August 12, 2011

Sweet 19 kater nye

Ramadhan ke sebelah bersamaan dengan sebelas ogos. Genaplah umur aku setahun lagi sebelum menginjak ke angka three series. But age is just a number kannnnnnn? Padahal lutut dah gigil, ape je achievement aku dalam kehidupan ni kan? Sila tekop muke pakai bantal kepam.

Pagi tadi masa bangun tido amatlah mengharapkan ucapan special dari soulmate kite kan tapi haram nan hado. Aku biar lame sket, nan hado..dia sesiap leh nyanyi2 masa drive kereta nak g kantin. Dang!

Bile hadek ipar datang and wish birthday, baru laki pandang sambil buat muke terkejut (ala2 muke kena sakit jantung tu) pastu tersengih2. Huh, memang potong lah der..sila ngomong sama tangan. Keh keh keh..malas nak layan drama maka kena la menjeruk perasaan.

Tetibe malam, taraaaaaa...



Walau takde kek dan ucapan yang TERdelay..pasrah saje. Better late than never kan? Memang dah tau sejak azali laki yang dipilih utk mengemudi hidup ni bukan jenis yang alert pasal benda2 mcm ni maka what for nak merajuk atau memendam rase lelama kan. Terima saje seadanye. Its ur choice gak afterall.

Selamat Hari Lahir yang ke 29 kepada diri sendiri. 29 tahun lepas tepat jam 10.38am aku lahir dengan berat 4.6kg dan songsang. Terbaik kan pakej yang mama dapat. Ah, tak perlu la aku nak reveal berat aku skang lak. Harus la 45kg je cutting Nasha Aziz lagi (jolok anak tekak sendiri). Haha.

;p

August 10, 2011

Ramadhan yang pertama

Dua entry sebelum ni hanya kisah utk bersedih. Hari ni semangat aku dah pulih a lil bit walaupun kadang2 tu terkenang, kadang2 tu jugak tersasul panggil yang lain dengan panggilan nama yang dah takde. Takda rezeki, takda jodoh.

Macam mana dengan Ramadhan korang? Hari ni masuk Ramadhan ke sepuluh dah. Kejap je rase nye.

Eh, aku meniaga kat bazaar tahun ni. Buat julung2 kali nye aku laki bini mengambil lesen dari Majlis Daerah PD, cabut nombor dan taraaaaaaaa..dapat tapak yang ke 89. Aku jual roti john special, oblong dan burger.

Seawal pukul 2 aku dah start menyagat sayur dan potong roti. Dalam pukul 4 lebih baru gerak ke tapak bazaar yang tiap hari memang matahari tengah terpacak dok atas kepala tapi syukur sebab dapat gerai yang membelakangkan pancaran matahari. Kalau tak, mau migraine tiap hari kot

So far bisness adalah bagus, makin hari makin ramai pelanggan yg membeli. Syukur, rezeki Ramadhan. Tips arwah uwan tak pernah lupe sebab dia pun seorang peniaga makanan jugak dulu. Arwah uwan pernah cakap, ''dalam
meniaga makanan ni jangan kedekut bahan-bahan, pakai barang yang mahal sikit untuk kepuasan hati pelanggan''.

Doa-doakan kami laki bini dapat bertahan hingga hujung Ramadhan ni. Dan kalau ada follower blog usang ku ini yg tinggal berdekatan, jemput la mencemar duli ke gerai kami. Hehe

Selamat mengerjakan ibada puasa. ;)

RIP Coco



Malam kelmarin, Coco asik tidur2 je. Tak main atau gurau2. Aku sangka kan dia rindu si Bunga sebab diorg yg paling close sekali dalam rumah. Aku biarkan Coco tidur, kadang2 aku kacau dia jugak. Saje nak menyakat..

Kejap dari tu dia turun dari sofa, tengok gaya nak muntah. Aku tadah dengan tangan, memang iye dia muntah. Panas je tapak tangan aku. Muntah air. Pastu dia merengek2 dan tido balik. Aku kurung dia dalam kandang malam tu.

Pagi semalam time sahur aku tengok dia lemah sangat dan ade kesan cirit birit air. Aduhhhhh..kesian nye aku tengok. Terus aku hantar pi vett. Doktor tu ckp kemungkinan kena virus dan Coco akan ditahan di wad. Paling sayu hati bila doktor tu cakap 'Kita doalah supaya Coco dapat bertahan'. Adoiiii sekali lagi..

Masa aku biarkan Coco atas meja doktor tu, keadaan dia sangat lemah. Mata dia je bergerak pandang aku..

Malam tadi around pukul 9.30, vet called. Dia cakap ada berita buruk. Jatuh sekali lagi jantung aku tapi kali ni dapat aku control tangisan. Siap2 ke klinik utk ambik bangkai Coco. Sampai vet, Coco dah siap dibalut dengan plastik. Dengar penerangan dari doktor, baru aku angkat Coco. Sejuk je badan dia. Airmata aku tak tumpah pun, cume sebak kat dada. Kejap je dapat jaga dia si budak kecik yang garang ni. Takda rezeki aku kot.

Aku kuburkan dia kat sebelah Bunga...

August 9, 2011

RIP Bunga :(

Skang baru aku tau mcm mana kehilangan someone yang kita sayang separuh mati. Ni baru binatang, kalau manusia?

Bunga dah mati. Tragik jugak pemergian dia sebab digilis tuan sendiri, suami aku. Perangai dia yang suka menerjah kereta kitorang dan bersantai di tengah jalan buat laki aku pernah cakap ; janganla Bunga ni mati kene lenyek dengan kereta. Masin mulut laki aku. Aku kat tepi dah macam hape menangis meraung meratapi pemergian Bunga. Sumpah aku sedih yang amat sangat.

Lepas ni takda dah sape nak greet bila kitorang balik dari kantin, dah takde sape nak teman aku kat dapur, dah takde sape nak tunggu aku habis mandi depan pintu bilik air, takde sape yang masuk kereta dulu kalau aku start enjin. Semua-semua dah takde.



Bunga, we will miss YOU
;(

May 31, 2011

Bakpo mu nok tolak rezeki



Name je cuti sekolah tapi aku kena datang kantin gak sbb ade order untuk burger aku. Bangun pagi macam hari biase dan buat keje. Huarghhhhh....penat.

May 30, 2011

Fuhhhh..Fuhhhh

Yeay! After 3 bulan Molly hilang, usai maghrib tadi aku jumpe dah dia balik. Lega beb. Macam baru lepas berak keras tu lah rase lega dia. Terus rase nak shuffle tapi ingatkan kang kene petir, aku shuffle dalam hati je

kesian Molly, aku tinggalkan dia tanpa bekalan secukupnye. Jumpe je terus bagi Molly makan, senyap je dia dok dendiam. Hehe

Dah, takde rase bersalah kat laki sendiri dah.

May 25, 2011

Nur Kasih...an....




Nur Kasih The Movie (NKTM) keluar kat wayang pada 19/5 yg lepas. Malam sebelumnye tu, publisiti pasal movie ni memang meletop gile khinzir la kat TV3. Kat Buletin Utama masuk, 360 masuk, sampaikan program Soal Jawab pun masuk. Memang bebetul gah la kan. Maka aku decide nak g tengok eventho laki aku menyumpah seranah dalam
hati sampai berbakul bakul.

Ahad,11.30pm,TGV JJ Seremban 2 & COUPLE SEAT. Seramai ramai umat yg dah pi tgk cakap 'sure menangis la pada minit ke 5'. Sumpah aku tunggu, dekat setengah jam...takde ape ape pun. Popcorn large yang aku salah order dah setengah tong aku kerjakan, laki aku kat sebelah dah sebelas kali menguap. Aduhhhhh..takpe takpe, aku tunggu lagi.

1st half, aku rase macam nak lari keluar balik n ajak laki g lepak makan satey tulang je kat Senawang tapi sebab aku fikirkan 'Oh, mungkin klimaks dia lambat lagi' maka aku terus menanti.

Shaitttttttttt!! Si Nur dengam dak Adam je yg melalak lalak dari awal td. Aku? Bergenang air mata pun TIDAK. Diulangi tidak ye tuan tuan puan puan. Aku capai henpon, start maki hamun kat twitter. Aiyoooooo..penat gile weh. Pastu tetibe habis...aku macam 'eh, eh'.

Aku dah tak sedap hati. Memang jadi bahanla aku sebulan ni. Sumpah mau maki itu Kabir Bakhtia lah. Syok sendiri la buat
movie dengan bini dia. Buat drama dah la weh

Emosi aku terganggu bukan sebab terkenangkan cinta Nur pada Adam tapu sebab amarah aku pade si KB ni. Aku rase movie ni takde motif selain 'Oh Adam, jangan tinggalkan Nur' & 'Oh Nur, jangan tinggalkan Adam'. Eh, wtf? Benda lain tu mcm cedok sane sini kasi panjangkan movie je aku rase. Pastu citer melompat lompat. Kejap kat Jordan, kejap kang 'Eh, dah balik Malaysia'. Kejap kang kat KL tapi kejap kang 'Eh, dah balik kampung'. Besar betul gaji Adamkan, yelah, graduated obersi.

Pastu aku rase sinematografi drama lgi cantik compared with movie nye. Tak berapa sharp mcm drama.

Aku rase keseluruhan eh aku taknak kasi berapa bintang tapi aku mintak sangat si KB tukar tajuk movie tu kepada NUR KASIHAN. Menyesal berhabisan RM28 untuk movie mcm ni.

Serious aku emo.

P/S : Filem Kantoi dapat kaut RM1 juta pada tayangan hari pertama, Filem Nur Kasih ape cer? Senyap je..



- Posted using BlogPress from my iPhone

May 7, 2011

Al- Fatihah




tepat jam 10.45pm bertarikh 7hb May 2010, Aisyah Abd Razak selamat menghembus nafas yang terakhir di Hospital Serdang. Akibat kecuaian jururawat di tingkat 6 yg bertugas, kami redha dengan pemergiannya pada umur 20 tahun. Aku sempat cium dahinya utk kali terakhir pada subuh tadi, sejuk. Takda airmata yg tumpah pada permukaan mukanya yg bersih, aku bisikkan kata terakhir sebelum menutup kembali kain yg menyelubungi jenazah. Moga kau ditempatkan dikalangan orang yg beriman Aisyah. Allah lagi sayangkan kau. Kami terima hakikat ini.

April 8, 2011

5 - Telur tiruan



masa dengar pasal kes telur tiruan ni malam tadi memang terperanjat sangatla. tak sangka pulak dalam dunia ni wujud benda yang macam ini. cerdik sangat dah manusia sampai bab telur pun nak di replikakan nye. dah la aktiviti aku tiap hujung minggu adalah mencarik telur murah kat Giant, Tesco or Carefour. hari Jumaat je aku dah start belek paper Metro tengok iklan. dahla sekali beli sampai 30 krek. tak dapat bayangkan kalau semua yang aku beli tu telur tiruan. choiiii!!

April 7, 2011

4 - Roboh menyembah tanah

Hari Isnin lepas mcm biase lah lepas maghrib aku siap-siap nak berniaga. tapi sesampai je kat kedai...







bergenang gak air mata tengok keadaan stall aku. Rupe nye Subuh tadi ade angin ribut, tu yg sampai terbalik stall menyembah tanah.

Takde rezeki kami agaknye malam tu. Sedih sangat hati tapi cepat-cepat muhasabahkan diri. DIA kasi dugaan kecik je ni, mungkin DIA nak suruh kitorang proceed dengan plan lain.

Nak taknak kena redha. Nasib baik kitorang dah ade back up plan. Takpe, nantikan kemunculan Mient Burger yang baru lepas ni.

Dedoakan lah ye.;)

April 6, 2011

3 - Wordless Wednesday



Brownie Kartika Sari + Vanilla Choc Aiskrim + Hersey Syrup = terbaik dong!

April 5, 2011

2 - Kelentang kelentung alexander

hari ni hari kedua tanpa ais. masih gagah. nampak air sejuk depan mata, aku hanya pegang untuk merasai nikmat kalau ia masuk ke dalam tekak. tapi aku perlu kuat untuk cabaran ni. walaupun tak menang ape2 hadiah, tapi cukupla sekadar nak menguji kecekalan diri. haha. mengalahkan nak mengadap medan peperangan lak kan

kat rumah aku mengaruk lapa pada jam 10 malam. kirai peti ais, nak tgk kok ape yg boleh aku makan. oh, semalam ke giant aku ade beli tortilla bawang putih. sos prego last week masih berbaki. korek freezer ambik hotdog dan minced meat dan taraaaaa

aku bajet masuk oven dalam 10 minit tp minit yg ke 6 nampak mcm dah garing. terus angkat dan potong

makan mengadap ngadap depan kesayangan tuan hamba, lagi syahdu weh bile dia makan menggeleng- geleng. tatau la geleng sebab tak sedap atau geleng sebab sedap. tapi pinggan tu licin je aku tengok..

April 4, 2011

1- Percubaan

Tibe tibe jadi down bile mengadap cermin dan pandang perut. Mane pegi nye perut Jessica Alba aku yg dulu. *mati lah statement*. Hembus napas kekuat pastu lepaaaasssss..rase nak mengamok sambil pukul pukul manje babat ni. Urghhhhh..tension.

Padanla muke. Makan bersulam air berais. Sape mengajar ko kan. Cube tengok seniwati Sarimah tu. Petua nampak mude sebab minum air selepas 30 minit makan. Korang? Aku? Kalau boleh straw tu sumbat kat tepi mulut je kan, kasi telan same dengan nasik. Camtu la lebih kurang eh keperluan air berAIS kepada aku. Tak cukup dengan tu, lepas habis nasik, ais tu aku kumam.

Maka selepas down, aku cipta azam. Aaaa hambek ko, cipta ok. Nak jugak ade name kan. Azam yg aku cipta tu ialah 30 hari minum tanpa AIS. Dan hari ni hari pertama ye. Kesannye memang dasyat. Takde rase mengantuk dan penat lepas balik kantinland. Rasa cergas dan tak malas. Bagus sangatla mcm ni kan. *padahal semua orang dag start dari dulu ni*.

Aku harap azam yang aku cipta ni tercapai.
Amin...

RIP Shushu ;(



Sedihla..Shushu dah takde. Hanjeng punye anjing!! Ko tggu..aku dendam dengan ko ni.

April 1, 2011

Malam Jumaat

Masa aku mula menaip ni dah masuk bulan April. Maka ianya idok la dikire malam jemahat. Sebenar eh tatau dah nak tulis tajuk, pakai hentam keromo je lah.

Patutnye tika dan masa camni, memang dah wajib tido. Bukan wajib tido sebab malam ni dikira sebagai malam para isteri, totally bukan ye. Tapi sebab esok adalah hari Jumaat. Bila hari Jumaat, bebudak sekolah rehat pukul 8.50 pagi. Memang awal ye. Like baru start belajar, dah bellring rehat. Tu kot yg belajar, yg pegi tawaf satu sekolah tu tak dikira pulak?


Bila rehat awal bebudak serupa piranha dah sorang sorang. Takdelah masa tu kau nak aplikasikan 'saya jual,saya beli' ye. Dan kalau aku amik/ bagi duit pakai tangan kiri memang tak sempat nak cakap 'sorry ye tangan kiri'. Semua main sapu je itu jam. Tapi mulut ni tidak terlupa utk ucap terima kasih, cuma dalam tempo drum & bass lah. Laju bebeno gamak eh..

Dan taktau la pukul bape mata ni akan dapat lelap sebab kene teman laki layan movie From Paris With Love ni pulak.

Layankan ajeeeeeee


- Posted using BlogPress from my iPhone

March 30, 2011

Macam mane nak sebut?

Ni semua gara gara melepet depan tv, tak mandi, tunggu laki bangun dan lapar. Sekali terlayan movie kat HBO last Sunday. Julia & Julie tajuk movie tu. So inspiring utk memasak (masa tu je la). Sambil menonton, sambil ketap bibir. Eh bukan sebab ade scene kuning ye. Movie ni citer pasal passion Julia Child (sila google) towards food. Tibe tibe (time ni la saka aku mengamok) si Julie ni pi buat bruschetta utk husband dia dan makan laju laju. Adoi...lapa. Ketap bibir sampai berdarah gitu. Ai kan drama queen. Haha

Bruschetta ni appertizer orang Itali. Sebutan dia brus'ke'ta. Aku penah makan sekali (je) kat Itallianies duluuuuuuuuuuu. Tengok kepanjangan spelling maka perlu tahu ianya adalah lame dah. Sobs..sobss..

Ai adalah lapar maka haruslah terus google macham mane nak buat idaman hati yg terpampang kat tv tu. Lepas google, laki dah bangun & berdesup ke Billion. Ok fine, roti baget (roti panjang perancis) tu takde, terus sambar roti Gardenia. Kepala otak ni ligat je berputar...

Aku realisasikan impian dari siang ni tadi


Sangat sedap bila makan pada jam 12.30 tengah malam. Nasib baik puas hati sebab sedap. Gigihkan? Tu la kosan eh bila minum neskepi ais time sambil tengok Buletin tv3. Nasib baik lah on weekendkan. Memang ade chance la esok nye tu bangun berjemaah terus. Haha


- Posted using BlogPress from my iPhone

March 29, 2011

Bile semua benda naik

Last week aku macham agak terperanjat bila MIL mengeluh pasal kenaikan harga ayam. Sekilo ayam RM8.00 dah weh. Tu kat PD, kat KL tah mcm mane pulak harga eh. Kat kantin nasi lemak telur MIL aku letak harga RM1.80 je, cikgu cikgi cakap MAHAL. Mau je kene luku sorang sorang kan. Nak murah macam mane lagi eh? Makan nak sedap, bayar nak murah. Amboi..lemak tu.

Maka sebagai peniaa burger, aku juga turut tergugat. Mane taknye, harga roti NAIK, harga marjerin NAIK, harga mayonis NAIK, harga daging burger Ramly pun NAIK. Mane aku tak naik hantu kalau elok elok aku dah packing cecantik, student mintak extra itu ini. Tapi senaik naik hantu tu pun, tangan bergerak gak tambah itu ini.

Bukannye berkira makan. Tapi barang yang aku guna tu bukan cikai cikai. Aku pakai mayonis Lady's Choice Real Mayo, sayur lak lettuce, ade timun, roti & daging Ramly, ada blackpepper dan dibungkus dengan kasih sayang. Harga RM2.00 je tapi ade jugak yang mintak diskaun jadi RM1.00. Tu dengan saka saka aku kot mengamok same. Haha.


Kalau nak kurangkan bahan macham kesian pulak kat pembeli. Uwan aku dulu ade pesan, nak menjamu orang biarlah makanan tu sama macham yang kita makan. Baru pembeli puas hati. Nak tukar brand yang lagi murah, tak sedap pulak kang. Takkan aku nak pakai daging brand Beefy lak. Ayoooo tah hape rase eh nanti.

So kitorang kekalkan SEMUAnye walaupun harga barang semua naik. Biar aku naik hantu tiap hari dengan bebudak sekolah tu. Terhibur sket diorang dengar suara nyaring aku kot. Hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone