Showing posts with label go green. Show all posts
Showing posts with label go green. Show all posts

September 17, 2009

Penenang Jiwa Raga

*
*
selepas hobi ala emak emak, skang ni aku tengah demam pokok hiasan pulak.ade yang aku beli, ade yang aku rembat saje. hahaha.
*
so aku buat 3 kasta.
*
yang anak tiri aku letak kat luar rumah. anakku sazali kat hall dan bibik aku letak dalam toilet.
*
so semalam lepas pasang pelita, aku saje la gambur2 kan tanah dan siram dorang. pastu aku amik gambar.
*
tersengih je..

kumpulan Hijau

kumpulan Warna Warni

Anak- anakku,
*
Semoga kalian jadi yang berguna kelak
*
Love,
Mama

May 6, 2009

Go Green Part IV

time balik dari keje petang semalam, aku nampak karung guni tersadai tepi motor (izwan, dila..korang ingat tak motor ni?)

ingatkan durian so dah senyum senyum sampai ke celah tudung
tapi bile ku intai


begini lak rupa nye..
amenda ni??
nak dijerit, jauh pulak so aku intai senyap senyap tang belakang

okay, him tengah mandikan pokok mangga dia
cemburu cemburu


pastu dia bagi lak baby dia makan
api cemburuku meluap luap



okay sila close up muke makanan baby ni
ala ala coco crunch je
menurut kata empunya pokok tersebut, makanan tersebut dipanggil baja organik
tp takla aku tanye ape kandungan baja berkenaan
kang ade yang kene suap lak kan


April 16, 2009

Go green Part III

aktiviti riadah pada petang rabu sgt ni sgt la mengeluarkan peluh serta melenguhkan tangan








2
2
22
2
2
2
2
2
2
2
balik balik je tgk semua lalang lalang serta rumput rampai telah kacak dan indah dimesin
terima kasih daun keladi untuk incik suami yang bersusah payah balik awal semata mata untuk menjalankan aktiviti riadah petang ini
kasi ombak sikit
sungguh ensem la incik rumput

time ni aku kene sound

balik balik bukan reti nak buat air kupi ke, goreng cekodok ke, gintil karipap ke..

hahahahahahaha



okay okay

incik suami masih tekun memesin

tak diendahkan incik bini yang terkena tempias rumput
time ni bau rumput tu same mcm air yang yan minum kat sushi king aritu

p/s = t-shirt kuning, seluar gelebeh bersama sandal crocs adalah uniform beliau untuk aktiviti ini. jadi kepada sesiapa yang ada koleksi crocs sila buang sekarang okay

April 7, 2009

Go Green Episode 2

semalam aku balik awal dari biase..
best betul perasaan time ni sebab sampai umah still terang
pastu dari jauh dah nampak him terbongkok2 depan pokok serai
ish..apo dibuek ek tu jang oiiii





sila ignore lalang2 yang melambai
itu semua 'anak-anak' kami..keh keh keh
ingat tak entry lepas yang him beli pokok durian and ciku tu..
baru hari ni dia nak tanam haaa...kalau tak tu dibiarkan dalam polybag
bersemangat betulkan sambil cakap no comment
hahahaha...
inilah hasilnye..


pastu letak baja
aku cakap letak baja tiap2 hari so cepatla pokok tu besar, leh makang buah






sekali kene maki daaaa.....

letak baja 2 minggu sekali la ngek!





p/s : time2 hujan ni ape kes nak potong rumput kan, bia dorang bermandi-manda dulu

April 2, 2009

Go Green!!

ish..asal lak tajuk entry aku lain benar kan tp memang ade kait mengait pun dengan citer di bawah nti. ni aku nak cite pasal ape yang berlaku pade ahad lepas. memang seronok sebab tak payah nak masak sebab nak gi kenduri kawin (selame ni pun tak la masak sgt, poyo je aku ni). so kali ni gi kenduri lambat pulak padahal nak meredah bukit putus..aduh...so sampai kenduri dalam pukul 2++.memang datang untuk makan je pun.hehehe.
ok, lepas dah gelak buat2 dengan pengantin serta sahabat taulan, kami memulakan operasi carik pokok.laki aku skang dah stim pokok la pulak (ya ampun sayang).singgah la 1 of the nursery yang according to mama memang murah compared yang lain.haiyo..dah la panas..cair la mekap i.
keh keh keh



posing la dulu dengan pokok yang aku tak mampu nak beli.
asal la pokok ni mahai sgt

him jatuh cinta dengan dia (a)

dan dia (b)
tah tahun bile pulak aku nak merase mkn buah eh

yang (a) is pokok ciku manakala yang (b) is pokok durian kacuk.tourist guide yang bawak kitorang jalan2 dalam nursery yang bagak tu cakap pokok durian kacuk ni tak tinggi, rendang je pastu buah nye sedap. ontah iyo ontah idak. him ni suke terpengaruh.
just wait and see je lah nanti


ni pulak him nak gantung kat porch. aku beli 2 pokok yang same tp bunga lain2 kaler.
1 kaler merah & 1 kaler merah.

from clock wise

him nak gantung dalam bath room..aiyo..harusla perasaan mandi dalam hutan beluka nti ye nok
another one dia nak letak dalam pasu besar aku yang dulu banyak ikan gapi tp him dah bunuh sebab him tak basuh pasu. kosan eh, banyak lumut dan ikan tu sume tersedak dan mati. leh terime ke citer ni?tah la, aku pun tatau sebab musabab ikan tu sume mati.takpe, nti beli lain..patah tumbuh hilang berganti..ewah!!!


tarrraaaaa..mase nye sudah time
cube lihat atok bersinglet putih tu, ingatkan dia ayah kepada tokey munge2 ni sume
sebenarnye dia la tokeyyyyy..tabik!tabik!
dia wat calculation sgt la laju ye (yela..aku kan mengong math)
modes operandi him duk dekat sebab nak mintak kurang la tu..eh memperkenalkan jugak our tourist guide berasal dari Bangladesh, mane lagi kan..name eh RizaludiN.nice name bro!
ok2..calculate sume nye RM100.09 tp him berjaya pujuk mintak diskaun kepada RM100 je..hoiye!hoiye!nice PR sayang..

name pun tourist guide kan, kene la bg service torboekkkk, siap angkat masuk dalam kete..bagus sungguh la..amat dedikasi

'baby' baru kitorang yang akan di semai dan bajai dengan penuh kaseh sayang
ewahhhhh...
sebagai upah, kitorang bagi la lauk pauk yang ditapau oleh keluarga pengantin kepada our superb tourist guide, sebab pasni nak merewang ke tempat lain and of coz la lauk tu sume basi dalam keta. tak salah memanjangkan sedekah kan.hehehe..