Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

November 3, 2009

Three Eleven

*
3haribulanNovemberduaribusembilan genap la doblas tawun aku dengan him berkenalan. mase tu dah la first day PMR lak tu, paper Bahasa Melayu la of coz. aku ingat lagi mase him call tu around kul 3.30ptg. huh, kengkonon nak bincang2 pasal paper yang amik pagi tadi. pastu makin jauh, jauh dan terus tak jadi bincang. hahaha..lepas tu kene marah dengan mama, padan muke aku.
*
ranjau percintaan memang la tak semudah yang disangka. sebab dia kat PD, aku kat Seremban. pastu aku bukannye mcm kengkawan yang lain leh keluar setiap weekend nak gi dating ke hape ke, duduk je rumah. kalau dia call pun kene interview dulu dengan mamapapa, kalau lepas.. memang bernasib baik, kalau tak lepas aku hanya dengar hempasan talipon je la dan mase tu semua jenis doa aku bace sambil tunggu pintu bilik dikuak oleh mama. aiyoo..seram gile mase tu.
*
pastukan [macham la orang nak denga ko bercerite]..ah lantak la..pastukan..naik result PMR kua, same lak tu result kitorang..ade A tau..tp biarlah rahsia..LOL..tak best la name nye tu..haha. pastu time form 4, dah besar sikit la konon, penah senyap sekejap. him bosan sebab aku takleh nak kua dating. nak kua dating pun time gi tuisyen, lepak Terminal 1 yang mane pade mase itu paling hot kat Seremban. hahaha..tak pun nak carik boipren hot sikit, pi la lepak Kedai Sopan, untung untung Nabil Raja Lawak tengah bersk8ing kat depan kedai tu.haha..tp mase tu si telinge capang tu no body pun kat Seremban..skang irma pulak yang dapat..
*
pastu pastu pastukan, dah lame lame lame tu, tah berape kali broke up berape kali skandal, kitorang pun tawen. dan harap2 nye sampai akhir hayat. amin

*
pix taken a few days after married. him tengah tahan nafas sebab nak sorok punchbag..hehe
*

May 29, 2009

Perkahwinan

hari ni bukan nak kate rileks tp bos dengan sorang lagi tu yang suke buat hidup aku kucar kacir takde kat ofis soooo ade mase sikit untuk browse blog blog orang..takde keje ke cik oiii
*
browse punye browse dengan leka, aku terclick pade blog perempuan yang sgt sweet ni..scroll punye scroll tibe tibe ade 1 entry ni buat aku lame senyap dan bace ulang ulang kali..
*
'Tuhan memberikan kepadamu seseorang yang Dia tahu dapat menumbuhkan segala kualiti yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua itu. Pasanganmu akan berasal dari tulangmu dan dagingmu, dan engkau akan melihat dirimu sendiri di dalam dirinya dan kalian berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Dia tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Dia memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu'
*
*
aduh...puitis sangat sampai menusuk ke kalbu.aku tatau la whether it came from her originally ke tidak tapi betul betul buat aku terkedu, sendu dan yang penting aku terase sangat bersyukur ke hadrat-NYA atas pemberian tersebut.
*
orang selalu cakap, suami kita tu melambangkan diri kita sendiri..mcm mana dia, macam tu la kite sebenarnye..so tak perlu nak bising bising menyesal kalau kite dapat lelaki yang kurang 'elok' perangai eh...
*
aku jumpe him sewaktu berada di tingkatan 3 (1997)
..mama suruh masuk bilik study, aku sibuk keluarkan kertas warna warni nak buat DIY card for him..sekali kantoi daaaa...ape lagi..membebel la kan..lepas kantoi, aku tak leh kunci bilik time study lagi..adoiiiyaiiiii
*
balik dari tuisyen, siap leh dating walaupun hanya untuk 10min sebelum papa datang jemput.memang tak best betul time aku dulu, selalu jeles dengan kawan kawan yang lain sebab dapat gi dating tiap minggu..aku?jgn harapla..nak call pun kene bertapis sebab mama akan denga tipon lagi satu..
takleh la nak bergayut bagai kan
cara cakap pun mcm askar bagi command..hahahahha
*
so perchentaan kitorang ni kira banyak rintangan jugak la..pernah broke up 2x. yang pertama tu kejap je kut dalam a few montah dah baik balik tp yang kedua nye ambil masa 5 tahun untuk dia terima aku balik.aku menangis, merayu mcm orang gile selama setahun tapi dia keraskan hati wooooo...year 2006 aku ber 'kawan' dengan sorang mamat ni, nak kate serious pun ye la kut sebab aku kawan dengan dia dalam 4 tahun jugak la but yang paling best eh best ke?bagi aku best la tatau la korang kan aku skandal dengan him..ngeh ngeh ngeh
*
'kawan' aku tu agak berusia sikit and memang takde la nak join aktiviti rumaja ni so aku hangkut la him time tu..hehehe..
*
pastu aku tak kawan dengan 'kawan' tu lagi
aku single..eh single ke?ehem ehem ehem
*
aku mule rapat dengan him balik and tibe tibe satu senja aku dapat sms dari him
*
auww..auwwww...ni memang saat gedik okay
memang ackward gile weh time first dating
haremmmm jadah sungguh la kan..
*
*
kitorang tak amik masa lame pun nak ikat tali kasut lepas tu
family dia datang merisik on Mac 08
tunang on Jun 08
nikah on May 09
*
*
*

*
**


*
**


tup tap tup tap
*
dah setahun aku dengan him melayari alam perkahwinan ni
*
esok is our 1st anniversary wah wah wah sebak nye aku tatkala ni
*
aku tak mintak pape tapi kalau dia nak bagi, laut pokdiksen aku tadahkan
*
*
b, happy 1st wedding anniversary
*
i love you infinity
*
*

1997-2009