August 30, 2010

Korang berbuka ape?

Tup tap tup tap ade lebih kurang seminggu lebih lagi kite nak menyambut ketibaan bulan Syawalkan. Macam mane aktiviti puase korang? Mintak-mintak pade yang kengkawan yang sihat waalafiat tu, bia la puasa penuh. Baru feel nak beraya.

Macam mana pulak persediaan nak menyambut Hari Lebaran ni? Dah habis shopping ke? Serba serbi baru? Aku biase je, ala kadar orang kate. ;)

Tapi korang perasan tak mase bulan puase ni, macham-macham terase nak makan kan? Benda yang tak penah dihadap, tapi craving mencarik lepas balik keje. Pelik sungguhkan. Dan aku termasuk jugakla dalam list mengada-ngada tu jugak.

contohnye kueh telinga keling ni. Kalau gi pasar malam batu 4 tu, berderet makcik-makcik melaung suh beli kueh ni tapi haram aku nak toleh. Tapi aritu mengada-ngada mencarik. Nasib baik jumpe dan nasib baik sedap. Mak aku cakap kalau orang kampung meniaga, ikhlas pembuatannye..tu sebab sedap. Leh terima dek akal ke tu?

pastu nak makan lak bangkai helikopter ni. dulu murah je, skang ni ade yang cecah sampai RM4.00 tapi mungkin isi eh banyak sket la. Tapi lepas 2,3 hari ngadap rangka ni..muak pulak

Air mata kucing. Memang air wajib tiap kali berbuka. Tak kesah la sejuk @ panas. Kalau kat Podiksen ni aku suke beli kat bazaar pekan tu, stall paling tepi dan budak yang tukang jual tu gelap-gelap dan pakai topi Monster. Dia tak kedekut air dan murah.

Oh ini pencuci mulut yang sangat wajib yang kalau takde memang tak lengkap menu berbuka. Kuih Tepung Pelita. Tapi ade jugak yang confius ingatkan tepung pelita tapi bile balik umah tengok kuih Tako. Misi aku failed, belum jumpe yang sedap macam MIL buat. Bazaar Pekan, failed, makcik meniaga depan masjid Bagan Pinang, failed, bazaar Batu 4 pun failed. Haih..

Selain air mata kucing, air kedua ialah air tebu. Save weh beli air ni sebab memang manis gile so balik umah bleh tambah air lagi. Jadi la banyak. Leh simpan sampai saho sekali tapi kalau termiss saho, bangun pagi tu bukak fridge sambil kelip-kelip pandang jug.

Aku bukan jenis makan sayo. Tapi kalau buka, mesti nak ade bahan berwarna hijau menyelit. Makan eh kuis-kuis je, mungkin nak seragamkan kaler menu kut. Ade merah sket, hijau sket..;)
Pencuci mulut? Sangat perfect kalau kuih kelepong menyelit same. Dan lagi best kalau gula merah kat dalam besar. So mase gigih, air gula merah tu menjejeh-jejeh kua dari mulut pastu cepat-cepat lap dengan lengan baju. Heaven kut dapat makan macam tu

Ulam-ulaman ni memang nan hado la kan. Kalau ade pun, dia yang tukang habiskan. Tapi kalau sambal belacan eh sedap pastu cicah lak dengan timun sejuk baru-keluar-peti-ais, odap-odap eh kan. Rangup je kunyahan tu.

tapi dalam banyak-banyak menu, aku suke jugak berbuka kat Mekdi. Ayam goreng spicy menjadi pojaan hati. Pedas sangat kalau nak dibandingkan dengan KFC. Teringat pulak kenangan mase keje kat Mekdi Seksyen 2 Shah Alam dulu. Buka ramai-ramai dengan kengkawan, makan laju-laju sampai tercekik pastu senyap-senyap pi curik air Milo sejuk kat kitchen. Air Milo dengan Ribena kirenye barangan terkawal la so untuk staff meal tidak dibenarkan amek air tu. Kedaung la kitorang nak apikkan..;)

Ok bebeh. Air liur aku dah menjejeh-jejeh ni.
Selamat berbuka puasa. ;)


August 18, 2010

Cuti-cuti Ramadhan

Bulan puase ni korang tak datang Port Dickson ke? Tak payah la mandi laut, setakat datang lepak-lepak, bukan slidingdoor luas-luas dan menikmati keindahan alam dengan terjahan angin bayu yang sepoi-sepoi sambil menanti waktu berbuka puasa.

Kalau datang, korang nak duduk mane? Kalau kepala tu dah kebas sangat disebabkan berpuasa, jangan malu-malu nak sms ataupun call aku terus. Sebab bulan ni ade cheap sale untuk sape-sape yang nak check in apartment 2 bilik @ Corus Paradise Resort ni. Bulan ni saje tau. Jangan tangguh-tangguh abe weeeee...

Bilik Utama

Bilik Kedua

Ruang tamu

Dapur

Toilet

View

Puas hati tak tgk gambar saje? Kalau tak puas hati, moh la datang tengok sendiri dan rasaikannye..heheheheh..eh, lupe nak bgtau harga pulak. Untuk 2 bilik tidur ni aku kire cincai je la. Semalam hanya RM150. Naik murah lagi? Sila sms kat number 012-3835961 @ 0173225961 untuk bernego-nego.;)

August 13, 2010

Kunfayakun

Sedang aku bersedih, mungkin berjuta lagi manusia yang dilanda kesedihan.
Ape sangatla kesedihan aku ni kalau nak dibandingkan dengan mereka yang kematian orang tersayang atau kemusnahan harta benda di dalam pembakaran.

Kita kadang-kadang pelik kenapa Tuhan atur semua ni. Kenapa kita diletakkan pada sudut kesedihan yang paling maksima. Kenapa harus diuji. Mungkin sebab kita sering terlupa dan melupakan.

Dan selalunya kesedihan ini buat kita tambah kuat. Tambah matang. Bile kita sedih, kita akan berfikir. Ade ke time kau gelak terbahak kau nak fikir semua benda? Takda. Jadi Tuhan turunkan dugaan.

Please be strong. Big girls don't cry.

Bila Tuhan dah tentukan hari jadi aku tahun ni takde kek, makno eh TAKDA.
Happy 28th birthday to me
;)

August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Sekejap je rase masa berlalu, dah masuk bulan Ramadhan.

Aku just nak wish Selamat Berpuasa pade semua yang bace belog syok sendiri aku ni dan kalau gi bazaar tu jangan sedap main tunjuk itu ini lepas tu jadi ular sawa lepas waktu berbuka. Ini peringatan untuk diri sendiri secara sinis gak ni. Hehehe...

Mintak maaf kalau tersilap bahasa terkasar kata. Moga kita sama-sama mendapat keberkatan dan menjalani ibadah ni dengan penuh berkat. ;)


August 9, 2010

Cuci The Musical II

Selepas 7 tahun, baru semalam aku jejakkan kaki semula ke Istana Budaya. Last time aku gi dulu rase nye tahun 2003 kut. Tu pun sebab kene buat assignment teater Bukit Kepong. Lepas tu kedaung aku nak pegi lagi. Rindu..

Gi semalam pun memang kering jugak sebab memang dah tau show akan ambik masa 4 jam jadi memang agak bercinta la nak balik Port Dickson.


Sesampai je sane, harus la aku jadi tak keruankan. artis lame, artis baru. Menteri sane sini. Tapi perempuan ni jugak akak berkenan. Bile jadi stalker, harus la gamba terhuyung-hayang sebab tengah kontrol gigil. Kang sekali dia jerit, tak ke akak melatah? Kekeke.. nasib baik dia tak bawak Birkin dia. Kalau tak aku pengsan la celah pasu bunge tu.

Ade hati kan nak masuk entrance artis kan, sekali dah beratur staff tu cakap suh naik atas. Beli tiket kasta bawahan ade hati nak duduk depan-depan mengadap abe Hans.



Pembukaan yang colorfull. Mane la dorang dapat uniform keje shutdown yang kaler lapsap ni? Bleh buat baju ghaye gamak eh. Hehehe. Setakat 3 gambar je sempat aku snap during the show sebab lepas tu tangan aku kene laser kaler merah. Humangaiiii..terpanjat mak noks. Tengah sedap-sedap nak fokus muke abe Hans kan, sekali mendapat la ko intan. Gile babi extravaganza lah dorang kan. Nasib baik takat laser merah je, kalau mase mase dorang melaser tu keluar bunyik siren..Ish..tinggi nau lak imiginasi aku.

Mase break 15min, sempat la nak mengodek camera. Tu pun aku jeling-jeling staff tu dulu. Kang takut kene laser merah kali kedua lak.

Selepas 4 jam dan jubo Kim Kardashian mak meleper, selesai jugak show ni. Jam dah tunjuk kul 12.30am.

Panjang gile ye orang beratur nak sign amek gambar bagai. Serious mak not in the mood. Dah pukul berape lak kan. Aku berdiri kat tangga dan perhatikan gelagat orang. Siap ade yang jatuh tangga bagai. Ok, aku simpati sebab skirt ko yang paras peha tu menyelingkap depan orang.



kantoi pulak aku amek gamba abe Hans je kan. Memang kegilaan aku sejak darjah enam. Lame tak lame la kan, skang baru dapat bertentang mata. Ish..mulus tul muke dia. Angau aku weh

Diorang memang awesome. Aku memang bagi 5 stars la untuk show ni. Chemistry among them pun nampak best. Diorang wat lawak, diorang balik gelak.
penyeri yang sangat berseri. Selambe je muke si Jac ni mase menyanyi. Raut muke dia macam tengah nyanyi keynote yang rendah. Ish..kok dapek kat Ziana Zain, dah ghoman terberak.Haha

Both guy sangat cool-ness. Enak betul bile denga si Reefa mengRAPkan lagu. Lame tak dengar citer pasal dia. Tatoo ko memang awesome la bang. Harith pulak dengan lakonan yang agak poyo-poyo tapi meletopsss...

Pose wajib supaya bleh print out gamba ni letak bawah bantal.

Betty Benafe's fan. Kuikuikui..

Korang sok tak keje ke bai? Melangut laie kek situ macham la esok hari Ahad. Serious mak tak larat nak tunggu. Umah mak jauh noks..

Pose wajib artis. Saje mencuba kan. Kater red carpet. Litip merah Scarlet Johnson tak nampak lak. Tu paling mahai tu..

Akibat belum dinner, dapat la menyental burger Mekdi sebelum keluar tol Sg. Besi dan lepas tu amat bercinta la nak habiskan perjalanan dengan mata yang berat. Tapi muka ade sinyum bile terkenangkan abe Hans. Hehehe

August 6, 2010

Penagih tegar

Rase tak lengkap hari aku kalau tengahari tu aku tak singgah kedai-kedai tepi jalan depan Pizza Hut kat PD tu. Tak perasan sejak bile aku jadi pengunjung setia kedai-kedai tersebut tapi hidup memang tak keruan kalau sehari aku tak mengunyah kuih yang berlubang ni.

Makan laju-laju time panas pastu cicah dengan kuah kelapa yang dibekalkan sekali, voila. Sanggup bergaduh kut kalau time menyuap tu ade pulak malaun yang kacau. Hehee. Harus menikmati moment tersebut secara lama dan diam-diam. Makan sambil menghela nafas puas dan bersyukur atas nikmatNya.

Ditambah pulak dengan potongan-potongan kecik jambu Pakchu 916 yang sejuk sampai milu nak mengunyah eh. Tambah perfecto diakhiri dengan sisipan air jambu istimewa Pakchu 916 jugak. Makcik tu letak 3 sudu besar asam jambu yang siap diblend.

Tengahari kang harus tekan minyak berdiri lagi ni. ;)

August 5, 2010

Bukan Ausino

Tengahari semalam aku ronda-ronda bandar Port Dickson. Takde kawan yang bleh aku hangkut ajak lunch sekali, maka bergentayangan aku keseorangan diri. Ronda punya ronda, mata tertancap kat satu butik. Wah, ade butik ke kat PD ni diknon? Hahaha. Kedai RM2 je bai. Feveret place aku. Parking lak senang carik, memang shantekk sangatkan. Tak perlu nak merengkeh berjalan tengah panas terik.

Ok, orang agak ramai. Kene langgar-langgar bahu untuk berjalan. Ade sale gamaknye kedai RM2 hari ni, aku berkata dalam hati. Dengan pantas aku sauk bakul kat depan. Wahhh..siap ade bakul kan, kok ade troli dah lame kedai tu jadi kapal karam sebab laluan pejalan kaki pun kut letak badan aku dah penuh. Hahahaha..

Laluan by laluan aku teroka. Takde yang aku suke, kalau ade pun buat kene maki balik kang. Saje nak penuhkan rumah je kan pastu bia berhabuk. Pastu jadi labah-labah buat sarang.

Oh oh tiba-tiba hati bagai disiat-siat. Ala-ala aku sedang berwindow shopping di Living Home gamak eh. Cepat-cepat halang laluan dan kalau boleh nak bersila sampai mengusai kat rak tu.

Aku jumpe ni..



Semua barangan diatas ialah RM2 sahaje. Kain ok, checked.. corak so in, checked..price murah, checked..mau rembat, checked. Serious aku rase mau bersila depan rak tu. Banyak yang aku berkenan pulak tu. End up aku rembat 3helai je. Sebab lepas ni nak hejang si dia datang lagi.


Terbayang-bayang jugak cover kusyen kat ausino minggu lepas. Design same je, better rembat yang ini saje untuk dipakai untuk ghaye sok. Kalau ade orang mengata sebab aku beli kat butik RM2 pun, aku tak kesah mane. Yang penting mak happy. Kau ade?

Tak dapat baju baru pun takpe..

Tiap kali tarikh nak ke penghujung bulan, kat mane-mane bank pun mesti penuh. Orang beratur menjela kat mesin atm. Lepas tu cuba kau ke mall. Tak payah ke Pavvilion la, masuk Billion pun dah sesak, berlanggar bahu dan troli. Nasib baik je troli tu takde hon, mungkin lagi gamat kalau ade.

Mase tu la kau nak beli syampu, ubat gigi, ubat nyamok, anak mintak beli koko krunch,si ayah nak minyak rambut tancho. Semua aktiviti ni terjadi bile kite dapat gaji. Pastu kau naik tingkat atas. Yelah, selalunye tingkat atas tu ade barang-barang macham kasut, sarung cadar, towel dan segala jenis benda yang boleh memunahkan uwang yang dicarik selama 30hari tu. Bagi yang beruwang lebih sket tu, gi bandar besar sebab ape khelas la nak pakai baju cap pingpong nak melaramkan.Hehee..

Tapi bagi aku, tak penting sangat semua benda tu. Eh eh, keperluan dapur tu penting tapi nak melangkah naik ke tingkat atas sikit tu, jarang. Sebab bagi aku bile dapat gaji, aku suke terapi makan. Ye, tiap hari aku makan tapi bile dapat gaji kire makan special sket la. Benda yang takde sekitar tempat aku dan kene isi minyak RM30 dan bayar tol RM8.80 untuk ke destinasi tersebut. Itu adalah aktiviti aku tiap bulan selain belanje mak ayah kedua belah pihak. ;)

The best part is, seminggu sebelum sampai tarikh keramat tu aku start google tempat mane yang best jadi ulaq sawa batik. Air liur menjejeh-jejeh atas meja bile klik kat menu pastu siap amek gamba nak tunjuk kat dia. Sebelum tido tengok gamba menu dulu pastu masing-masing berlumba telan air liur dan berangan. Sick gile kan. Hahaha.

So last month, lepas antar SIL ke UPSI kami singgah OU. Mase tu dah petang jugak la, last makan time breakfast kut. Dia dah berkerut, mood dah bertukar so pencarian tempat makan diteruskan. Sepakat membawa berkat ke Italiannies.

konsep kedai ialah cozy. Memang seirama dengan isian perut kami yang kosong ni.

agak lame jugak Q kat depan tu nak tunggu diorang kemaskan meja. Lepas order, banyak diam. Melayan angin pus-pus dalam perut. Hanging there sayang..kuikuikui..tiap kali lapar je, mule la buat muke macam nak melahap orang.




Lepas hadap starter ni aku tatau la nak jadi ulaq sawa batik ataupun anaconda terus.


Anaconda's meal sudah tibe. Aku la gatai-gatai nak test penne bolognese yang macam giuliana rancic selalu makan, sekali mendapat. Tak sedap. Yang dia punye pun biase-biase je. Sedap lagi stater tu kut. Takpe, learn from lesson. ;)


Bile dah kenyang, makan pun main-mainkan. Kuis sane sini pastu tolak pinggan dan angkat kaki. Eat well, live long kater nye..

Bila hati manyak happy, muka ada sinyum juga. Time ni kau dah boleh hejang dia ke hulu ke hilir dah. ;)

Planning untuk bulan Ramadhan still in progress. Tak dapat shopping nak rak pun takpe..