March 4, 2010

Avant Garde















sangat mak maut dan mak ibam. i loike..

Untitle

lame betul aku tak update blog due to kemalasan yang amat sangat.bersawang.
gamba kemain banyak aku snap, cable usb pulak missing. nak masuk dalam card reader, tak muat pulak. sempit. makin gemuk ke mmc aku? haih..

next week genap 2 bulan aku kerja kat tempat ni. so far semua ok. kalau nak dibandingkan dengan keja lame, memang awayyyyyyyy jauh la. tak stress, tak busy like bee, takde orang nak maki2 dan paling best takde aircond yang sejuk. sweating, itu la kelemahan aku. pastu headmaster warning kalau nak bukak aircond, make sure ada 2 orang dalam staffroom. kedaung la jawabnye aku tiap petang.

disebabkan lumrah keje gomen yang memang lembap tang pemberian gaji bagi ahli baru, maka segala aktitivi jalang jalang dan projek mengabiskan duit tertunda. hutang pade si suami makin menimbun.malu. orang cakap ' ala, duit suami..ape ade hal'. yes duit suami duit ku jua tapi aku tak menimbunkan semuaaaaaa nye pada dia. cepat botak la mcm tu kan. ade perbelanjaan yang kami share. buat mase ni perkataan share tu tak boleh digunakan dulu. tunggu lagi sebulan la kut. ahhh...sexsa betul jadi nye.

dan impian kecil kami makin ok dan menyenangkan. biase la turun naik meniaga kan tapi kami tak pernah pulang dengan tangan kosong. dari sehari ke sehari makin berkoba koba nak buat francais pulak..haha..diam kau intan. terlebey sudah. kalau boleh nak carik tempat yang lebih strategik. ade sorang kawan kami mengesyorkan bukak stall kat kedai dia je. jangan buat hal la john. sebab sederet di situ ade sorang brader muke otai otai-rambut panjang- yang kerinting siap ade ekor dan salu pakai- skinny jeans- acid wash. haaaaa..otai tak otai la kan..umo eh dalam 40-an. kang tak pasal pasal aku kene tuju tuju avant garde pulak. mintak simpang la..bia la kami dengan dunia kecil kami, tak kacau orang dan bahagia dengan pelanggan hingus selebet yang kadang kadang berdiri comel kat itong gas sambil tanye ' acik, saya nak beli burger 50sen'. sayu hati aku tatkala disapa sedemikian rupe. pertama sebab dipanggil acik walaupun bercelak marilyn manson dan kedua kerna melihat muke kecil feeling feeling comel tu. nasib baik acik ni tak begitu kejam. hehe

nampaknye otak aku makin mengecut. makin payah nak coba mereka ayat dan ceritera.

oh, kami baru launching mini john sehari yang lepas. ;p

February 9, 2010

Sekejap Je

Ok, dah berhabuk.

Lama tak update apa-apa.

Sangat sibuk dengan kerja + kedai burger
Cuma ada masa di Facebook.
1
:)

February 3, 2010

Permulaan yang baik untuk tahun ini

1
orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
orang cakap sementara belum ade anak ni, enjoy habis habisan
orang cakap sementara kudrat masih ade, pi lah carik rezeki

dengan percakapan orang orang di atas maka aku dengan si dia mengambil langkah untuk memperbaiki diri sendiri. melaksanakan impian kecil kami.

maka semalam menjadi sejarah..kami bukak stall jual burger. :)
1

usai maghrib, aku packing segala keperluan dan punggah dalam bonet. kaki aku dah rase pijar pijar gak mase ni tapi sebab excited punye pasal, aku lunggah saje.
1

macam ni la ghoman impian kecil kami. feeling feeling kampung sebab stall nye bersaiz mini. tapi orang cakap kecil kecil lama lama jadi bukit.
1
oh itu dia peminat berani mati kami. datang seawal mungkin.haha.yang lelaki itu empunya kedai sebelah tu. dia buat kedai PS, sejam RM2.so sape2 yang duk area PD- LUKUT, moh la ke gerai. sambil makan leh main game. mesti tambah enjoy.
1
1
eh lupe nak betau menu yang ade. yang biase biase saje la. burger ayam, daging dan benjo. harga bermula dari RM2.30. semua ingredients terbaik dari ladang ye.ewahhhh..si dia kate dia akan cuba beri yang terbaik supaya berbaloi dengan harga yang dibayar..promote!!!
1
1
okay okay..budak ni sangat lawak. ni beli 4 burger daging. pastu cakap 4 takmo sayo, 4 mau sayo. aiyooo....mane satu ni dik?nasib baik comel gile
1
1
mase ni dah nak tutup kedai dah.kul 12am dah kot.menggigil lutut mak.si dia boleh bagi arahan suh aku set up dulu stall hari ni. nak betah kang cakap tak support, baik aku diam je sambil memandang sepi ke arah tong gas kuning tu.
1
sebelum perlumbaan dengkuran malam tadi, si dia berangan. mahu tambah itu dan ini. sambil mengurut lengan sasa beliau, aku pujuk dia supaya buat satu2 dulu. ade rezeki kita cuba yang lain. sebenarnye dalam hati aku dah recee tempat goreng fries kat tesco aritu. berbaloi baloi..okay senyap kau intan
1
oh, malam ni kami mau launching burger oblong. mari lah datang mencuba.