April 4, 2011

1- Percubaan

Tibe tibe jadi down bile mengadap cermin dan pandang perut. Mane pegi nye perut Jessica Alba aku yg dulu. *mati lah statement*. Hembus napas kekuat pastu lepaaaasssss..rase nak mengamok sambil pukul pukul manje babat ni. Urghhhhh..tension.

Padanla muke. Makan bersulam air berais. Sape mengajar ko kan. Cube tengok seniwati Sarimah tu. Petua nampak mude sebab minum air selepas 30 minit makan. Korang? Aku? Kalau boleh straw tu sumbat kat tepi mulut je kan, kasi telan same dengan nasik. Camtu la lebih kurang eh keperluan air berAIS kepada aku. Tak cukup dengan tu, lepas habis nasik, ais tu aku kumam.

Maka selepas down, aku cipta azam. Aaaa hambek ko, cipta ok. Nak jugak ade name kan. Azam yg aku cipta tu ialah 30 hari minum tanpa AIS. Dan hari ni hari pertama ye. Kesannye memang dasyat. Takde rase mengantuk dan penat lepas balik kantinland. Rasa cergas dan tak malas. Bagus sangatla mcm ni kan. *padahal semua orang dag start dari dulu ni*.

Aku harap azam yang aku cipta ni tercapai.
Amin...

No comments: