Mase tu la kau nak beli syampu, ubat gigi, ubat nyamok, anak mintak beli koko krunch,si ayah nak minyak rambut tancho. Semua aktiviti ni terjadi bile kite dapat gaji. Pastu kau naik tingkat atas. Yelah, selalunye tingkat atas tu ade barang-barang macham kasut, sarung cadar, towel dan segala jenis benda yang boleh memunahkan uwang yang dicarik selama 30hari tu. Bagi yang beruwang lebih sket tu, gi bandar besar sebab ape khelas la nak pakai baju cap pingpong nak melaramkan.Hehee..
Tapi bagi aku, tak penting sangat semua benda tu. Eh eh, keperluan dapur tu penting tapi nak melangkah naik ke tingkat atas sikit tu, jarang. Sebab bagi aku bile dapat gaji, aku suke terapi makan. Ye, tiap hari aku makan tapi bile dapat gaji kire makan special sket la. Benda yang takde sekitar tempat aku dan kene isi minyak RM30 dan bayar tol RM8.80 untuk ke destinasi tersebut. Itu adalah aktiviti aku tiap bulan selain belanje mak ayah kedua belah pihak. ;)
The best part is, seminggu sebelum sampai tarikh keramat tu aku start google tempat mane yang best jadi ulaq sawa batik. Air liur menjejeh-jejeh atas meja bile klik kat menu pastu siap amek gamba nak tunjuk kat dia. Sebelum tido tengok gamba menu dulu pastu masing-masing berlumba telan air liur dan berangan. Sick gile kan. Hahaha.
So last month, lepas antar SIL ke UPSI kami singgah OU. Mase tu dah petang jugak la, last makan time breakfast kut. Dia dah berkerut, mood dah bertukar so pencarian tempat makan diteruskan. Sepakat membawa berkat ke Italiannies.
Planning untuk bulan Ramadhan still in progress. Tak dapat shopping nak rak pun takpe..
No comments:
Post a Comment