September 15, 2010

Mood raya in the house

Hari ni genapla dah Syawal yang ke 6. Masih mood raya lagi dalam hati ni. Tiap malam je pi umah kengkawan, makan-makan pastu depressed sebab perut dah macam ibu-ibu bunting gamak eh. Hehehe..

Raya tahun ni macam lebih meriah dari tahun-tahun yang lepas aku rase. Sebab banyak berjalan. Petang raya pertama je aku dah lepak atas highway selama lebih kurang 4 ke 5 jam jugak sebab beraye ke rumah sedara-mare side dia kat Pahang. Jenuh nak habiskan journey.

Tahun ni turn raya balik Seremban since plan nak balik Pahangkan. Awal-awal kene amek hati mak daten sorang ni. Complete set di pagi raye cume adik ipar aku (kurung putih) mewakili adik aku yang kene kerja tahun ni.

Tahun ketiga beraya bersama tapi kali pertama kaler sedondon. Ni pun carik kain last minit and nasib baik auntie taylor senyum simpul nak amik tempahan lagi. Fuhhh..ni bercamwhoring dalam keta nak balik Tampin. Acara wajib camwhoring pastu terus haplod and ucap selamat hari raya. Trend skang kan..aku ikut je. heheheh

Sampai kampung pun mesti wajib amik gamba dengan sepupu sepapat yang hanya jumpa setahun sekali tu.
Lepas tu sambil kunyah masalodeh, mase tu jugak kau nak bergossip sakan kan. Hebat..hebat..Dan tak raya name eh kalau tak merasa kuih-kuih dalam balang tu jugak. Tapi mood excited nak merasa skang dah kurang sebab tak ramai yang buat home made kuih kan, semua eh ditunjuk so gi sane, rase same..gi sini pun rase same.



Petang tu jugak lepas sembahyang Jumaat, berdesup skyline aku membelah lebuhraya ke Kuala Tembeling, Pahang. Dan kami berkonvoi 3 bijik kereta sampai ke sudah. Sampai sane dah malam gitu so teruskan aktiviti main mercun sampai lebam. Kater dok dalam hutan kan, lagi meriah bunyi eh. Bersahut-sahut dengan rumah kat hujung tanjung sekali. Kepala eh harus la bapak budak yang belum jadi bapak ni. Stok memang melambak dalam bonet kereta.

Esoknya pagi-pagi dah bangun and siap-siap nak handle Mak Yah road tour. Ingat madonna je ke leh road tour? Kelasssss mak mentua aku kan. Mesti dia plan nak beli caravan tu, senang nak bawak periuk segala time road tour nye sok. Aaaaaa nampak, masing-masing dah bukak bonetkan sebab nak masukkan hasil sauk kan la tu. Sebab kat sane memang musim buah




Kalau balik sini, mesti dia sauk anak-anak pokok. Kali ni dia amik anak pokok kari. Yang last eh mati tersadai je. Takde diapikkan anak pokok tu terkial-kial kat depan umah tu..

Mak Yah road tour diteruskan. Kali ni rumah yang menjadi sasaran berada di Jengka 3. Humangaiii..jauh poit. Keje aku tidur je la dalam keta. Yang best eh, kat Jengka siap jem kejap. Jem dalam hutan. Marvelles gitu..

Sampai Jengka 3, masing-masing buat macam umah sendiri. Mungkin perubahan cuaca dari suhu aircond ke suhu terik mentari buat penyakit sekor-sekor bertambah parah. Gambar diambil sebagai bukti. Masing-masing nak jadi gerila pemisah Natanyahu agak eh.

Dan buah-buah kat sini lagi ngam. 1st time aku jumpe dan rase. Jakun la bile nampak..

Ni name eh mata ayam. Kecik-kecik ye, tah macam mane dapat name tu aku tatau la, takde lak ghoman mate ayam. Rase eh sedap, macam buah jambu yang belum letak asam. Takde bijik lak tu
Ni lak cekupu namo eh. Ghoman eh macam pisang kaki tu tapi kecik lagi. Rase dia lagi sedap dari manggis kut tapi getah eh walawehhh banyak gile dan kalau kene kulit leh jadi kudis.

So acara menyauk sume benda yang bleh sauk adalah wajib. Cakap je ape la, memang tak cakap taknak..terus sauk. Dari yang berbulu sampai la yang berjuntai.



Road tour diteruskan ke Jerantut and Batu Balai, Benta. Perjalanan dipenuhi dengan alunan dengkuran dan bukak-bukak mata je dan sampai. Perkhidmatan pemanduan yang cekap dan bagus. Bergambar dengan adik-adik ipar yang tahap penyakit kronik eh melampau pun dah cukup buat hati ceria.

Dalam banyak-banyak rumah yang aku pi, takde pun yang mempersoalkan pasal anak jadi aku sudah amat lega. Lega yang amat sangat sebab bile bace status kawan-kawan yang senasib kat FB, ramai yang makan hati.

Tapi mendung tak bererti hujan, air yang tenang bukan takde buaya..ahaii..terkene jugak aku pade road tour yang terakhir. Petepekkkkk kat atas idung. Lemah gemalai je suara mokcik A tu memperkenalkan aku kat mokcik B. Ni lah Intan, menantu Mak Yah yang belum ade anak. Nak terkeluar balik nasi himpit dengan kuah kacang yang baru aku telan tadi. Bak kate adik ipar aku deep! deep! deep! Hahaha. AAK ke mokcik? Makin laju aku telan sebungkus lagi nasi himpit tu ade lah..lepas tu dia masak mi hailam, aku protes taknak makan.. kuikuikui.

Perjalanan pulang diteruskan dengan pemanduan yang berhemah dan licin. Sape lagi kalau bukan hakuuu..alhamdulillah selamat touchdown Port Dickson jam 10.40malam. Memang gasakla raya tahun ni dan syukur atas rezeki yang diberi. ;)

Walaupun dah raya ke 6, masih belum lewat nak aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Bila memandu tu, ingatlah yang tersayang. ;)

2 comments:

Unknown said...

gambar i ada lah..terharu!!!

Cik Tudung Merah said...

nak bgtau jumpe sepupu setahun sekali..heheheh