December 10, 2009

Sebab si Anep

*
dah dekat seminggu aku tak makan lua dan itu amat menjejaskan aktiviti berjalang aku. tak dapat la nak gi hirup udara segar tepi laut waktu malam. [kok sebelum ni penah ke?]
*
jadinye malam tadi aku saje ajak him makan lua. makan mi sup kat tepi pantai. auww..plan nye nak berdating berdua tapi aku ajak la kawan him sekali. name dia anep. dia cakap nak datang umah jemput, bagus gak tu ade orang drive.
*
Anep pun datang la sambil memandu Mercedez kesayangan ayahanda eh yang dihejang ke hulu ke hilir. sambil memandu tu mulut eh tak berhenti bercakap. cakap pasal projek sane sini. Oh, walau pun dia baru berusia 23tahun, mude belia tapi dia dah ade company sendiri, projek ratus ribu jugak la..syabas..syabas..
*
dah tu sebab nak impressed kan kitorang lagi, dia pun bawak kami ke tapak projek eh kat batu 4. korek sane, korek sini yada yada yada. pade situasi ini kereta dia dah mule meragam. signal dah takde bunyi, hon pun dah tak berkumandang dan lampu depan dah malap. aduhhhhh..
*
teruskan jugak perjalanan ke gerai mee sup, tutup. great! ke depan sikit lagi, ke kedai ayam panggang cowboy. lunggah saje la ape yang ade. yang si sengal ni pulak nak parking depan2 kedai tu, mercedez kan..hehe...him bising..suh parking jauh sikit sebab keadaan kereta yang tak sihat, kang malu lak tibe tibe rosak kan. so anep parked tepi dan ke dalam sikit. tutup enjin. try hidupkan balik, ketik ketik ketik bunyi nye. terima kasih.

*
kereta, driver dan co-pilot dah menganga. aku duk diam diam kat tepi sebab him pandang sinis, aku wat lawak yang tak lawak time darurat macam ni. haha
*
*
perut mengagau. badan dah lotih, kami seret kaki ke kedai ayam panggang yang bersebelahan ni. nasib baik orang tak ramai.
*
si empunya kereta mule call sane sini carik pomen. sementara tu aku ngap ape yang ade depan mata la.
*


*
review : sos ayam panggang ni dah sedap la pulak berbanding satu ketika dulu. bagus, ade perubahan. tak sia sia datang walaupun kereta rosak.
*
tak pasal pasal pomen tu ketuk RM120 untuk aktiviti potong wayar alternater,sambung wayar dan dengar dia punye cerita dahulu kala jaman keje kat Singapore sambil hirup fresh oren dan blah. haih..

No comments: