October 29, 2010

Teaser for JB

Hurrahh..esok sabtu. Im heading to South bebeh. Excited gile nak mampus. Lame kut dah tak berjalan.


Map rumah perantin ; checked

Hotel booking ; checked.

Menu nak melantak lepas kenduri ; checked


Destinasi berjimba ; checked, checked

Destinasi penutup ; Asam pedas Bukit Cina, Melaka. checked yaw!

Can't wait sebab dah sebulan kot googles benda yang same. Bak kate kengkawan, JB je kut. Semangat punye pasalkan..kok nak pi obersea tah macam mane ghoman eh kan.

Pertemuan dunia cyber

Twitter. Yes, aku baru berjinak2 dengan benda alah ni. Banyak benda yg aku masih kekok. Pastu kadang2 naik serabut dengan status artis-artis yg aku follow. Huh..nampak sgt stalkerkan..nak follow artis je. Haha

Ade jugak aku follow a few person yg aku rase dah same taraf dengan artis. Bloggers yg femes-femeskan..ikut, sape kate tak hikut.

Pastu nak dijadikan citer, ade sorang tweetpeeps ni betau kawan yg aku follow tu yang dia ade kat PD. Eh eh opocot..harusla aku menyibuk walaupun aku x kenal langsung si tweetpeeps tu kan. Wahhh..harusla aku hajak dia datang stall pekene oblong. Marketing kene pandai diknon.;)

Jadi kami bertwitter. Nak makan mane bla bla bla. Pastu malam tadi dia cakap nak mai stall aku. Ahhh nevesnye.


Mase ni tak bagi number fon pun, balas2 kat twitter je. Haih..berdebar. Blind date la kate kan. Dah lame wooo tggalkan zaman tu. Lg pun dulu mane penah nak blind date dengan pompuan..gile ke haper? Tak blind date dengan pompuan pun, aku dah kene cop pengkid dengan bf kawan aku. Dia tak nampak gunung ledang kat depan ni selambak ke? Haha..

Ok, setelah lokasi stall diberi, dia diam. Aku ingat dia tak jadi datang ke hape. Laki aku heboh dok suruh bagi koordinat, mane tau jap lagi dia nak GPS kan. Takdo nampak eh. Sat lagi dalam masa nak menginjak ke jam 9pm, dia call cakap dah sampai area stall aku tapi nan hado rupe nye dia salah masuk kawasan. Jadinye aku lak yang pi nenoneno rescue 911.Aku nye tempat rumah rakyat lukut, yg dia dok tunggu kat rumah rakyat Kuala Lukut.

Ok, jumpe2 terus salam and jemput duduk. Lepas tu terus berbual tak hingat dunia. Macam dah lame kenal. Hubs dia pun sangat peramah n lawak too much. Mmg tak janggal pun rase. Urut dada la aku..hehe

Berterima kasih kepada teknologi zaman sekarang sebab aku dapat tambah dua orang lagi kenalan lagi kat dunia ni.

Linda & hubs kalau terbaca entry ni just nak bgtau korang memang best and hubs u memang nampak mude. Tak tipu. Hehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

October 28, 2010

Sangat tak puas hati

Malam tadi aku mengaruk. Kali ni panjang pulak ngarukkan aku. Muncung panjanmg sedepa. Benda kecik je kot tapi ngade nye lebih.

Bukan saje nak tambah dosa diri sendiri tapi aku mempersoalkan kenape bile perempuan ditegah beli selipar soploh hengget sedangkan lelaki suke suki berbelanja selipar beratus hengget.

Alasannye perempuan selalu membeli. Kalau dihitung barang soploh hengget dengan 10 jenis dah berapa kan. Pastu benda yg dibeli tu semu merepek meraban. Bile ditanya kenape membazir tamau pakai benda halah tu jawapan yg diterima mungkin 'alahhh soploh hengget je kan'.

Dan lelaki mmg jarang shopping sebab mereka hanya beli barang yg berkualiti, tahan lama dan berbaloi. Masuk akal ke?

Haih..aku takleh terima pendapat tu menyebabkan muncung sedepa menandakan permulaan perbalahan.




Ok fine. Mulai hari ni and cheq meh molek kahuna legacy diistiharkan bermusuh..huh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

October 27, 2010

Omaigod

Lepas belek sane belek sini, haku donlods la menatang jadah ni dalam fon.

Pastu gedik-gedik nak test.

Ni tengah test la ni.;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Herbal Foot Detox

Mengikut teori perubatan,terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia. 62 daripada kesemua titik akupuntur manusia terletak pada tapak kaki (dikenali sebagai jantung kedua manusia), di mana ia juga merupakan titik tumpuan bagi pelbagai jenis toksin.

Peredaran air di dalam tubuh badan manusia adalah secara serata ke semua tubuh badan bermula dari kepala hingga ke hujung jari kaki semasa tidur. Air yang sejuk dan sisa perkumuhan (toksin) akan berkumpul pada tapak kaki manusia semasa dalam keadaan berdiri. Tampalkan pelekat penyerap toksin sebelum tidur dan pelekat ini akan bertindak dalam jangka masa lapan jam ketika tidur melalui 62 titik akupuntur di tapak kaki. Pemakai akan dapat merasai kesan penyahtoksinan dan pelansingan pada keesokan hari.

Kesan-kesan hebat pelekat detoksifikasi pada tapak kaki telah diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan Jepun. Kesan penggunaan yang berterusan selama 30 hari, menghasilkan warna pada pelekat pudar secara berperingkat dengan pengurangan kelembapan dan tanpa bau busuk. Ini membuktikan keberkesanan pelekat detoksifikasi telah menyerap toksin dan lemak yang terdapat di dalam tubuh badan manusia melalui liang-liang peluh pada tapak kaki. Di samping itu, pemakai juga akan dapat merasai kesan penyahtoksinan dan pelansingan dengan selamat

Cara-cara pemakaian :

Bersihkan tapak kaki terlebih dahulu.

Buka plaster yang terbahagi kepada 2 bahagian, buka bahagian yang besar.

Letakkan pad yang mengandungi herba ke atas plaster. Pastikan bahagian yang bercetak menghadap bahagian plaster yang dibuka. Pad herba hendaklah digoncang terlebih dahulu agar kedudukan serbuk herba lebih sekata.

Tampal di tapak kaki anda. Boleh juga ditampal dibahagian yang bermasalah seperti bahu, lengan dan pinggang

Selepas penggunaannya selama 6 - 8 jam, buka plaster tersebut dan anda akan dapati ia bertukar berwarna hitam gelap (bergantung kepada situasi toksin dalam badan) Penggunaan yang berterusan akan menghasilkan kesan yang lebih baik dan anda akan dapati warna pad yang digunakan akan beransur-ansur pudar (menunjukkan toksin yang berkurangan dalam badan)

Anda disyorkan agar menggunakan Pelekat Kaki Penyerap Toksin setiap hari ( 2 keping herba pad ) selama 14 hari berturut-turut ( sekurang-kurangnya ) untuk mandapatkan kesan yang lebih baik.


Keesokkan hari :


Berminat tak? tak mahal pun. 10keping hanya RM20. Kalau beli more than 10boxes, memang ade diskaun. Sila call atau sms sajeee 017-3225961 untuk keterangan lanjut.

October 22, 2010

Gian

Semalam aku bosan. Ronda-ronda pekan and singgah kedai jahit menjahit ni. Dalam kepala otak ni terase macam nak jahit manik kat baju sendirik. Tah hape la ghoman eh bile jadi nanti.

Masuk je kedai tu, aku rase nak pitam. Banyak manik yang cantik-cantik sampai buntang-buntang mato den. Sambil urut dada, sambil tu jugak otak ligat berfikir kaler baju kat umah yang aku nak servicekan nanti. Kang main beli je kang tak match pulakkan. Lepas mundar-mandir dan dipandang sinis oleh tuan kedai, 2 jenis manik je aku rembat. Test dulukan..dah ok sok, beli la segala mak ayah manik kat sini. ;)

Tekan minyak berdiri sampai umah, tak reti la nak tukar baju ke ape dulu, terus melepet depan tv and start memanikkan baju.

Semenggah tak semenggah la kan. Munge senget-senget dikerjakan tapi salahkan manik. HAHA
Sambil bermanik tu aku fikir jugak orang yang amik tempahan jahit manik tu kan, sangat tabah jugakkan nak buat perincian bagai ni. Aku yang baru jahit beberapa minit ni pun rase nak kebas satu badan. Memang tak art langsungla aku ni.

Tapi perjuangan perlu diteruskan. Bile dah start, kene habiskan. Hatta ke stall burger sekali pun, aku lenjan menjahit. Kuikuikui. Maka lepas 2 kali jari tertusuk jarum sampai berdarah, patpuluhnam kali aku maki hamun benang sebab taknak masuk dalam jarum.....inilah hasilnye....

tema Raya Haji tahun ni : lintang pukang, simpang perenang @ ade aku kesah? Jadi sape-sape yang nak aku jahitkan manik lengan baju eh, bak mari la. Ada bran? HAHA

October 19, 2010

Mak Ayah

Keluarga aku kecik, 5 orang je. Ade sepasang adik beradik, maknenye aku anak sulung. Dalam kami bertiga ni, aku je yang berbintikan orang lain. Mama bercerai mase aku dalam perut lagi. Mak aku kawin lain mase umur aku dah 2 tahun. Sejak kecik aku hanya tau dialah ayah dunia akhirat aku. Tidak akan pernah terlintas terms ayah tiri dalam hati ni. Sumpah.

Mak aku seorang yang garang. Garang nak mampus sampai sekarang. Hatta jelingan mata dia pun aku dah mencicit ketakutan. Dia seorang cikgu. Cikgu pengawas ke, cikgu disiplin ke semua dia handle la. Dia pegang subjek Bahasa Melayu. Aku bernasib baik sebab tak pernah diajar oleh dia. Tapi adik aku yang berdua tu memang dah selalu makan penampo jepun dalam kelas sebab subjek BM dapat B. Dia malu anak dia dapat B, maka dia pelempang anak dia depan murid yang lain. Dia nak tunjuk betapa tiada kronisme semasa mengajar. Mengongoi la anak dia dalam kelas tu tapi hape dia pedulik.

Kat rumah, dia macam emak-emak yang lain. buat kerja rumah sendirian. tak mengharapkan pertolongan anak-anak eh. Tapi kadang-kadang dia jadi tarzan gak. Suh buang sampah, angkat baju, ampai baju, sapu depan. Best part mase raye, pi lap daun-daun pokok bunga kat garaj. Daun hidup u olls..mak korang hade? Hahaha..Dia manjakan anak-anak dia with her style. Still iron-ing baju anak-anak even mase tu aku dah form 4. Form 5 baru aku reti iron baju sekolah sendiri weh.

Tapi kalau dia mengamok, kami adik beradik tak pernah menjawab. Diam dan tunduk sambil menjawab dalam hati. Pelan-pelan mutiara mata jatuh ke dada. Sedih. Kalau kene marah memang kaw-kaw. Sampai kejahatan dari zaman mak nenek kite la mak aku akan ungkit. Lepas dia dah habis bersyarah tu, anak-anak dia akan masuk bilik and tutup pintu pelan-pelan and bermonolog menjawab sendirian. Maknye nye cakap belakang je la, depan-depan seriau weh. Nak pandang mate dia, ya ampun seram-ness.

Tapi lepas a few hours kang, jadi ok la balik. Lepas tu kang dia masak la sedap-sedap ataupun ajak semua makan luar sekeluarga lepas tu. Kira nak pujuk balik hati anak-anakla.

So bile dah meningkat tua, aku bergaul dengan ramai orang. Kawan baru, family baru. Macam-macam aku jumpe and observed. Kenapa ade yang macam kurang ajar dengan mak ayah kite sendiri? Helooooo...tu mak ayah kau ye, bukan mak ayah orang lain. Kau keluar pun dari pepet dia kot tapi awatnye perangai jadi lagu tu? Dia tak ajar kau jadi kurang ajar pun kan? Dah besar, dah tau pasal dunia macam tu pulak kau layankan. Bile kene marah mule la buat muke, bentak-bentak, hempaskan pintu bilik, kua rumah bawak motor laju-laju. Haih..heran la aku weh. Ape perasaan kau mase kau buat perangai tu? Lupe agaknye segala budi mak tu dulu kan.

Kau dah rase hebat ke sekarang? Bagusla sebab kehebatan kau ni hasil dari didikan mak ayah kau jugak. Dia didik kau, besarkan kau..end up sedemikian rupa dia dapat eh? Aku bercerita ni secara random selepas terbace berita kat Metro last week pasal anak tunggal lesapkan wang KWSP mak dia sendiri. So ape yang aku bebelkan kat atas ni, rase nye related kut.

Bagi sape yang terase ke ape, aku mintak maaf. Aku pun takde lah perfect sangat tapi belum pernah lagi la sampai jumpe mak ayah yang jarang jumpe tapi tak salam cium tangan dia.

Kalau bukan sekarang, bile lagi?

Pagar oh Pagar Part II

Last Sabtu, aku bangun a bit awal dari biase. Kebiasaan aku ni kalau bangun pagi, aku akan bukak sket sliding door aku tu la. Mak aku cakap biar rezeki masuk umah. Rezeki ape kalau selalu weekend dah panas kedaung baru nak bangunkan. Haha

Mase bukak sliding door tu dengar riuh-riuh kat umah belakang tu. Oh, mesti makcik tu buat kenduri lagi. Tak ajak pun. Fine.

Pastu sauk towel, pi mandi. Lepas mandi and on the way nak masuk bilik, aku nampak kereta kat laman rumah aku. Oh, pantas. Dia cakap, driver kereta ni menonong pi umah belakang ni tapi bergerak takut-takut sambil pandang banyak kali kat umah aku.Dada sedikit berombak geram.Fine kedua.

Buat kerja rumah ala kadar and siap-siap nak pi pekan. Mase aku panaskan enjin kereta, aku nampak keluar seorang lelaki dalam usia 30-an, berbaju melayu dan berkopiah jugak susup sasap dari rumah belakang tu bukak kereta and blah. Errr..hello..kitorang ni invisible ke? Tak reti ke kau nak beradab keluarkan suara minta maaf sebab masuk laman orang tanpa kebenaran? Paling bangsat pun kau bagi la salam kat tuan rumah yang dok tercegat ni, bangsat! Pandang pun tidak, ape lagi senyum.

Haih..walaupun kejadian ni dah berlaku a few days lepas tapi time aku menaip ni masih ade sisa dada berombak yang masih berbaki. Geram aku tak pernah habis. Nak je aku tau ape yang dok berligar kat kepala dia mase tu. Walaupun dari segi luaran dia nampak matang tapi perangai mengalahkan budak kecik yang belum diajar pulak. Ape yang membuatkan dia berat mulut nak bertegur sape?

Tak guna aku nak soal bertubi-tubi pun kan sebab memang takde jawapan eh.

October 15, 2010

Bulan jatuh ke riba

Aku pernah borak dengan sorang kawan. Aku tanye dia ape yang boleh kite buat dengan duit gaji selain bayar hutang piutang, bagi mak ayah, bagi mak ayah mentua, simpan dalam bank yada yada yada? Dia cakap 'kau boleh pamper kan diri selepas penat bekerja siang malam'. Aku senyap.

Lepas tu balik umah dan menjalani kehidupan seharian, aku masih memikirkan pasal percakapan beliau itu. Fikir dalam-dalam. Ambil semua kebaikan dan keburukan, memang guna formula cikgu BM mase sekolah dulu la. Lame aku menimbang tara dan ade betul jugak cakap beliau. Muka ceria.

Tanpa bertangguh, aku sms dia. Mintak tolong dia copkan. ;)
Isnin lepas dia call, cakap barang dah sampai tapi tak banyak. Time lunch memang berdesup aku ke Seremban jumpa dia. Muka ada sinyum sepanjang perjalanan walaupun cuaca hari tu boleh buat pitam je. Sampai sane, jumpe dia, borak-borak kejap and pi sauk.

Oh!bahagia sungguh.


Perasaan mase tu macam kau tengah kunyah gula-gula kapas je. Lembut dan nyaman.
Lepas ni kuranglah masam muke sebab masing-masing dah ade. ;)