Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

June 23, 2010

Malam itu

dulu kalau bosan sambil menunggu pelanggan nak datang beli burger, kami lawan dam. Kadang-kadang sampai bergaduh sebab kalah. Aku la tu, tapi kalau menang sekali, memang aku paksa dia belanje la. Kekeke...

Tapi malam tu, dam yilek pocik. Tah mane aku letak tah. Masing-masing melayan perasaan, tah hape yang difikirkan dalam kepala otak masing2. Aku memang dah mengantok tahap gaban. Tersengguk- sengguk tahan mata. Sebab dah tak tahan, aku landing. Ala-ala landing dalam kelas mase cikgu kat depan tengah sibuk menulis kat papan hitam. Layan mata. Pastu dia wat geli-geli kat lengan aku. Wah lagi la aku layannnnnnnn..FYI, aku ni kalau nak tido, memang kene wat geli-geli kat lengan ye. Dulu mase dok hostel, kengkawan la yang jadi mangsa untuk wat keje amal ni sambil kene sumpah berbakul-bakul (tapi jari still dok buat gak ni). Skang ni kalau dia malas nak buat, aku kene buat sendiri baru aku leh tido. Mengade sungguh aku ni..Hehehe.

Ok ok, berbalik pade citer asal. Aku masih layan mata dengan gelian yang mild-mild gitu. Ade tido sampai tutup kedai ni kang. ;p. Tibe-tibe aku rase gelian aku ni makin lain machammmmm. Layan lagi..AHHH..takleh jadi ni. Aku kene lawan mengantok dan kene bukak mata. Ish..susah tul aku nak melawan setan yang sedap bersenggayut kat kelopak mate aku ni. Takpe, jiwa aku memberontak dalam half awake ~ macam jiwa mama juwie yang memberontak nak dapatkan gossip terkini..Kekekeke..

BILE BUKAK MATA....

cantikkkkkkkkkk tuan. tak senonoh betul la. laki sapa la ni kan. Dia bleh jadikan lengan aku ni kain kanvas!! Tak tau la nak rase ape time ni. Sabau-sabau. Bukan sikit ye hasil lukisan eh..

dia cakap ni GECKO. ade ghoman ke kawan-kawanku?

yang ni pulak PAMELA ANDERSON. hish.....

ni KUCING tengah meow-meow. tapi aku nampak mcm anjing tengah menggelupo

so aku perkenalkan artist of the day. Tersengih tanpa bersalah. Aiyooo..lepas tu hazab la aku nak menyental lengan gebuuuuussss ku ini kan. Tula, elok-elok belaja Art&Design dulu, nak meniaga jugak. Huh..ni lah hasilnye. Good work la sayang. I paling suke gamba PAM tu. Kekeke..

January 7, 2010

Don't stop. Make it pop

*
The clock is ticking..
*
Esok memang confirm last day aku kat sini. Aku dah confront bos pagi tadi. Sedih. Aku pandang mata dia. Bos aku baik even aku selalu careless, clumsy. He gave a good impression towards my decision. After all, ape yang dia bulih buat pun kan. My decision, dia kena respect. Lagi best dia waived semuanya dan aku still akan dapat
*
Oh..sedih. After penat aku menyumpah seranah tempat ni dan dah tiba masa aku lepaskan jugak.
*
Aku suke cerita senior aku. Dia sangat cool. Dia cakap aku ni umpama hantu raya dan dia sebagai tuan. Aku bagi ape yang dia nak. Ape yang dia suruh. Semua aku buat tanpa rungutan dan bantahan. tapi si tuan tau ke ape yang hantu raya dia nak? dan best part is si tuan cannot fullfill hantu raya punye permintaan. Even berat, si tuan kena lepaskan hantu raya dia due to good reason. Sigh
*
*

*
They are surely will be miss.

January 6, 2010

Gain Something and Loose Something

*
Mungkin ini hadiah dari NYA. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi.
*
Happy tu memang happy tapi tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat aku menimba ilmu.
*
Banyak benda yang aku pelajari bilamana bermulanya hari pertama aku keje kat sini. Ah..mesti rindu membara nanti.
*
Rindu dengan cappucino panas yang auntie Mageswary buat dan hantar tiap pagi.
*
Rindu nak dapat email menu dari cafe sambil nyumpahnyumpah makanan tak best
*
Rindu nak photostat color manyakmanyak
*
Rindu nak kene maki dengan user
*
Rindu nak calling calling vendor pastu buat sore marah sebab lambat dapat barang
*
Semua itu rindu
*
macam mane ghoman tempat baru nanti?
*
urghhh...
*
tapi yang pasti aku takkan persiakan peluang ini lagi
*
sigh

January 5, 2010

December 30, 2009

Hipotesis 2009

*
Tahun 2009 boleh dianggap tahun jalanjalan carik makan bagi aku. Sebab sepanjang tahun ni, banyak aktiviti berjalan dan makan telah dilakukan dengan jayanya. Haha.
*
Untuk tahun depan, kami masih mencongak ape yang patut. Negeri mana patut kami jelajahi, pantai mane lagi cantik dan semestinye poket sape lagi kembong. Itu semua masih dalam perancangan. Tapi kadangkadang aku ni plan kemain lagi, sampai mase habok pun takde. Ish. Kite hanye merancang, bukan?
*
Well, bile sampai hujung tahun mesti ade soklan cepumas yang sangat cliche.
*
APA AZAM TAHUN BARU KAU?
*
Ahh..sudah. Kena jawab lagi ke? Macam tahun lepas, jawapan aku KAHWIN. Oh! Gatal sungguh jawapan aku tu. Tu termasuk azam jugak ke? Boleh jadi jugak sebab bile dah ade azam yang gatal macam tu, persiapan untuk menggatal pun perlu ada. Kumpul duit dan berusaha untuk menjadikan azam kita berjaya. Huhu.
*
Azam untuk tahun depan memang baaaaaaaaaaaaaanyak. Tapayah la aku nak reveal kat sini kan. Aku simpan dalam hati. Tak aci ke? Alaah, kalau aku tak achieve, tak la malu sangat kot. Bia aku simpan sorangsorang. Dan azam aku kali ni sangat menyeluruh.
*
Tirai 2009 aku tutup dengan kisah sedih dan menyanyatkan hati keluarga kami. Ibu kazen aku yang dianggap paling rapat, pulang ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas. Semoga umi ditempatkan dikalangan ahli Jannah.
*
Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Pengajaran paling besar yang aku peroleh sepanjang melalui liku perjalanan tahun 2009 ialah sentiasa percaya pada usaha, doa dan tawakal padaNya. Ada usaha, adalah hasilnya. Tuhan sendiri sudah berfirman,"Takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya."
*
*
*
*
*

Semoga azam 2010 kalian menjadi kenyataan. Amin.

December 15, 2009

Satu Cerita

*
malam tadi dikira malam kurang bertuah bagi kami. elok elok duduk rumah telentang tengok awan dania, mengada ngade nak ke Kolumpo ikut mereka.
*
kosan eh keras duduk kat belakang sambil tengok drama pertelingkahan antara dua makhluk ciptaan Ilahi yang ada perasaan cinta tetapi kadang kala ego dengan naluri sendiri bila berhadapan dengan orang lain.
*
setiap kali aku bersama mereka, seringkali penyataan ini sangat biasa aku dengar dari mulut si jantan. malam tadi ia berulang. lebih kurang macam ni bunyiknya
*
"Carikkan saya bini kak. Si polan ni untuk geli-geli,"
*
mula nya aku terkesima, ape perasaan perempuan di sebelahnye itu tatkala bibir merah kehitaman itu lancar menitipkan ayat yang pada aku kurang enak untuk didengari. tapi bila dah selalu dia menghamburkan kata kata nista sebegitu, aku pangkah. tapi acapkali dihalang atau dipandang sinis oleh si dia. 'tapayah campur hal orang'. kate si dia
*
Lelaki selalu mahu perempuan yang terbaik antara perempuan-perempuan lain. Yang untuk stok bini, dia akan jaga dengan baik. Mahu diusik pun dia sayang. Kalau untuk geli-geli, dicium, dipeluk dan segala. Haih.
*
Entri ini mungkin nampak tertumpu kepada kaum Adam tapi yang benarnya kaum Hawa juga ada yang libat sama. Cuma mungkin persen nya tidak setinggi persen lelaki. Jangan terlalu terpengaruh dengan entri ini dan tapayah jugak gantung diri. Aku hanya bercerita apa yang aku lihat.
*
Ada juga yang kata jarang ada pasangan yang sama-sama lawa, sama-sama padan. Maknanya, salah satunya pasti punya kurang.
*
"Patutlah gf aku tak cun,"
"Kau hensem sangat ke bai?,"
*
Perangai.
*
Aku selalu bace, ah tipu..aku mane suke membace. orang selalu cakap, [tapayah la kau tanye orang mane pulak] pasangan kita mencerminkan diri kita sendiri. pemerhatian yang aku buat berdasarkan orang sekeliling mengiyakan penyataan tersebut rase nye.
*
so kalau kau pun dasar penipu, tapayah la mengamok sakan dengan perempuan kau sampai suruh delete akaun myspace, FB segala. tapayah la kau larang dia keluar dengan kawan kawan walhal kat belakang kemain lagi kau hafal semua rumah urut kat bandar sana.
*
Lelaki tolong la jangan nak mengawal pasangan tetapi diri sendiri bebas berbuat apa-apa. Tidak seimbang kalau ditimbang didacing. Faham apa yang dia mahu. Jika ada apa-apa yang perlu dibincang, harus dibincang. Don't keep silent. Senyap bila keadaan bertambah buruk. Bila reda, cuba bincang tenang. Mungkin lebih baik.
*
Perempuan jangan terlalu mengawal lelaki. Jangan terlalu obses. Jangan terlalu mengharap. Jangan terlalu menyerah. Jangan terlalu mengagungkan si dia lelaki. Bila kita ada sifat seperti tadi lelaki akan cabut atau dia akan angkuh. Biarlah kita dalam keadaan yang biasa. Fleksibel. Tau bila perlu marah, bila perlu kawal, bila perlu bertindak. Aku tidak suka di desak dan sebab itu aku tidak mendesak si dia. Aku tidak suka juga di kawal dan sebab itu aku memberi kebebasan untuk si dia. Cuma kita sebagai pasangannya perlu tahu batas sebagai sudah berpunya. Kalau masing-masing kekal sebegitu, insyaAllah sampai menutup mata kamu masih bersama
*
Entri kali ni agak membebel sebab aku penat, muak dan jelak dengan telatah mereka. baik di depan, 'baik' jugak dibelakang. Ada bini tp masih lagi makan luar. Berjoli sakan. Ada yang nasihat tetapi dibalas ''bini aku cool, bini aku sporting''. Bila bini kau dah lari, baru kau tau azabnye. Rambut serabai, muka cengkung.Bahasa kurang ajarnye padan muke kau. Tapi sebagai kawan, sampai ke hati nak berkata demikian. Nasihat tetap nasihat. Turut bersedih atas kehilangan..TAPI bukan kehilangan ke liang lahad, TAPI kehilangan atas kesilapan diri sendiri.
**
Kenapa lelaki selalu bila kita sudah tidak mahu, baru dia pujuk rayu? Semasa kita berikan segenggam hati padat dan jiwa kepadanya, dia seperti tidak kisah perlakuan kita itu?
*
Pelik ya?
*
Ada juga yang sanggup menangis dengan linangan air mata jantan semata-mata tidak mahu ditinggalkan. Hati perempuan, lembut kalah tisu. Dan perempuan sering memberi peluang. Tapi ingat peluangnya sangat limited. Sekali dia berangkat pergi, jangan harap dia kembali berdiri di sisi kamu lagi. Kala itu, dia membatukan hati. Tidak mahu kembali.
*
Iya-iya lah! Aku juga bercakap untuk diri sendiri. Semoga apa yang aku saksikan ini tidak terkena pada batang hidung sendiri. Insyaallah.

December 14, 2009

''Kawan Baik''

*
sabtu lepas mak mentua masak nasi briyani yang ah-tapayah-tanya-review-kelazatannya,
tapi aku pandang sepi

mood tiada
serba tak kena

mak mentua tanya itu ini
aku jawab sekali

mood tiada
serba tak kena

rase nye macam 'kawan baik' nak buat lawatan kut.
baik sungguh hatinya.
siap berbekalkan buah tangan sekali
berupa senggugut

nasi briyani oh nasi briyani.
dem~

December 10, 2009

Sebelum dan Selepas Kawin

*
Hari tu aku berbual dengan seorang teman. Lelaki. Yang mahu menamatkan zaman bujang lewat minggu lepas tapi masih berkira-kira tentang perihal mampukah dia menjaga anak orang sedangkan gaji dan hasil yang dia ada sekarang pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Itu pun duit yang diberi untuk orang tuanya ada pasang surut. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, bawa ke depan.
*
Aku nak bersyarah.Syarah untuk beri semangat, bukan nak marah.
*
Lelaki itu bagi aku dia hidup dengan komitmen. Tanpa komitmen, dia pengka. Haha. Macam lelaki yang tak reti main bola. Haha. Taklah, maksud aku, lelaki tak boleh lari dengan komitmen. Kau katalah kau anak bongsu sekali pun, hidup kau tetap dikejar dengan komitmen itu dan ini.
*
Tahun lepas, sebelum kahwin, him cukup risau kalau dia tak mampu nak beri apa yang aku mahu. Yelah, aku ni kadang kadang ligat shopping. Kadang kadang sebab nafsu. Heheh. Masa muda, memang macamtu. Haih.
*
Sekarang dah tak peduli hal shopping, ada banyak lagi benda penting nak dibelanjakan. Hp pun pakai cikai-cikai aje, siap terkopak pun aku bia kan saje. Sebab dah tak berapa peduli tentang hp. Yang penting boleh terima call orang dan sms. Dah, cukup.
*
Bila dia risaukan tentang hal-hal demikian, ulang kali aku cakap. Bila kita dah kahwin, memang tanggungjawab itu terletak pada si suami. Tapi apa guna isteri kalau tidak boleh membantu. Itu sebab si suami membenarkan si isteri berkerja. Untuk membantu. Kalau duit tak cukup, jangan risau. Ada jalannya. Pandai tak aku buat ayat sedapkan hati?
*
Dan kami pun tak minta untuk jadi kaya raya, cukup setakat duit makan minum pakai.Dan hari ini, dah setahun setengah kami kahwin. Hidup kami, alhamdulillah, tipu la kalau tak pernah merasa darurat tapi Tuhan dah kurniakan akal fikiran, pandai pandai la nak hidup.
*
Sejak berkahwin, gaji aku cuma bayar duit kereta dan barangan dapur. Duit makan, duit minyak kereta, bil telefon, dan macam-macam lagi, semua him yang uruskan. Kan Tuhan dah janji rezeki untuk tiap satu umatnya? Yang penting jangan malas. Jadi, jangan takut nak kahwin, rezeki akan datang kau tak boleh nak duga. Yang penting kena selalu berusaha. Kalau harapkan rezeki datang cari, memang la kau macam tu je sampai mati. Wei kawan, masih tak percaya?Masih taknak kahwin?
*
Pergi gantung diri.

Sebab si Anep

*
dah dekat seminggu aku tak makan lua dan itu amat menjejaskan aktiviti berjalang aku. tak dapat la nak gi hirup udara segar tepi laut waktu malam. [kok sebelum ni penah ke?]
*
jadinye malam tadi aku saje ajak him makan lua. makan mi sup kat tepi pantai. auww..plan nye nak berdating berdua tapi aku ajak la kawan him sekali. name dia anep. dia cakap nak datang umah jemput, bagus gak tu ade orang drive.
*
Anep pun datang la sambil memandu Mercedez kesayangan ayahanda eh yang dihejang ke hulu ke hilir. sambil memandu tu mulut eh tak berhenti bercakap. cakap pasal projek sane sini. Oh, walau pun dia baru berusia 23tahun, mude belia tapi dia dah ade company sendiri, projek ratus ribu jugak la..syabas..syabas..
*
dah tu sebab nak impressed kan kitorang lagi, dia pun bawak kami ke tapak projek eh kat batu 4. korek sane, korek sini yada yada yada. pade situasi ini kereta dia dah mule meragam. signal dah takde bunyi, hon pun dah tak berkumandang dan lampu depan dah malap. aduhhhhh..
*
teruskan jugak perjalanan ke gerai mee sup, tutup. great! ke depan sikit lagi, ke kedai ayam panggang cowboy. lunggah saje la ape yang ade. yang si sengal ni pulak nak parking depan2 kedai tu, mercedez kan..hehe...him bising..suh parking jauh sikit sebab keadaan kereta yang tak sihat, kang malu lak tibe tibe rosak kan. so anep parked tepi dan ke dalam sikit. tutup enjin. try hidupkan balik, ketik ketik ketik bunyi nye. terima kasih.

*
kereta, driver dan co-pilot dah menganga. aku duk diam diam kat tepi sebab him pandang sinis, aku wat lawak yang tak lawak time darurat macam ni. haha
*
*
perut mengagau. badan dah lotih, kami seret kaki ke kedai ayam panggang yang bersebelahan ni. nasib baik orang tak ramai.
*
si empunya kereta mule call sane sini carik pomen. sementara tu aku ngap ape yang ade depan mata la.
*


*
review : sos ayam panggang ni dah sedap la pulak berbanding satu ketika dulu. bagus, ade perubahan. tak sia sia datang walaupun kereta rosak.
*
tak pasal pasal pomen tu ketuk RM120 untuk aktiviti potong wayar alternater,sambung wayar dan dengar dia punye cerita dahulu kala jaman keje kat Singapore sambil hirup fresh oren dan blah. haih..

November 19, 2009

To be..Or not to be?


*
hati berbelah bagi. dulu dah pernah dapat sekali, aku tolak mentah2 sebab kesian dengan department aku yang tengah kucar kacir time tu. ni dapat lagi, mama cakap musuh jangan dicarik, rezeki jangan ditolak. tapi takut. takut nak mintak cuti. haih...

November 18, 2009

Bliss

*
*
sizzling yee mee + alone + makan laju-laju = ketenangan yang bukan senang nak dapat

November 4, 2009

Jiwa Kacau lagi sekali..

*
tahun 2008 aku penah kene saman dengan JPJ. time tu masih berscooter. roadtax mati time tu tapi redah je bawak gi keje. oh! keje kat melaka lak time tu.
*
dan sekarang aku baru perasan lesen dah 2 bulan kiok. terperasan pun mase tengah belek2 ape yang banyak benda dalam purse ni. sekali keluar..haaaa..hambekkkkkk ko. terus rase takut. automatik feeling eh..
*
hari yang lepas lepas aku ke post office, dengan muke eksyen ' cik, saya nak hidupkan lesen'. bagi IC, tunggu seminit, minah kaunter tu pandang aku, tunggu setengah minit lagi, PAP!! dia suruh aku ke JPJ terus. ade saman kate nye. rase mau pitam. rase nye aku dah bayar time hidupkan roadtax motor awal tahun aritu.
*
tadi si suami dah bising bising pasal lesen. aku bukan buat2 lupe, tapi terlupe sangat..mak enon kate nye. arwah dahhh...
*
sebab takut yang melampau, terus call talian hayat JPJ, try bukak laman web nye tapi semak gile. ah, alasan..sebenarnye bute IT. hahaha.wah..incik tu suruh pulak call Mahkamah Melaka. kepala lutut dah gigil. tibe2 orang tu tanye pasal PTPTN, cane? dah double pulak kene saman kang..haha..aku masih berlagak cool..
*
call la nombor yang incik JPJ baik hati tu bagi. terus ke bahagian Pendakwaan. tapi incik yang kat sini lagi baik hati. jawab lemah lembut walaupun jam menunjukkan angka 4.15petang. nak je aku tanye 'incik tak kua minum petang ke?'. tapi sebab layanan dia sangat ikhlas, aku pendamkan aje. haha. rope nye saman yang aku baya time hidupkan roadtax awal tahun aritu untuk penama si scooter, adik aku daaa..aku ni kene saman sebagai penunggang. kire nye adik aku kene saman sebab meminjamkan motor padahal tau roadtax dah mati. camtu lak kan..aiyo.
*
incik tu suh datang Melaka, ajak dating. nanti aku tanye si suami dulu. time dating incik tu nak kua kan surat saman baru dan siap tarikh naik court mammoth. ah, menci!!bagi la coklat ke, munge ke..tak romantik langsung..erkkk..
*
pastu aku tanye bayaran kua dating dengan dia. wah, incik tu dah jadi GRO pulak. incik tu suh bawak seribu. tak payah la nak tanye currency ape pulak kan. penpaham sudah. nasib baik tak tanye pasal PTPTN. haha
*
aku merajuk. tamau cakap lame2 dengan incik-gro-pendakwaan. aku bagi salam dan letak fon. mane nak carik duwit ni.
*
tapi hati aku agak tenang sebab layanan 2 orang incik yang memberikan kerjasama sepenuhnye. tak meluat dengan semua pertanyaan bodoh aku. jarang betul nak dapat layanan yang best begini.
*
talipon si suami, mengadu. balik rumah dulu, kita bincang....pendek.ringkas.tajam.
*
ala, tak dapat la nak balik Kelantan lagi...huh! terima kasih atas kecuaian diri sendiri

September 7, 2009

Insafnye

Learn from it, korang...dan aku juga :)

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan.
""Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari.""Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Renung-renungkan, selamat beramal!

July 17, 2009

Eternal Love

agak seramkan tgk gamba ni
tatau la betul @ tidak dan aku dapat pic ni pun dari belog akak ni.
ape yang lagi menyayatkan hati lagi ialah cerita kat bawah ni, aku copy paste je
***************************
It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80s arrived to have stitches removed from his thumb. He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00. I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over in an hour before someone would be able to see him. I saw him looking at his watch and decided since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound.
*
On examining it I saw it was well healed, so I talked to one of the doctors and got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.
*
While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry. The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife. I inquired as to her health. He told me that she had been there for a while!
*
As she is a victim of Alzheimer's disease.
As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late. He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.
I was surprised and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are?'
*
He smiled as he patted my hand and said,
.........'She doesn't know me but I still know who she is.'............
I had to hold back tears as he left, I had goose bumps on my arm and thought,
'That is the kind of love I want in my life. True love is neither physical nor romantic'.
True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be
.

***********************************

betul la ape yang atuk tu cakap (should i call him atok)?kite semua memang mengimpikan sebuah perkahwinan yang kekal abadi hingga ke akhir hayat. tp mampu ke kita mengharungi kehidupan dengan orang yang sama itu setiap hari?makan mengadap dia, tido mengadap dia, mandi mengadap dia ceh....sensor!!tiap hari aku berdoa agar hati aku ni takkan berpaling pade orang lain eventho hanya dalam hati..sumpah aku taknak dapat title nusyuz.

mcm mane kite nak tau, orang depan mate ni is our eternal love?

somepeople might said 'kawan berpuluh tahun pun belum tentu sehidup semati bersama'

betul jugak tu

ape yang aku boleh buat skang ialah pertahankan CINTA nan satu ini dan semoga YANG MAHA ESA memberkati kehidupan kami

June 28, 2009

weekend


hari ni hari ahad. aku bangun sangat lambat, him bangun dulu dan lepak tengok MJ's history.

pastu aku bangun dengan muke bersalah sebab no breakfast, him cakap kenyang dinner pasa malam tadi tak habis lagi..heheheh..

gi iron baju sebab kejap lagi ade wedding kat Sikamat. kawan him time ber'lunatic scoot' dulu kawin dah..yang bestnye lupe beli hadiah so akan salam keruk je..aku rase pengantin now adays memang suke dapat duit dari hadiah yang berulang-ulang..pinggan, mangkuk, pinggan, mangkuk...arghhh...mcm aku dulu..dapat bertimbun2 hadiah mcm tu..ade yang aku pakai dan ade jugak yang aku tolong panjangkan pahala dengan memberi hadiah2 tu mase kawan2 kawin pulak..hehehe..

pastu plan nak gi casa moda. nak beli kain baju melayu him. ah...him sangat lorat. kejap nak kaler grey, kejap nak kaler ijo.mau je aku belikan dia kain corak bunge matahari mcm jaafar onn tu..aduhh.suppost dah beli kain time balik kelantan aritu tapi sebab kekwat dan lorat, decide cancelled je.semalam aku tanye da decide nak kaler ape ke, him said tungggguuuuu....
it must be a long day for me..huhuhu

ingatkan aku je bile nak beli barang yang berjam2..tp him lagi tewok oooo..
nak kate metrosexsual..hurm...half je
tapi balance la kut, ade benda yang dia tak kesah jugak..
so advantage for me sebab aku malas lipat baju tapi feveret him is basuh baju
kosan eh..bergunung la baju kene lipat kan..

okay...nak siap2 gi kenduri..

have a great weekend and dun spoil it

yan mesti tengah seronok watching transformer kat cineleisure..aku nak citer kan aritu tanak denga...heheheh


April 22, 2009

Aku

aku bukan lah dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang senang. time tu papa keje kat PKNNS sebagai pembantu pegawai tadbir, mama lak cikgu. aku ade 2 orang adik. mase tu dikalangan kawan kawan, rasenye aku yang paling susah tp ade yang lagi susah, tp aku cakap dalam group la
22
2
2
nak makan fast food time tu sebulan sekali, time mama papa dapat gaji, tp time tu pun bukan boleh mintak suka suka, sume nye mama yang order. kalau aku pandai pandai order sendiri, mama akan bagi side kick jelingan cikgu rohana yang sgt mak aiiiiii..takut woooo.
2
2
2
kenangan yang paling aku ingat is we used to makan lepak kat A&W bile hujung bulan and aku selalu gedik gedik nak makan waffle dengan aiskrim tu tp tak penah dapat. mama cakap mahal dan tak sedap, aku menurut perintah sambil menjeling gamba menu dengan menelan air liuq.tapi one day, mama tunaikan permintaan aku weh..suka nye Ya Rabbi aku time tu.tp bile malam menjelma, hambek ko kan...lawan lagi cakap mama..aku kene cirit birit yang maha teruk.
okay okay..intan tak lawan cakap mama dah..peace
2
2
2
disebabkan anak anak ade tiga orang dan semuanye buruk mentekedarah, papa buat keje part time.ahhh..syahdu nye this part...
5
5
5
mule mule aku tak faham papa gi mane setiap hari sabtu ahad pagi tau..bile aku tanye, mama cakap papa keje..aku yang berumur 9 tahun angguk laju je dan bile petang time papa balik, kitorang sume tunggu kat gate, papa mesti bawak balik coklat jenama Tango...yang mane skang ni kalau aku makan, tekak aku rase perit sebab kasar..tak lembut mcm Goldiva Choc..ah ah..sila sepak aku..hehehehe
coklat tu la yang kitorang rebut adik beradik dan mama akan suruk dalam fridge diselangi dengan sayur sayur untuk mengelirukan pihak musuh tp aku managed to carik and makan sembunyik sembunyik
hahaha
2
2
2
2
bile aku dah besar sket, baru aku tau papa wat keje part time kat Shell sebagai tukang isi minyak dan kat kilang Samsung sebagai pembantu kantin.kesian papa, sanggup kerja lebih untuk tampung keluarga dan anak anak yang gumuk gumuk.
2
2
2
pastukan aku masuk UiTM.dapat ptptn tp mama simpankan dan bank in sikit sikit setiap bulan.tak dapat nak soping, beli henset dan lain lain.aku dapat idea.part time job.
6 tahun aku kat sane, aku keje dengan macam macam tempat seperti Baskin Robbin ini paling lama woooo...3tahun doh..pastu delifrance aku nyampah dengan manager dia yang racist budak cantik je dia nak manje manje, aku yang itam ni dia tengking tengking kan aje..ieu[UQE[U9[RU[e9uj'eojdf'sjc dan mekdi seksyen 2 tu sampai part 7 yang mana aku tak mintak duit mama the whole sem sebab gune duit gaji ah sgt terharu dengan diri sendiri..tepuk tepuk tepuk..
2
2
2
2
pastu aku kawin dengan incik suami yang kepala otak nye sangat la otak bisness. mak mentua aku dapat tender kantin sekolah kat Pee Dee nun jauh di sana..so incik suami tanye 'b nak wat bisness?...so perbincangan laki bini pun bermula..prong preng..kong keng..lkjdlKAJBSNDjDJNDnLDjd..maaf, ade adegan 18SXLDSSDHLKJ..HAHAHA
25
2
dan bermula la bisness kecil kecilan aku iaitu menjual hotdog..ngeh ngeh ngeh
2
2
2
2
2
2











aku menggunakan 100% daging ramly okay..

tak main la cap tesco
hahaha

roti siap di letak marjerin jenama planta serta fresh lettuce from cameron highland
sila tampar diri sendiri ye intan


begini ropa roti yang telah siap diletak daging yang direbus empuk
mayonis yang bukan timbang
serta black pepper souce



ini packaging nye, hanya plastik wrapper ya saya tau tidak baik untuk environment tp apa kan daya


dengan hasil keuntungan yang tidak seberapa ini namun berkat titik peluh, dapat la aku wat simpanan sikit sikit..dari takdo langsung


dan dah boleh pilih dan makan semua menu yang ada kat A&W jugak..betul cakap mama, waffer bersama aiskrim tu bukan la sedap mana pun

lagi sedap waffer peanut butter kat Family Store Taman Tuanku Jaafar
hahaha



p/s : Mama Papa I love YOU






April 11, 2009

Kuasa.

dah 13 bulan aku keja kat sini and hari ni 3rd time aku keje hari sabtu
baru berangan nak tido sampai ke petang..hehehe
1
2
3
4
7
8
2
1
5

tajuk aku kali ni tentang kuasa.
kenape?
1
2
3
4
7
8
2
1
5
6
2
1
3
16
5
1
6
1
2
3
4
7
8
2
1
5
6
2
1
3

16
5
1
6
sebab aku jadi heran kenapa bila manusia ada kuasa, their attitude will change
1
2
3
4
7
8
2
1
5
6
2
1
3

16
5
1
6
1
2
3
4
7
8
2
1
5
6
2
1
3

16
5
1
6
nak jadikan cerita, ade sorang senior ni berada di dept. lain
mase awal2 dulu dia nampak sombong, bile dah lame baru tau dia sekampung (yeah!hidup Tampin)
rabu lepas dia bagi aku task untuk carik a few file, so semalam accomplished but ade a few file yang mmg takde
lepas tu dia nak marah tp dalam keadaan terkawal
marah sebab file tu takde
eh eh...
aku dah tolong ko dah cukup baik (kan dah nampak mcm tak ikhlas)
kalau ikutkan mmg aku tak boleh buat keje dia sebab semua file mmg ade setempat and staff digalakkan ambik benda tu sendiri melaian KAU ialah bos aku TAPI sebab aku fkir dia ni kakak and tak salah aku tolong
tp jgn la nak melantun pulak suara tu depan aku sebab aku dah tolong KAU.yeah padan muke aku tak dapat pahala
dari situ aku mule terfikir pasal kuasa
1
4
225
2
2
2
2
mentang2 dia lagi senior, it doesn't mean i have to obey U
dan aku berdoa bila aku berada di tempat begitu kelak
aku tak akan bersikap seperti mereka
1
2
3
4
7
8
2
1
5
6
2
1
3

16
5
1
6
amin.

April 10, 2009

Senyap.

bukan masih sayang
k
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
cuma kadang kala terkenang