November 17, 2010

Juadah Hari Raya

Orang Malaysia ni memang suka makan. Bile buat kenduri pelbagai hidangan dimasak. Apetah lagi time raya. Walaupun hanya Raya Haji, tak bermakna takleh nak buruk mentekedarah. Nak-nak pulak bile beraya bersama keluarga tukang masak. Memang punahlah diet bagi mereka yang berdietkan.



Ni menu seawal pagi. Lepas solat raye berdesup pi umah mokcik yang memang tukang masak. Kalau datang PD pastu tersinggah makan kat kedai Mak Mah kat bawah masjid ataupun tepi jalan bypass, tu kedai dia la. Masyukkkkk weh kalau datang makan-makan umah dia. Cakap je nak ape, terbentang luas. Hehehe



Ni pulak kudapan mase tengah tunggu lembu nak lapah. Kudap n gosip memang seiring. Makin laju bergosip makin laju mengudap. Sedap gile. 50bijik hanya RM15.



On the way orang sibuk melapah daging, aku dok sibok menyuap untuk 2nd round. Haha. Walaupun menu ni selalu MIL aku buat kat kantin (mil bisnes kantin sekolah), tapi tetap sedap. Name pun raye, juadah mcm ni mmg wajibkan.



Dah petang sket, yang dinanti telah tiba. Jeng jeng jeng...letak kuah kicap dan perah limau sebijik, memang senyap terus. Tapi aku mampu hirup sup je lah, yang lain tu laki dok perahihkan. Tak larat mak noks. Tengok orang lain makan pun dah buat aku menyandar kekenyangan.



Bila perut dah kenyang, mata dah kene tampung dengan mancis api maka aktiviti melawan menguap itu penting. Haha. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang diberikan. Burppppp..



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: