August 19, 2009

Kadang-kadang.




Kadang kadang menuruti itu lebih baik dari membangkang



Tp bile yang tukang turut ni berdiam diri tapi bukan tanda setuju selalu



bak kata Lola, diam itu bermakna bisu



tapi orang bisu ni tak pekak dan buta





August 18, 2009

Ramadhan Menjengok..Syawal Menanti..


Bulan Syaaban hampir berlabuh ke penghujungnya

kedatangan Ramadhan hampir tiba

Kat ofis,staff-staff sudah mula sebuk bertukar resipi itu resipi ini
time ni lah pandai masak gulai dan buat dessert..hehe

Tapi sempat ke aku nak masak????Sampai di rumah pun dah hampir jam 7.00pm

Weekend saje la kut nampak gaye nye sayang
mcm mane pulak dengan Sahur?Mama tak penah ajar makan nasik, cuma semangkuk coco crunch bersama susu.Tapi him nak prepare mcm nak lunch saje gamaknye.

Emails, smses ..penuh dengan pelbagai iklan...dari popia, karipap kecil hinggalah ke aneka biskut dan juga kek

Ya..sudah semestinya aku nak order...
sejak bile pulak aku pandai buat kueh
sejak kecik, hanya tolong mama sagat nanas dan terap doh ikut acuan
tapi kena beringat jugak
tak mau jadi macam tahun lepas, beli kueh berbondong bondong
Ye, excited tak terperi
sampai ke sudah tak habis, tong sampah je lah jawabnye

Bagaimana pula dengan langsir raya, perabot2 raya?

Perlukah ditukar ganti atau dibeli yang baru?

Bajet belanjawan 2009 tidak mencukupi tahun ini.Jadi...simpan ajelah niat aku itu.

Baju raya?

sedondon ke aku dengan him?
tp hari tu dia yang more excited kat kedai kain
lelaki oh lelaki!

Sales Raya pula bermula.

Berkira-kira mau beli apa

Bermacam-macam di kepala.mau beli itu ini

Duet aje yang tak ada....hehehe

"Open House" bagaimana pula?

Ada rezeki lebih.bolehla diadakan

Ramadhan berlalu

Tiba pula Syawal....

Duet raya perlu disedia

Untuk anak-anak sedara.

Akan ku korek tabung sendiri.Tak mengapa.

Setahun sekali aje.Lagipula tahun ini lebih bermakna

2nd time beraya dengan suami Tercinta

Akhir kata Selamat berpuasa buat kawan-kawan semua

;)

August 13, 2009

Money Can't Buy Happiness



Pernah dengar ayat "money can buy happiness'' itu adalah ayat orang bangang sakit hotak lagi hidup alone,sengsara dan last last mati kering takde orang datang melawat jenazah. jika dengan melempang mereka aku boleh dikurniakan darjah kebesaran dato dato (bukan datuk datuk like ada cucu pat lima belas orang ye...) maka dengan rela hati bebeh,dengan rela hati!.


pernah tak dulu dulu masa korang berchenta and then ada problem dengan bf/gf u or sesuatu dtg menguji chenta then ko pon macham berdoa (walaupun solat macham buat tak buat je-tapi wajib berdoa pulak time susah baru nak ingat Tuhan) "Ya Allah,aku taknak harta banyak banyak, taknak duet banyak menggunung ganang, aku cuma nak dia jadi milik aku sampai forever..." ataupun "ahh tak kisah hidup miskin asalkan i ada dengan u..."

penah penah?

hey hey i penah okay.i penah gunakan ayat itu dalam berdoa ya.berapa sangatlah gaji seorang graduan uitm yang masih terkapai kapai belum dapat keje gomen mcm kawan kawan yang lain tu, then husband aku pun bukan kerja manager bank atau manager hotel ,husband aku cuma seorang penjual burger tegar~RM2 dan hotdog RM1.50, kalau ade besday party bulih datang tempah~ di kantin sekolah saje.

tapi tapi kami seronok hidup rasa bahagia rasa sweet walaupun aku just drive wiralious hitam saje, tu pun mak ayah kesian dengan anaknya yang comel namun hanya mampu merempit tika itu

hey hey takde duit menambun kami masih mampu hidup gembira dan gelak gelak bahagia dan tsk...bersyukur oh.sangat sangat bahagia sampai pegi audition the biggest loser, hokay.

tu sebab nye takde duit nak masuk kelas erobic kat Lukut sambil pakai legging kaler pink macam vj mtv.

duit memang boleh buat i bahagia rasa macam mati atas tilam duit, macam baru beli beg coach new arrival rasa macam dapat drive honda jazz, tapi itu hanya sementara.bahagia dibuat buat. kalau dapat semua tu tapi balik dari soping, laki takde rumah gi main golf ditemani kedi yang pakai thong pastu pi mandi jakuzzi sambil disuapkan anggur rangup beli kat giant, can we call it HAPPY thou?

meh aku bagitau ape yang buat haku bahagia sampai tua mati dan mereput dalam tanah, ialah bila aku sentiasa tau yg ada seorang lelaki biasa biasa yang sayang dan terima baik buruk aku dan cintakan aku dengan sepenuh hati beliau.

oh.itu cukup.

coz aku tau,dia akan sentiasa berusaha untuk mem-bahagiakan aku.tsk.

ish ish apa ni apa ni.T_T

Masak Memasak


aku akui memang jarang2 nak masuk dapo untuk memasak


sejak kawin selama setahun lebih ni, baru 3 kali tuka gas (gas pertama atas ihsan MIL) dan baru je 3 kali beli beras (beras ke-3 yang masih belum bukak terus diberi pade MIL).
*
bukan nye ade sifat M seperti yang kazen aku laser kan itu
*
TAPI
*
di sebab kami suke makan lauk.jadi nye tak boleh hanya masak 2 lauk saje sekali hadap
*
*
*
kono marah den kang...
*
jadi aritu tibe tibe rase ghairah nak masak.
*
*
ni pun lepas a few month tak main masak masak yang banyak la
lepas balik keje terus singgah kedai depan rumah, beli itu beli ini
kepala ligat je fikir bahan bahan yang perlu aku beli, kang tak payah gi kedai balik
dan
*
*
*
*
*
*
*
*
ini hasilnye
*
presenting..drum roll please..hahah
ikut putaran jam
ikan kembung masak sambal, telur dadar, sotong kunyit dan sup cendawan (him yang buat)
ni pun aku majuk gak jap sebab him marah aku beli ikan kembung hanya 2 ketul

uish..odap odap eh dinner malam tu
hipotesis : lalalallllLALALALALlala..