December 28, 2010

Handbag Hanger

Kalau pi makan kat kedai, aku selalu bergaduh dengan bag/handbag aku sendiri. Mane nak makan, mane nak heboh pegang dia lagi kan. Nak letak kat kerusi sebelah, aku macam seriau pulak dengan orang-orangan zaman sekarang ni. Mau orangan tu lalu dan terus cekup, tak ke terkebil-kebil je aku nanti.

Aku dah dapat solutions. Dengan menggunakan Handbag Hanger, anda pasti tidak akan mengalami masalah untuk bergossip dan makan di kedai lagi selepas ini (intonasi kene betul ye).

Bawah ni ditunjukkan sekali cara-cara pemakaian menatang ni dengan betul.

Ok, dah boleh tutup mulut tu. Jangan nak ternganga sangat lah. Senangkan? Moh pakat beli ramai-ramai dari aku. Tak mahai sebab aku kire harga kengkawan je. Berape? Haaaaaa..ni nak habaq mai sat RM23 siap kasi pos free u olls. Tapi tinggal design ni saje lah. Yang lain tu dah kene rembat.

Kalau hangpa suma nak beli, hangpa sms cheq 012-3835961. ;)

December 22, 2010

Rezeki jangan ditolak

Orang tua tua cakap rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicarik. Tuah ayam nampak dikaki, tuah aku bergolek golek depan mata time on the way pi bukak stall jap tadi. Dari jauh laki mak dah nampak tapi macam takkan lah kan benda ni ade kat tengah jalan. Masa tu aku tengah ralit hadap facebook, tak aku apikkan ape yg kat depan

Tibe tibe dia tanye 'u nak durian'? oh sebagai hantu raja buah tu harus la aku cakap NAK dengan laju. Masalah eh dia pi benti kereta kat lorong gelap n bukak pintu kereta dan cakap tadaaaaaaaaaaa..


Tekezut mak ala ala nampak rantai habib jewels sajok kan. Bau eh memang terus menusuk kalbu wa cakap sama lu beb. Menjejes ayaq liuq basi mak pagi tadi u olls. Sabaq..sabaq..



Sampai kedai dan kemas ala kadar, mak terus hambek pisau potong sayur kengkonon nak cube bukak. Ouch..berjaya okay. Ni lah gambar isi durian tu. Gebus mcm kulit mak i told u. Jangan nak caras sebab jeles ye.



Bukti aku menghayati rezeki tergolek sambil suruh laki amek gamba. Gegau pun gegau la sebab nak eksyen punye pasai kan. Hehehe


Lepas makan bersungguh2 sebanyak 7 ulas yang mana bijik terakhir tu kami kongsi bersama. Kaedah nye aku sebelah kiri, kau sebelah kanan la kan. Yelah..sharing is caringkan u olls.

Syukur alhamdulillah sebab dapat merasa rezeki bergolek malam ni.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wordless Wednesday (1)