Hari tu aku berbual dengan seorang teman. Lelaki. Yang mahu menamatkan zaman bujang lewat minggu lepas tapi masih berkira-kira tentang perihal mampukah dia menjaga anak orang sedangkan gaji dan hasil yang dia ada sekarang pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Itu pun duit yang diberi untuk orang tuanya ada pasang surut. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, bawa ke depan.
*
Aku nak bersyarah.Syarah untuk beri semangat, bukan nak marah.
*
Lelaki itu bagi aku dia hidup dengan komitmen. Tanpa komitmen, dia pengka. Haha. Macam lelaki yang tak reti main bola. Haha. Taklah, maksud aku, lelaki tak boleh lari dengan komitmen. Kau katalah kau anak bongsu sekali pun, hidup kau tetap dikejar dengan komitmen itu dan ini.
*
Tahun lepas, sebelum kahwin, him cukup risau kalau dia tak mampu nak beri apa yang aku mahu. Yelah, aku ni kadang kadang ligat shopping. Kadang kadang sebab nafsu. Heheh. Masa muda, memang macamtu. Haih.
*
Sekarang dah tak peduli hal shopping, ada banyak lagi benda penting nak dibelanjakan. Hp pun pakai cikai-cikai aje, siap terkopak pun aku bia kan saje. Sebab dah tak berapa peduli tentang hp. Yang penting boleh terima call orang dan sms. Dah, cukup.
*
Bila dia risaukan tentang hal-hal demikian, ulang kali aku cakap. Bila kita dah kahwin, memang tanggungjawab itu terletak pada si suami. Tapi apa guna isteri kalau tidak boleh membantu. Itu sebab si suami membenarkan si isteri berkerja. Untuk membantu. Kalau duit tak cukup, jangan risau. Ada jalannya. Pandai tak aku buat ayat sedapkan hati?
*
Dan kami pun tak minta untuk jadi kaya raya, cukup setakat duit makan minum pakai.Dan hari ini, dah setahun setengah kami kahwin. Hidup kami, alhamdulillah, tipu la kalau tak pernah merasa darurat tapi Tuhan dah kurniakan akal fikiran, pandai pandai la nak hidup.
*
Sejak berkahwin, gaji aku cuma bayar duit kereta dan barangan dapur. Duit makan, duit minyak kereta, bil telefon, dan macam-macam lagi, semua him yang uruskan. Kan Tuhan dah janji rezeki untuk tiap satu umatnya? Yang penting jangan malas. Jadi, jangan takut nak kahwin, rezeki akan datang kau tak boleh nak duga. Yang penting kena selalu berusaha. Kalau harapkan rezeki datang cari, memang la kau macam tu je sampai mati. Wei kawan, masih tak percaya?Masih taknak kahwin?
*
Pergi gantung diri.
3 comments:
garang achik ni...akuk akuk.cane plak klu akuk mengadap family in law.tolong jwb cik seri santan
ni nak suh org lupa tuhan ke ape yg suh p gantung diri ni?
sikit tak terasa..muahahahah
emas juita. tang family inlaw tu takleh komen la beb. sebab ko nye kes lain dari yang lain..
apiz. aku tak suh ikut cakap aku pung..hahaha
Post a Comment