December 28, 2010

Handbag Hanger

Kalau pi makan kat kedai, aku selalu bergaduh dengan bag/handbag aku sendiri. Mane nak makan, mane nak heboh pegang dia lagi kan. Nak letak kat kerusi sebelah, aku macam seriau pulak dengan orang-orangan zaman sekarang ni. Mau orangan tu lalu dan terus cekup, tak ke terkebil-kebil je aku nanti.

Aku dah dapat solutions. Dengan menggunakan Handbag Hanger, anda pasti tidak akan mengalami masalah untuk bergossip dan makan di kedai lagi selepas ini (intonasi kene betul ye).

Bawah ni ditunjukkan sekali cara-cara pemakaian menatang ni dengan betul.

Ok, dah boleh tutup mulut tu. Jangan nak ternganga sangat lah. Senangkan? Moh pakat beli ramai-ramai dari aku. Tak mahai sebab aku kire harga kengkawan je. Berape? Haaaaaa..ni nak habaq mai sat RM23 siap kasi pos free u olls. Tapi tinggal design ni saje lah. Yang lain tu dah kene rembat.

Kalau hangpa suma nak beli, hangpa sms cheq 012-3835961. ;)

December 22, 2010

Rezeki jangan ditolak

Orang tua tua cakap rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicarik. Tuah ayam nampak dikaki, tuah aku bergolek golek depan mata time on the way pi bukak stall jap tadi. Dari jauh laki mak dah nampak tapi macam takkan lah kan benda ni ade kat tengah jalan. Masa tu aku tengah ralit hadap facebook, tak aku apikkan ape yg kat depan

Tibe tibe dia tanye 'u nak durian'? oh sebagai hantu raja buah tu harus la aku cakap NAK dengan laju. Masalah eh dia pi benti kereta kat lorong gelap n bukak pintu kereta dan cakap tadaaaaaaaaaaa..


Tekezut mak ala ala nampak rantai habib jewels sajok kan. Bau eh memang terus menusuk kalbu wa cakap sama lu beb. Menjejes ayaq liuq basi mak pagi tadi u olls. Sabaq..sabaq..



Sampai kedai dan kemas ala kadar, mak terus hambek pisau potong sayur kengkonon nak cube bukak. Ouch..berjaya okay. Ni lah gambar isi durian tu. Gebus mcm kulit mak i told u. Jangan nak caras sebab jeles ye.



Bukti aku menghayati rezeki tergolek sambil suruh laki amek gamba. Gegau pun gegau la sebab nak eksyen punye pasai kan. Hehehe


Lepas makan bersungguh2 sebanyak 7 ulas yang mana bijik terakhir tu kami kongsi bersama. Kaedah nye aku sebelah kiri, kau sebelah kanan la kan. Yelah..sharing is caringkan u olls.

Syukur alhamdulillah sebab dapat merasa rezeki bergolek malam ni.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday (1)

December 21, 2010

Boleh dihitung dengan jari

MEMASAK.


bagi aku it is a very scary words. Selalu aku surrender. Dan kalau aku plan nak masak on certain day, seawal pagi aku dah ke dapo. Aku worst bab masak-masak ni. Tapi kalau kau nak suruh aku berkemas, anytime bebeh!

Mungkin aku dapat perangai mama. Before kawin dulu, keje aku kat umah hanya kemas umah saje. Bia dia sorang je masak sebab bile tengok ramai-ramai kat dapo, dia jadi serabut. Haha.

So last week aku habiskan annual leave hampir seminggu. Dan dok kat rumah, ape jadah pulak kalau still makan luarkan. Loser weh. Maka aku plan lah kengkonon nak masak. Malam tu memang aku gugel semua resepi, sms semua kengkawan. Padahal nak buat Tom Yam je kut. Haha. Sila gelak kuat lagi plis.

Seawal pagi aku dah pi pasa, lame ok aku kat pasa. Serabut. Less than 5x kut aku jejak pasa PD ni dan ni 1st time tanpa suami. Ligat kepala aku fikir barang-barang wajib yang nak kene beli. Clumsy sangatla aku.

Sampai umah, petik serai kat depan dan ke dapo. Korang teka lah pukul berapa tu. Pukul 10.30am ye kengkawan. Aku nerves noksss...mane nak siang ayam, bawang segala. Sebelum acara masak besar-besaran bermula, goreng dulu cekodok Bilis Adabi tu dulu, kang takde la laki mak bising lapa kan sebab takde sarapan atas meja. Oh! sebab excited nak masak, aku rase kenyang sesaje pagi tu.

Kelentang kelentung selama sejam berkungfu kat dapo sendiri, akhirnye siap jugak yang dihajati tu. Puas hati la sambil kembang-kembangkan hidung. Kemas dapo sikit-sikit dan panggil laki datang dapo untuk makan pada jam 12 tengahari. Humang aii..awalkan? Hahaha..so ni lah hasil eh hari tu. Rase bermakna sangat hidup i ollss sebab dapat masak..hahahahah


Tom Yam Ayam Sutun

Cendawan Telo. Muka buruk tapi sedap sangat u olls

Telo dada wajib ade kalau ade Tom Yam. Oh, lupe nak amek gamba budu pecah cili padi

Lepas makan tengahari sangat tu moh lawan secawan teh berperisa Epal. Serious weh jadi badan macam nyaman gitu. Ewahhhh..nak-nak pulak hujan lebat. Memang ubatlah jawab eh lepas tu

Ni pulak menu minum petang sebelum memulakan perniagaan pada sebelah malam eh pulak. Meehun goreng versi mak mentua bersama puluhan hirisan sotong segar, drummet goreng dan lebihan telo dadar tengahari tadi.

Lepas makan tu memang rase macam tak payah lah meniaga weh,bagi la cuti sehari. Haha.




Dia buat aku ralit

Sejak jadi ibu ni, hidup aku makin terisi kot. Sebab dah ade komitmen. Nak bagi dia makan, nak bagi dia susu, nak main-main dengan dia, agah-agah dia, nak pastikan dia tido dengan cukup. Semua eh sebab dia. Dan disebabkan dia jugak, blog aku bersawang selama duhwe minggu lame nye.

Macam mane aku bleh jadi ibu? Plan aku nak adopt anak ni dah lame. Anak sape-sape aku tak kesah asalkan dari baby. Tapi bile dengar sane sini kes tipu, aku jadi seriau. Kang dah bayar ribu riban tapi hasil eh ngak adaaaaa...putih mate lak aku kan. Nak mohon dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat lak aku ni tak cukup ciri-ciri yang diminta (e.g perkahwinan melebihi 5 tahun).

Jadi, aku lupekan hal anak ni. Aku happy dengan married life aku ni, berdua kemana saje. Eventho hati aku selalu pecah bile ade mulut-mulut jahanam yang masih lagi bertanye 'bile nak ade anak'...aku pendamkan aje. Mulut orang memang takleh tutup, kalau mulut longkang dah lame aku pijak siap berak. HAHAHA. PMS disitu..

Maka nak dijadikan cerita, seorang kawan main sms dengan aku. Cakap nak bagi aku pressie. Ouch..berdebar.









ni lah pressie dia a.k.a anak aku sekarang.;). Thanks pada Noreen Noor yang sudi mempercayai aku untuk menjadi emak dia. Dia ni ade 4 adik beradik tapi 3 antara eh dah mak dia bawak naik atas bumbung dan dia ni terjatuh. Mak dia sikit pun tak heran nak amek dia balik mungkin sebab nampak anak eh tak cantik sebab sakit mata

aku jatuh cinta pandangan pertama. Manje nak mampos. Carik port baek punye nak tido, celah keti aku jugak dia nak.

Kenapelah semua baby dalam dunia ni dijadikan comel nak mampos? Tengok tu..tak ke aku rase nak picit-picit.

Kebetulan esoknye tu aku cuti. Wah semangat u olls bangun awal and nak bawak dia ni pi vet. Nampak tak comel gile? orang sibuk nak drive, dia nak duduk atas pangku. Ahhhhhh..manej weh. Oh!lupe nak bgtau..dia ni perempuan so aku bagi nama BUNGA. enak kan?

Lepas dapat a few info pasal kitten dari vet, aku bawak dia balik. bagi dia makan dan paksa minum susu. Tu dok buat muke comel la tu sebab tamo minum susu.

Bunga pun macam manusia eh, lepas makan carik port tido. Nak lak time tu hujan lebat, memang sodap la kau kan.

Hahaha. Muke pisat-pisat sebab baru lepas kene tempik kuat-kuat dengan aku. Kalau baby manusia memang keluar anak tekak dah kut menangis, tapi Bunga cool je. Macam mama dia.Haha

Aku bawak Bunga ke stall. Masukkan dia dalam kotak and saje tindih kotak tu kekuat, tak bagi dia kua..nak menyakat dia. Comelkan bile acara nak mengeluarkan diri dari kotak tu berlaku



Ni lepas a few day dok dengan aku. Mata dia dah ok sikit dan dah pandai naik atas katil. Wahh, jangan nak lawan mama kau ye. Dok rileks atas katil sambil jilat-jilat bulu lagi u ollss

Disebabkan dia ingat aku ni mak kandung dia, maka tempat paling selamat adalah bila aku rangkul badan dia. Orang heboh tgk tv, dia pun heboh jugak la

Huk aloh, nak tido ke Bunga oiiii?

Yelah kan, mementang beralaskan tikam cap Vonoh, kemain kau yek. Layan la tu

Ni pun feveret spot dia nak tido. Siap dah kencing atas tu sekali pastu buat muke tak bersalah

Macam ni lah muke yang tak bersalah tu. dah la perut boncit, memang sedap je aku picit-picit

dan ni gambar Bunga yang terbaru. Dah makin sihat dan gebu. Mata pun dah elok jadi dia makin comel untuk kene picit. Dan makin lasak..dah pandai berlari dan memanjat. Pukul 5am dah naik atas katil gigit-gigit kaki weh, series takleh blah.

Ishh..lambat lagi nak balik. Dah rindu Bunga..

December 2, 2010

Teaser for Melakau

Tak sabar nak jerit HELLOOOOOOOOOOO MELAKA ;)



gambar by google

December 1, 2010

Menyelongkar dapur

Mak aiii lapar nye perut. Ni sume sebab mengada breakfast pukul 11.30am pastu kenyang. Pastu skang pukul 3.50pm, rase lapar gile nak membaham. Tengah bayangkan nachos kat chilis, so yummy. Ni sebab mengada pi tgk AFC channel kejap tadi.

Ok, bertatih ke dapur. Kalau boleh slide laju-laju aku prefer guna option tu. Tapi bile kau dah dua jam duduk bersila depan tv sambil lipat baju stok 3 minggu, memang kau rase nak minum susu anlene sekarang jugak. Kononnye lepas minum terus la tulang temulang kau jadi kuat. Huh! Ni sume pengaruh TV ni. Demmit.

Nasib baik perjalanan ke dapur takde halangan. Bukak peti ais, konon eh nak masak. Tapi ape je ade. Mee kuning,cheese,Nutella,garlic butter,susu coklat jenama 1 malaysia dan sampah sarap. Arghhhhhh..ape nak makan ni. Lama gak aku termenung depan fridge. Segala resepi campak-campak cuba aku ingatkan. Konon nak jadi kreatif la. Tapi mane best makan mee goreng kosong. Hidupku mmg tak bermakna kalau takde ayam. Haihh..

End up, pandang atas fridge, tgk expired date and wallahhhhh


Cornflakes ramadhan yang lepas jadi penyelamat. Expired date eh tahun depan bulan May.

Bukan ke ni patut jadi menu breakfast ke? Hentamlah labuuuu


- Posted using BlogPress from my iPhone