. ;)
nyah, cuba ko terangkan brapa kos nak sauk buah epal ni? dulu aku penah tanya offer dg utk blackberry, tp ada kos tersembunyi. Bila kira2 balik, harga sama kat pasaran..
aku bukan kedekut, cuma duit je yg tak berapa nak banyak.. ;p
Post a Comment