October 22, 2010

Gian

Semalam aku bosan. Ronda-ronda pekan and singgah kedai jahit menjahit ni. Dalam kepala otak ni terase macam nak jahit manik kat baju sendirik. Tah hape la ghoman eh bile jadi nanti.

Masuk je kedai tu, aku rase nak pitam. Banyak manik yang cantik-cantik sampai buntang-buntang mato den. Sambil urut dada, sambil tu jugak otak ligat berfikir kaler baju kat umah yang aku nak servicekan nanti. Kang main beli je kang tak match pulakkan. Lepas mundar-mandir dan dipandang sinis oleh tuan kedai, 2 jenis manik je aku rembat. Test dulukan..dah ok sok, beli la segala mak ayah manik kat sini. ;)

Tekan minyak berdiri sampai umah, tak reti la nak tukar baju ke ape dulu, terus melepet depan tv and start memanikkan baju.

Semenggah tak semenggah la kan. Munge senget-senget dikerjakan tapi salahkan manik. HAHA
Sambil bermanik tu aku fikir jugak orang yang amik tempahan jahit manik tu kan, sangat tabah jugakkan nak buat perincian bagai ni. Aku yang baru jahit beberapa minit ni pun rase nak kebas satu badan. Memang tak art langsungla aku ni.

Tapi perjuangan perlu diteruskan. Bile dah start, kene habiskan. Hatta ke stall burger sekali pun, aku lenjan menjahit. Kuikuikui. Maka lepas 2 kali jari tertusuk jarum sampai berdarah, patpuluhnam kali aku maki hamun benang sebab taknak masuk dalam jarum.....inilah hasilnye....

tema Raya Haji tahun ni : lintang pukang, simpang perenang @ ade aku kesah? Jadi sape-sape yang nak aku jahitkan manik lengan baju eh, bak mari la. Ada bran? HAHA

October 19, 2010

Mak Ayah

Keluarga aku kecik, 5 orang je. Ade sepasang adik beradik, maknenye aku anak sulung. Dalam kami bertiga ni, aku je yang berbintikan orang lain. Mama bercerai mase aku dalam perut lagi. Mak aku kawin lain mase umur aku dah 2 tahun. Sejak kecik aku hanya tau dialah ayah dunia akhirat aku. Tidak akan pernah terlintas terms ayah tiri dalam hati ni. Sumpah.

Mak aku seorang yang garang. Garang nak mampus sampai sekarang. Hatta jelingan mata dia pun aku dah mencicit ketakutan. Dia seorang cikgu. Cikgu pengawas ke, cikgu disiplin ke semua dia handle la. Dia pegang subjek Bahasa Melayu. Aku bernasib baik sebab tak pernah diajar oleh dia. Tapi adik aku yang berdua tu memang dah selalu makan penampo jepun dalam kelas sebab subjek BM dapat B. Dia malu anak dia dapat B, maka dia pelempang anak dia depan murid yang lain. Dia nak tunjuk betapa tiada kronisme semasa mengajar. Mengongoi la anak dia dalam kelas tu tapi hape dia pedulik.

Kat rumah, dia macam emak-emak yang lain. buat kerja rumah sendirian. tak mengharapkan pertolongan anak-anak eh. Tapi kadang-kadang dia jadi tarzan gak. Suh buang sampah, angkat baju, ampai baju, sapu depan. Best part mase raye, pi lap daun-daun pokok bunga kat garaj. Daun hidup u olls..mak korang hade? Hahaha..Dia manjakan anak-anak dia with her style. Still iron-ing baju anak-anak even mase tu aku dah form 4. Form 5 baru aku reti iron baju sekolah sendiri weh.

Tapi kalau dia mengamok, kami adik beradik tak pernah menjawab. Diam dan tunduk sambil menjawab dalam hati. Pelan-pelan mutiara mata jatuh ke dada. Sedih. Kalau kene marah memang kaw-kaw. Sampai kejahatan dari zaman mak nenek kite la mak aku akan ungkit. Lepas dia dah habis bersyarah tu, anak-anak dia akan masuk bilik and tutup pintu pelan-pelan and bermonolog menjawab sendirian. Maknye nye cakap belakang je la, depan-depan seriau weh. Nak pandang mate dia, ya ampun seram-ness.

Tapi lepas a few hours kang, jadi ok la balik. Lepas tu kang dia masak la sedap-sedap ataupun ajak semua makan luar sekeluarga lepas tu. Kira nak pujuk balik hati anak-anakla.

So bile dah meningkat tua, aku bergaul dengan ramai orang. Kawan baru, family baru. Macam-macam aku jumpe and observed. Kenapa ade yang macam kurang ajar dengan mak ayah kite sendiri? Helooooo...tu mak ayah kau ye, bukan mak ayah orang lain. Kau keluar pun dari pepet dia kot tapi awatnye perangai jadi lagu tu? Dia tak ajar kau jadi kurang ajar pun kan? Dah besar, dah tau pasal dunia macam tu pulak kau layankan. Bile kene marah mule la buat muke, bentak-bentak, hempaskan pintu bilik, kua rumah bawak motor laju-laju. Haih..heran la aku weh. Ape perasaan kau mase kau buat perangai tu? Lupe agaknye segala budi mak tu dulu kan.

Kau dah rase hebat ke sekarang? Bagusla sebab kehebatan kau ni hasil dari didikan mak ayah kau jugak. Dia didik kau, besarkan kau..end up sedemikian rupa dia dapat eh? Aku bercerita ni secara random selepas terbace berita kat Metro last week pasal anak tunggal lesapkan wang KWSP mak dia sendiri. So ape yang aku bebelkan kat atas ni, rase nye related kut.

Bagi sape yang terase ke ape, aku mintak maaf. Aku pun takde lah perfect sangat tapi belum pernah lagi la sampai jumpe mak ayah yang jarang jumpe tapi tak salam cium tangan dia.

Kalau bukan sekarang, bile lagi?

Pagar oh Pagar Part II

Last Sabtu, aku bangun a bit awal dari biase. Kebiasaan aku ni kalau bangun pagi, aku akan bukak sket sliding door aku tu la. Mak aku cakap biar rezeki masuk umah. Rezeki ape kalau selalu weekend dah panas kedaung baru nak bangunkan. Haha

Mase bukak sliding door tu dengar riuh-riuh kat umah belakang tu. Oh, mesti makcik tu buat kenduri lagi. Tak ajak pun. Fine.

Pastu sauk towel, pi mandi. Lepas mandi and on the way nak masuk bilik, aku nampak kereta kat laman rumah aku. Oh, pantas. Dia cakap, driver kereta ni menonong pi umah belakang ni tapi bergerak takut-takut sambil pandang banyak kali kat umah aku.Dada sedikit berombak geram.Fine kedua.

Buat kerja rumah ala kadar and siap-siap nak pi pekan. Mase aku panaskan enjin kereta, aku nampak keluar seorang lelaki dalam usia 30-an, berbaju melayu dan berkopiah jugak susup sasap dari rumah belakang tu bukak kereta and blah. Errr..hello..kitorang ni invisible ke? Tak reti ke kau nak beradab keluarkan suara minta maaf sebab masuk laman orang tanpa kebenaran? Paling bangsat pun kau bagi la salam kat tuan rumah yang dok tercegat ni, bangsat! Pandang pun tidak, ape lagi senyum.

Haih..walaupun kejadian ni dah berlaku a few days lepas tapi time aku menaip ni masih ade sisa dada berombak yang masih berbaki. Geram aku tak pernah habis. Nak je aku tau ape yang dok berligar kat kepala dia mase tu. Walaupun dari segi luaran dia nampak matang tapi perangai mengalahkan budak kecik yang belum diajar pulak. Ape yang membuatkan dia berat mulut nak bertegur sape?

Tak guna aku nak soal bertubi-tubi pun kan sebab memang takde jawapan eh.

October 15, 2010

Bulan jatuh ke riba

Aku pernah borak dengan sorang kawan. Aku tanye dia ape yang boleh kite buat dengan duit gaji selain bayar hutang piutang, bagi mak ayah, bagi mak ayah mentua, simpan dalam bank yada yada yada? Dia cakap 'kau boleh pamper kan diri selepas penat bekerja siang malam'. Aku senyap.

Lepas tu balik umah dan menjalani kehidupan seharian, aku masih memikirkan pasal percakapan beliau itu. Fikir dalam-dalam. Ambil semua kebaikan dan keburukan, memang guna formula cikgu BM mase sekolah dulu la. Lame aku menimbang tara dan ade betul jugak cakap beliau. Muka ceria.

Tanpa bertangguh, aku sms dia. Mintak tolong dia copkan. ;)
Isnin lepas dia call, cakap barang dah sampai tapi tak banyak. Time lunch memang berdesup aku ke Seremban jumpa dia. Muka ada sinyum sepanjang perjalanan walaupun cuaca hari tu boleh buat pitam je. Sampai sane, jumpe dia, borak-borak kejap and pi sauk.

Oh!bahagia sungguh.


Perasaan mase tu macam kau tengah kunyah gula-gula kapas je. Lembut dan nyaman.
Lepas ni kuranglah masam muke sebab masing-masing dah ade. ;)