Gemuk selalu menjadi isu. Normally pade perempuan la. Walaupun berat kau hanya 45kg, pastu esok timbang naik pulak 1kg, KAU akan menjerit AKU DAH GEMUKKKKKKKKKK. pastu kau akan depressed seminggu. Tolak nasik. Hanya makan sayur saje. Kejap, kalau dengan penambahan sekilo tu kau cakap kau gemuk, aku ni layak dipanggil ape pulak? Tapi aku bukan nak bercakap pasal kau. Ye, aku gemuk. Laki bini gemuk. So what? Aku gembira. Gemuk dan gembira, double G. Tapi takleh pakai G-string kut, kang terselit celah lemak. Haha. Tapi orang tak panggil aku gemuk. Taktau la kat belakang aku ke ape. Ade? KAU ade? aku makin emo lak..balik! balik!
Selalunye ape-ape yang berkaitan dengan perempuan/ wanita gemuk selalu disudahi dengan ayat TAPI..
''Si polan tu pandai mengemas, pandai memasak, pandai segala-galanye TAPI dia gemuk''Sebenarnya kecantikan adalah satu perkara subjektif yang telah di set kan di dalam kepala melalui saluran media. Melalui televisyen. Melalui majalah dan melalui apa sahaja. Imej-imej yang di paparkan kononnya lebih sedap mata memandang sekiranya model yang di tampilkan berbadan kurus dan ramping. Dan berbuah dada yang besar sebagai bonus.
Kecantikan juga telah dipersyaratkan dengan faktor ketinggian, ukuran pinggang dan pinggul serta warna kulit. Tapi yang utamanya ukuran saiz badan lah. Oleh yang demikian, maka ramai lah perempuan atau lelaki yang kebanyakkan cantik dan hensem, berhidung mancung dan berkulit cerah TAPI
GEMUK masih berperasaan rendah diri yang kekal.
bagi aku semua yang dilahirkan adalah cantik menawan kalau berperangai senonoh..
Selalunya, kalau pun ada kenalan yang kecantikan tip top, tapi perangai tak munasabah, macam-macam lah alasan yang akan kita berikan untuk menafikan kecantikan dia. itu perkara biase aku rase. hehe..
Kegemukan adalah malapetaka kalau sebelum ini kamu bukan lah tergolong dari golongan yang gemuk. Kalau memang kamu gemuk sejak kecil, mungkin takde hal.Macam aku la...time lahir je dah mencapai berat 4.7kg.Tapi mcm mane dengan orang yang memang kurus, pastu jadi gemuk sebab faktor buas dalam bab makan ni? Hati akan mudah terasa bila kenalan lama ajukan pertanyaan bodoh tanpa niat bodoh iaitu
'' kenape kau gemuk?''yang tukang tanye tu pulak agak eh muak makan nasik gune tangan agaknye kan. Sampai sekarang aku fikir - apa kejadah jawapan yang paling mustajab untuk soalan tu?
Walaubagaimana pun sampai sekarang aku tak faham kenapa orang jadikan gemuk itu sebagai bahan ejekan. Sedangkan yang ejek tu memang lah kurus tapi hidung kembang macam jambu air. Dan bertelinga capang serta berjerawat mengalahkan kotoran di lantai rumah terbengkalai.
pastu orang gemuk jugak dijadikan bahan ujikaji. Sebagai contoh pasangan gemuk yang dah kawin tapi masih belum dapat anak..
''kau laki bini gemuk sangat, tu yang susah mengandung''macam mane pulak dengan laki bini yang kurung melengking tapi masih berdua? selalunye orang akan cakap
''takde rezeki tu, usaha lagi''nampak tak kat sini betapa manusia sangat berat sebelah? cuba jadi pengadil di dunia. macam tu pulak perkiraan mereka terhadap manusia gemuk kan. sadis betul pemikiran manusia abad ini. nampak gaya orang gemuk memang tak berhak nak dapat itu ini.
OK si gemuk sekelian, gemuk bukan sumpahan. So kalau ada orang kurus muka tak seberapa atau orang yang sedang baru putus cinta atau mengalami tekanan perasaan kutuk kau gemok, better kau jangan layan. Kalau kau happy sebab kau gemuk, teruskan tapi jangan lupe wat pemeriksaan kat klinik sebulan sekali. Kau cek la tekanan darah tinggi, paras gula segala. Make sure kau jadi orang gemuk yang sihat dari segala penyakit.
Dan mungkin orang gemuk memang suke emo..HAHA