March 29, 2011

Shushu in the house

Anak aku dah bertambah sekarang. Dari seorang menginjak pulak ke angka 4. Dulu Bunga je pojaan hati but now dah ada Jambu, Mok Mok dan Shushu yg nak jugak menumpang kasih.





Ni lah dia si Shushu tu. Aku bg nama dia sempena masa aku dapat dia dulu, dia antara paling putih berbanding adik beradik yg lain. Tp sebenar eh penat gak nak fikir nama 'anak' ni kan. Tu belum ade anak betul lagi. Haha

Dalam ramai ramai Shushu ni yg paling penakut sekali. Kalau tetengah main, yg lain hilang..dia punya merengek tu mengalahkan kene tinggal dalam gelap. Merengek tu mcm meow dia tu mendayu dayu la kira eh. Pepandai je aku mye terms kan. Keh keh keh





Amboi kemain lagi dia posing time aku cakap nak amik gambar. Haha. Kalau dia ni orang surely dia hantar gambar sendiri masuk majalah Mangga or Urtv kan. Hahahaha

So far dia ni takda masalah. Makan pun tak memilih tp kalau terbau tuna tu, kemain la lagi mengikut kaki aku sampai nak tertendang pun ade. Dah name pun makanan dia kan, haruslah deria bau dia tajam.





Dia ada lagi 2 beradik yg lain. Tp tengah main kat laman. Ni pun dia datang sebab nak suh aku belai belai dia. Camtu la peel dia tiap hari. Selagi tak belai, nak mengekor je mane aku pi

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: