September 7, 2010

Kerongsang je kan..

Bile nak raye, aku mesti nak beli kerongsang. Yang baru punye. Padahal yang lame punye melambak je kan dan matching je dengan tudung tu semua. Tapi tah la, mcm acara wajib kalau pi bazaar yang jual-jual segala macam tu, mesti tuju kat stall yang mengelip-ngelip tu dulu. Pastu lepak lame-lame sampai lenguh. Padahal kerongsang je kan..

So semalam mase duduk sesaje, aku kirai balik semua kerongsang yang ade.

bekas ni aku beli mase aku jual kerongsang secara part time dulu. So ni untuk kerongsang kecik yang letak eh bawah dagu berlapis aku ni. Kalau lapisan dagu time tak pose amat melampau kadang-kadang benda alah ni pun leh ilang..menyuruk disebalik lemak. hehehe

Ni untuk acara mak-mak daten la u olls. Kalau nak gi kenduri ke, open house ke kan..memang suke benda yang OTT ni. Kate gi kenduri kan, perlu la mengelip-ngelip nyah..

Ini yang biase-biase je. Lunggah bawak pi keje mahupun semasa menjual burger. Kelas kau nyah, pi jual burger pakai keronsang bosa godang.

Yang ni pun group down to earth je. Aaaa nampak, dah ilang batu-batu eh pun aku lunggah. Kire fashion jugak kan. Hahahaha..

Koleksi mild-mild i ni pakai mase pi kelas time study dulu. Tak sanggup la nak pakai yang besar godang pastu bawak skuter dengan heels. Mau kene carut dengan mak guard kut..

Ingat tak suatu mase dulu ade fashion juntai-juntai ni. Aku pun terjebak sekali. 2 tahun lepas kut fashion eh tu. Dah kopak-kopak pun tapi sayang la nak buang, so aku simpan je. Pkai mase emergency, main saok je beb..

Pastu-pastu weekend lepas pi downtown, stall kerongsang gak aku tuju dulu. Macam-macam design sampai buntang-buntang mato den. Jumpe la buah hati yang baru.



Sekian..prffftttt..;)

Iftar at Williams

Mr. William amek order. Gile terer leh hafal semua order.

Air wajib : Ribena longan & Manggo Longan

Ni pun wajib : Strawberry laici

Spesis baru ditemui : Herbs soda. Lepas abis makan, tenyeh serai tu kat gigi. Hehehe..

Setengah tin weh dia letak. Mewah sungguh raso eh

Termimpi-mimpikan dikau sejak puasa yang pertama.

Auch..odap-odap eh..

Pueh lak nak uli meatballs tu kan. Demok-demok sume eh

Lepas makan..senang hati..

Happy faces..burpppp..alhamdulillah..;)

August 30, 2010

Korang berbuka ape?

Tup tap tup tap ade lebih kurang seminggu lebih lagi kite nak menyambut ketibaan bulan Syawalkan. Macam mane aktiviti puase korang? Mintak-mintak pade yang kengkawan yang sihat waalafiat tu, bia la puasa penuh. Baru feel nak beraya.

Macam mana pulak persediaan nak menyambut Hari Lebaran ni? Dah habis shopping ke? Serba serbi baru? Aku biase je, ala kadar orang kate. ;)

Tapi korang perasan tak mase bulan puase ni, macham-macham terase nak makan kan? Benda yang tak penah dihadap, tapi craving mencarik lepas balik keje. Pelik sungguhkan. Dan aku termasuk jugakla dalam list mengada-ngada tu jugak.

contohnye kueh telinga keling ni. Kalau gi pasar malam batu 4 tu, berderet makcik-makcik melaung suh beli kueh ni tapi haram aku nak toleh. Tapi aritu mengada-ngada mencarik. Nasib baik jumpe dan nasib baik sedap. Mak aku cakap kalau orang kampung meniaga, ikhlas pembuatannye..tu sebab sedap. Leh terima dek akal ke tu?

pastu nak makan lak bangkai helikopter ni. dulu murah je, skang ni ade yang cecah sampai RM4.00 tapi mungkin isi eh banyak sket la. Tapi lepas 2,3 hari ngadap rangka ni..muak pulak

Air mata kucing. Memang air wajib tiap kali berbuka. Tak kesah la sejuk @ panas. Kalau kat Podiksen ni aku suke beli kat bazaar pekan tu, stall paling tepi dan budak yang tukang jual tu gelap-gelap dan pakai topi Monster. Dia tak kedekut air dan murah.

Oh ini pencuci mulut yang sangat wajib yang kalau takde memang tak lengkap menu berbuka. Kuih Tepung Pelita. Tapi ade jugak yang confius ingatkan tepung pelita tapi bile balik umah tengok kuih Tako. Misi aku failed, belum jumpe yang sedap macam MIL buat. Bazaar Pekan, failed, makcik meniaga depan masjid Bagan Pinang, failed, bazaar Batu 4 pun failed. Haih..

Selain air mata kucing, air kedua ialah air tebu. Save weh beli air ni sebab memang manis gile so balik umah bleh tambah air lagi. Jadi la banyak. Leh simpan sampai saho sekali tapi kalau termiss saho, bangun pagi tu bukak fridge sambil kelip-kelip pandang jug.

Aku bukan jenis makan sayo. Tapi kalau buka, mesti nak ade bahan berwarna hijau menyelit. Makan eh kuis-kuis je, mungkin nak seragamkan kaler menu kut. Ade merah sket, hijau sket..;)
Pencuci mulut? Sangat perfect kalau kuih kelepong menyelit same. Dan lagi best kalau gula merah kat dalam besar. So mase gigih, air gula merah tu menjejeh-jejeh kua dari mulut pastu cepat-cepat lap dengan lengan baju. Heaven kut dapat makan macam tu

Ulam-ulaman ni memang nan hado la kan. Kalau ade pun, dia yang tukang habiskan. Tapi kalau sambal belacan eh sedap pastu cicah lak dengan timun sejuk baru-keluar-peti-ais, odap-odap eh kan. Rangup je kunyahan tu.

tapi dalam banyak-banyak menu, aku suke jugak berbuka kat Mekdi. Ayam goreng spicy menjadi pojaan hati. Pedas sangat kalau nak dibandingkan dengan KFC. Teringat pulak kenangan mase keje kat Mekdi Seksyen 2 Shah Alam dulu. Buka ramai-ramai dengan kengkawan, makan laju-laju sampai tercekik pastu senyap-senyap pi curik air Milo sejuk kat kitchen. Air Milo dengan Ribena kirenye barangan terkawal la so untuk staff meal tidak dibenarkan amek air tu. Kedaung la kitorang nak apikkan..;)

Ok bebeh. Air liur aku dah menjejeh-jejeh ni.
Selamat berbuka puasa. ;)


August 18, 2010

Cuti-cuti Ramadhan

Bulan puase ni korang tak datang Port Dickson ke? Tak payah la mandi laut, setakat datang lepak-lepak, bukan slidingdoor luas-luas dan menikmati keindahan alam dengan terjahan angin bayu yang sepoi-sepoi sambil menanti waktu berbuka puasa.

Kalau datang, korang nak duduk mane? Kalau kepala tu dah kebas sangat disebabkan berpuasa, jangan malu-malu nak sms ataupun call aku terus. Sebab bulan ni ade cheap sale untuk sape-sape yang nak check in apartment 2 bilik @ Corus Paradise Resort ni. Bulan ni saje tau. Jangan tangguh-tangguh abe weeeee...

Bilik Utama

Bilik Kedua

Ruang tamu

Dapur

Toilet

View

Puas hati tak tgk gambar saje? Kalau tak puas hati, moh la datang tengok sendiri dan rasaikannye..heheheheh..eh, lupe nak bgtau harga pulak. Untuk 2 bilik tidur ni aku kire cincai je la. Semalam hanya RM150. Naik murah lagi? Sila sms kat number 012-3835961 @ 0173225961 untuk bernego-nego.;)