April 27, 2010

April 12, 2010

Customer Saya

Last 2 weeks, sorang perempuan sms. Tanya quotation untuk 5 apartment di PD. Nak menginap selama 3hari 2malam. Quotation diberi.

Mahal kate nye. Mintak kurang. Dalam hati, mau kurang baek ko beli umah kat sini saje. Tapi dalam pade marah2 tu, bagi jugak murah. Fine.

Selang a few days, perempuan tu sms lagi. Mau mintak murah lagi. Ewah, baran lak aku kan. Pastu siap mintak 5 apartment berderet. Aku dah menyinsing lengan baju. Tunjuk handal la konon. Haha
'Kami tak janji, tapi kami cuba'. Si suami membalas sms. 'Alaaa...carikkan jugak'. Wah, memberi arahan pulak.

Minggu lepas, perempuan tersebut sms LAGI. kali ni nak masuk awal, keluar lambat.
Ewah ewah, apak kau bagi aku duit tips lebih ke? Series aku hangen tapi takmau disebabkan perempuan tu, aku lari mood. aku berlagak cool. ' Kalau takda orang, kami cuba check in kan awal'. Sms dijawab. 'Hotel lain boleh je masuk awal. Ni pun sebab EPUL rekomen tau, kalau tak saya ambik apartment lain'. Manis bahasa nye. Aku sangat BLUR. sape EPUL? Laki aku pun tak kenal manusia bernama epul ni.

Jumaat lepas, kami sms. Mengatakan masa check in jam 1.30 dan check out 12.00 sebabnye kelima-lima apartment tu berpenghuni. Perempuan itu berang. Mengungkit itu ini. Siap bagitau yang kami berjanji. ewah kau...sms tu kami simpan lagi. Jangan nak buat bida'ah ye.

Seperti yang dirancang, mereka datang. Owner apartment yang check in kan, dan perempuan tersebut hanya membayar suku dari jumlah keseluruhan. Si owner bising. Kami call nak tanye.

Perempuan tu jerit bangsat, puk*m** dan a few ayat tata bahasa yang tidak diluluskan oleh kamus dewan bahasa. 'I tak biasa bawak cash, selalu i bayar hotel dengan card credit saje'.
Oh, tak biase bawak cash atau ko memang takde duit laha***? Kami biarkan dia berdialog sendirian, tidak mengiya atau menidakkan ayat nye. Yang kami tau, lepas tu talian diputuskan.

Malas nak amek pusing, bia owner setelkan sendiri.

Oh, lupe nak bagitau. Kesemua apartment tu disewa oleh PUTERI UMNO bahagian ehem ehem. Perlu ke engkau dipanggil puteri?

April 6, 2010

Cuti- Cuti Port Dickson Part II

Bilik Utama

Bilik Kedua

Ruang Tamu


Dapur
> peti ais, dapo masak & cerek air<


Bilik Termenung ;)

Pemandangan dari balkoni

Moh ke Podiksen.
Corus Paradise Resort, 2 bilik tidur.
Mau?

Harga bermula dengan harga RM110 sampai RM280.
Sila contact 017-3225961 (Syahmie) untuk keterangan lanjut.


April 2, 2010

Teruja


Idaman si suami, si isteri menurut perintah. tapi dalam hati memang dem excited.
LelakiGemukKurus, kami sudah sedia. ;)


April 1, 2010

Finally aku mampu tersenyum ;)

Refer pade entry aku sebelum ni kan, hidup aku memang tak keruan dibuatnye. dah la teringat lesen mati lebih dari sebulan selepas due date nye, pastu bile nak renew tak boleh pulak. blacklisted.

tung tang, keletuk keletang...semalam aku ke Mahkahmah Melaka.
First time naik court.
First time jugak nak bertentang mata dengan abang majistret.
Pukul 7.30 aku dah terpacak depan bangunan tu dan pukul 9 suku acara bermula.

telinga disumbat ipod, steve aoki tengah melalak dan nama aku yang pertama kene jerit. Mau tak cuak. Dahla aku clumsy. Malu je dengan abe majistret. Kontrol kontrol dan goda terus dapat denda sebanyak satu ratus lima puluh ringgit malaysia. tarik nafasssssss....lepasssss....purrrrr
relief. alhamdulillah

lepas lepas tu, aku terus gi jemput dia untuk acara girls day out. takde la day out sangat. bile jumpe, mulut masing masing macham popcorn. cakap tak stop. pastu cakap kuat kuat padahal duduk sebelah je ni. pastu macham nak cakap semua benda. bile la nak ubah pangai ni beb? ;P
teman kan dia beli ehem ehem. dan baru aku pasan tiapkali dia nak beli ehem ehem mesti aku yang jadi bodyguards. hihi. aku tamau reveal si ehem ehem tu sebab kang aku kene santau angin lak..haha. but good choice beb [aku jeling dari ekor mata] ;)

anyway, skang dah boleh eksyen bawak keta laju laju sebab dah renew lesen. eksyen ni.


eh babe, tq for the ganu's kopok lekor. aku lum goreng sebab tong gas masih di stall. ;)