August 13, 2009

Money Can't Buy Happiness



Pernah dengar ayat "money can buy happiness'' itu adalah ayat orang bangang sakit hotak lagi hidup alone,sengsara dan last last mati kering takde orang datang melawat jenazah. jika dengan melempang mereka aku boleh dikurniakan darjah kebesaran dato dato (bukan datuk datuk like ada cucu pat lima belas orang ye...) maka dengan rela hati bebeh,dengan rela hati!.


pernah tak dulu dulu masa korang berchenta and then ada problem dengan bf/gf u or sesuatu dtg menguji chenta then ko pon macham berdoa (walaupun solat macham buat tak buat je-tapi wajib berdoa pulak time susah baru nak ingat Tuhan) "Ya Allah,aku taknak harta banyak banyak, taknak duet banyak menggunung ganang, aku cuma nak dia jadi milik aku sampai forever..." ataupun "ahh tak kisah hidup miskin asalkan i ada dengan u..."

penah penah?

hey hey i penah okay.i penah gunakan ayat itu dalam berdoa ya.berapa sangatlah gaji seorang graduan uitm yang masih terkapai kapai belum dapat keje gomen mcm kawan kawan yang lain tu, then husband aku pun bukan kerja manager bank atau manager hotel ,husband aku cuma seorang penjual burger tegar~RM2 dan hotdog RM1.50, kalau ade besday party bulih datang tempah~ di kantin sekolah saje.

tapi tapi kami seronok hidup rasa bahagia rasa sweet walaupun aku just drive wiralious hitam saje, tu pun mak ayah kesian dengan anaknya yang comel namun hanya mampu merempit tika itu

hey hey takde duit menambun kami masih mampu hidup gembira dan gelak gelak bahagia dan tsk...bersyukur oh.sangat sangat bahagia sampai pegi audition the biggest loser, hokay.

tu sebab nye takde duit nak masuk kelas erobic kat Lukut sambil pakai legging kaler pink macam vj mtv.

duit memang boleh buat i bahagia rasa macam mati atas tilam duit, macam baru beli beg coach new arrival rasa macam dapat drive honda jazz, tapi itu hanya sementara.bahagia dibuat buat. kalau dapat semua tu tapi balik dari soping, laki takde rumah gi main golf ditemani kedi yang pakai thong pastu pi mandi jakuzzi sambil disuapkan anggur rangup beli kat giant, can we call it HAPPY thou?

meh aku bagitau ape yang buat haku bahagia sampai tua mati dan mereput dalam tanah, ialah bila aku sentiasa tau yg ada seorang lelaki biasa biasa yang sayang dan terima baik buruk aku dan cintakan aku dengan sepenuh hati beliau.

oh.itu cukup.

coz aku tau,dia akan sentiasa berusaha untuk mem-bahagiakan aku.tsk.

ish ish apa ni apa ni.T_T

1 comment:

lola said...

selain si dia yg cumelss itu membahagiakan kau, mak tau ada benda lain yg buat cik tudung merah bahagia......iaitu benda-benda berwarna merah.....u know i know lah.... :)

p/s: shweet shwettt nyeeeeee.......makin kombang hidung si cumelsss baca noks!