August 12, 2011

Sweet 19 kater nye

Ramadhan ke sebelah bersamaan dengan sebelas ogos. Genaplah umur aku setahun lagi sebelum menginjak ke angka three series. But age is just a number kannnnnnn? Padahal lutut dah gigil, ape je achievement aku dalam kehidupan ni kan? Sila tekop muke pakai bantal kepam.

Pagi tadi masa bangun tido amatlah mengharapkan ucapan special dari soulmate kite kan tapi haram nan hado. Aku biar lame sket, nan hado..dia sesiap leh nyanyi2 masa drive kereta nak g kantin. Dang!

Bile hadek ipar datang and wish birthday, baru laki pandang sambil buat muke terkejut (ala2 muke kena sakit jantung tu) pastu tersengih2. Huh, memang potong lah der..sila ngomong sama tangan. Keh keh keh..malas nak layan drama maka kena la menjeruk perasaan.

Tetibe malam, taraaaaaa...



Walau takde kek dan ucapan yang TERdelay..pasrah saje. Better late than never kan? Memang dah tau sejak azali laki yang dipilih utk mengemudi hidup ni bukan jenis yang alert pasal benda2 mcm ni maka what for nak merajuk atau memendam rase lelama kan. Terima saje seadanye. Its ur choice gak afterall.

Selamat Hari Lahir yang ke 29 kepada diri sendiri. 29 tahun lepas tepat jam 10.38am aku lahir dengan berat 4.6kg dan songsang. Terbaik kan pakej yang mama dapat. Ah, tak perlu la aku nak reveal berat aku skang lak. Harus la 45kg je cutting Nasha Aziz lagi (jolok anak tekak sendiri). Haha.

;p

August 10, 2011

Ramadhan yang pertama

Dua entry sebelum ni hanya kisah utk bersedih. Hari ni semangat aku dah pulih a lil bit walaupun kadang2 tu terkenang, kadang2 tu jugak tersasul panggil yang lain dengan panggilan nama yang dah takde. Takda rezeki, takda jodoh.

Macam mana dengan Ramadhan korang? Hari ni masuk Ramadhan ke sepuluh dah. Kejap je rase nye.

Eh, aku meniaga kat bazaar tahun ni. Buat julung2 kali nye aku laki bini mengambil lesen dari Majlis Daerah PD, cabut nombor dan taraaaaaaaa..dapat tapak yang ke 89. Aku jual roti john special, oblong dan burger.

Seawal pukul 2 aku dah start menyagat sayur dan potong roti. Dalam pukul 4 lebih baru gerak ke tapak bazaar yang tiap hari memang matahari tengah terpacak dok atas kepala tapi syukur sebab dapat gerai yang membelakangkan pancaran matahari. Kalau tak, mau migraine tiap hari kot

So far bisness adalah bagus, makin hari makin ramai pelanggan yg membeli. Syukur, rezeki Ramadhan. Tips arwah uwan tak pernah lupe sebab dia pun seorang peniaga makanan jugak dulu. Arwah uwan pernah cakap, ''dalam
meniaga makanan ni jangan kedekut bahan-bahan, pakai barang yang mahal sikit untuk kepuasan hati pelanggan''.

Doa-doakan kami laki bini dapat bertahan hingga hujung Ramadhan ni. Dan kalau ada follower blog usang ku ini yg tinggal berdekatan, jemput la mencemar duli ke gerai kami. Hehe

Selamat mengerjakan ibada puasa. ;)

RIP Coco



Malam kelmarin, Coco asik tidur2 je. Tak main atau gurau2. Aku sangka kan dia rindu si Bunga sebab diorg yg paling close sekali dalam rumah. Aku biarkan Coco tidur, kadang2 aku kacau dia jugak. Saje nak menyakat..

Kejap dari tu dia turun dari sofa, tengok gaya nak muntah. Aku tadah dengan tangan, memang iye dia muntah. Panas je tapak tangan aku. Muntah air. Pastu dia merengek2 dan tido balik. Aku kurung dia dalam kandang malam tu.

Pagi semalam time sahur aku tengok dia lemah sangat dan ade kesan cirit birit air. Aduhhhhh..kesian nye aku tengok. Terus aku hantar pi vett. Doktor tu ckp kemungkinan kena virus dan Coco akan ditahan di wad. Paling sayu hati bila doktor tu cakap 'Kita doalah supaya Coco dapat bertahan'. Adoiiii sekali lagi..

Masa aku biarkan Coco atas meja doktor tu, keadaan dia sangat lemah. Mata dia je bergerak pandang aku..

Malam tadi around pukul 9.30, vet called. Dia cakap ada berita buruk. Jatuh sekali lagi jantung aku tapi kali ni dapat aku control tangisan. Siap2 ke klinik utk ambik bangkai Coco. Sampai vet, Coco dah siap dibalut dengan plastik. Dengar penerangan dari doktor, baru aku angkat Coco. Sejuk je badan dia. Airmata aku tak tumpah pun, cume sebak kat dada. Kejap je dapat jaga dia si budak kecik yang garang ni. Takda rezeki aku kot.

Aku kuburkan dia kat sebelah Bunga...

August 9, 2011

RIP Bunga :(

Skang baru aku tau mcm mana kehilangan someone yang kita sayang separuh mati. Ni baru binatang, kalau manusia?

Bunga dah mati. Tragik jugak pemergian dia sebab digilis tuan sendiri, suami aku. Perangai dia yang suka menerjah kereta kitorang dan bersantai di tengah jalan buat laki aku pernah cakap ; janganla Bunga ni mati kene lenyek dengan kereta. Masin mulut laki aku. Aku kat tepi dah macam hape menangis meraung meratapi pemergian Bunga. Sumpah aku sedih yang amat sangat.

Lepas ni takda dah sape nak greet bila kitorang balik dari kantin, dah takde sape nak teman aku kat dapur, dah takde sape nak tunggu aku habis mandi depan pintu bilik air, takde sape yang masuk kereta dulu kalau aku start enjin. Semua-semua dah takde.



Bunga, we will miss YOU
;(