Kehidupan for the past 3weeks memang busy like bee. Hospital yang sememangnye menjadi rumah kedua family aku kali ni ialah Hospital Besar Tuanku Jaafar. Hospital Seremban sebenar nye tapi tah sejak bile tukar name pun aku tak realized. Kali ni papa masud wad sebab tempat cucuk masukkan air kat lengan tu kene infection. So area lengan dia bengkak dan keras. Sekali pandang dah macam popeye the sailorman aku tengok.Hehehe..mati kene panah petir la aku kutuk bapak sendiri. Bile dah kene infection, sah-sah la jarum yang dorang gunakan tu ade kuman kan? (eh ye kan?). Tapi doktor situ cakap camni ' kalau kami nak terangkan pun u all tak faham sebab banyak istilah kedoktoran. Vah vah vah..cakap je la jarum kau tu ade kuman, kan senang. Taknak ngaku gak tu. Ok takpe, bapak duduk dalam wad. Kami semua ulang-alik datang berjemaah dan bersuka ria makan-makan. ;)
Nak dijadikan cerita, bapak aku pindah wad. Dalam bilik tu berdua je tapi katil sebelah masih kosong. Malam tu bapak aku tido sorang-sorang, mak aku tak teman. Habislah hari tah yang ke berapa dalam wad. Esoknye tu adik aku datang, hantar breakfast. Demand. Pastu tengok bapak pakai alat bantuan oksigen tapi bukan yang untuk sambung nyawa tu, yang pakai serkup untuk dapat oksigen bersih tu dan bapak mencungap. Dia cakap dia nampak hantu malam tadi. Pukul 11pm sekali, pukul 3am sekali. Dia cakap ade 3 orang perempuan masuk dalam bilik air.
Adik aku terus sms kakaknye yang memang penakut sokmo ni. Aku pulak mencungap. Nak caye ke taknak caye ni. Adik aku dah gelak-gelakkan bapak. Ok, aku cakap dengan dia cool-cool ye bapak, malam ni mama datang teman tido. Naseb baik tak ade ape-ape lak malam tu.
Jadi citer jumpe hantu ni berlalu pergi. Walaupun mase datang melawat, aku cuak batak gak.
Tapi bapak dah ade kawan kat sebelah. Pakcik tu kencing manis, orang Rembau dan aku hangen dengan bini eh. Malas nak citer pasal orang Rembau sebelah tu. =p
Pastu-pastu 3hari lepas mama called. Bunyi suara kepoh-kepoh. Mama citer orang Rembau tu pulak jumpe hantu yang same. Kali ni lembaga tu betul-betul berdiri sebelah dia and tangan macam menggapai-gapai. Sekali pukul 12am dan sekali lagi pukul 4am. Aiyohhhhhh..cukup cuak la aku part-part machamm ni.
Tapi biarla benda alah tu nak buat ape pun. Tempat-tempat macham tu kan memang rumah diorang. Asal tak mengganggu sudehhh. Dan bapak pun dah discharged, syukur alhamdulillah. ;)
July 30, 2010
July 26, 2010
Rendah diri
Hari ni kat facebook, salah seorang kawan sediploma aku dah bising. Nak buat reunion untuk bukak puase kater nye. Excitednye aku nak jumpe kawan-kawan lame balik. Last jumpe 2 tahun lepas, itu je yang free. Last year dia busy dengan gerai LOT 10 kat param pekan PD.
Tapi takut jugak excited awal-awal kang end up aku tak dapat join pulak. Lagi keciwa.
Tapi keseronokkan nak jumpe kawan-kawan ni mase pagi tadi je. Bile dah petang, lain pulak rase nye. Fikir macam machammmm..
Kat chabox, sorang-sorang menyapa. Ewah, nak nampak glamour la tu. Padahal diri sendiri yang gatal tangan klik diorang ajak berborak. Pasal reunion ni la. Tapi kepala otak ni asik la fikir bab negatif je. Cuba buang jauh-jauh, tapi datang balik. Ish..
Bile fikir-fikir balik, reunion kali ni lagi meriah sebab ada yang berselisih faham dah berbaik semula. Yang dah kahwin datang berdua. Yang dalam perut, usah dikira. Ramai kawan aku yang berlumba-lumba dah booking katil hospital tahun ni.
Tapi tu la yang aku fikirkan. Aku akan datang berdua sekali lagi. Tiada penambahan. Tapi mungkin hanya penambahan berat badan je. Hehehe. Jadi sekali lagi aku berfikir, mau pegi atau biarkan mereka bergurau senda lama-lama. Aku takut. Takut dilaser oleh pertanyaan yang sedemikian rupa. Memanglah mereka semua kawan, tapi biase la manusia. Rambut same hitam, hati lain-lain. ;(
Tapi takut jugak excited awal-awal kang end up aku tak dapat join pulak. Lagi keciwa.
Tapi keseronokkan nak jumpe kawan-kawan ni mase pagi tadi je. Bile dah petang, lain pulak rase nye. Fikir macam machammmm..
Kat chabox, sorang-sorang menyapa. Ewah, nak nampak glamour la tu. Padahal diri sendiri yang gatal tangan klik diorang ajak berborak. Pasal reunion ni la. Tapi kepala otak ni asik la fikir bab negatif je. Cuba buang jauh-jauh, tapi datang balik. Ish..
Bile fikir-fikir balik, reunion kali ni lagi meriah sebab ada yang berselisih faham dah berbaik semula. Yang dah kahwin datang berdua. Yang dalam perut, usah dikira. Ramai kawan aku yang berlumba-lumba dah booking katil hospital tahun ni.
Tapi tu la yang aku fikirkan. Aku akan datang berdua sekali lagi. Tiada penambahan. Tapi mungkin hanya penambahan berat badan je. Hehehe. Jadi sekali lagi aku berfikir, mau pegi atau biarkan mereka bergurau senda lama-lama. Aku takut. Takut dilaser oleh pertanyaan yang sedemikian rupa. Memanglah mereka semua kawan, tapi biase la manusia. Rambut same hitam, hati lain-lain. ;(
July 21, 2010
Berhenti berharap
Dalam hidup kau seharian yang dikelilingi kawan dan family, mesti ade a few soalan yang sebenarnye kau berdoa dalam hati supaya tidak ditanye.
Kadang-kadang nak jugak aku tau supaya aku tak buat dia sakit hati. Tak buat dia sedih. Tak buat dia rendah diri. Seboleh-bolehnye aku cuba nak jaga hati orang sekeliling supaya hidup aku senang, happy.
Tapi aku heran betul dengan sikap sesetengah manusia yang kadang-kadang nak je aku panggil kucing [eh, boleh ke?] yang tak reti nak jaga adab mulut. Aku tak kesah la kau kawan aku dunia akhirat atau pun teman tapi mesra. Kau memang tak patut tanye macam tu. Tapi cuba aku buat benda yang sama pada dia, jangankan sehari, seminggu belum tentu muncung ikan todak eh jadi ikan kembung. Belum tentu sms aku dibalas on time, belum tentu aku tipon kau jawab. Balance ke tu?
Kadang-kadang nak jugak aku tau supaya aku tak buat dia sakit hati. Tak buat dia sedih. Tak buat dia rendah diri. Seboleh-bolehnye aku cuba nak jaga hati orang sekeliling supaya hidup aku senang, happy.
Tapi aku heran betul dengan sikap sesetengah manusia yang kadang-kadang nak je aku panggil kucing [eh, boleh ke?] yang tak reti nak jaga adab mulut. Aku tak kesah la kau kawan aku dunia akhirat atau pun teman tapi mesra. Kau memang tak patut tanye macam tu. Tapi cuba aku buat benda yang sama pada dia, jangankan sehari, seminggu belum tentu muncung ikan todak eh jadi ikan kembung. Belum tentu sms aku dibalas on time, belum tentu aku tipon kau jawab. Balance ke tu?
Orang cakap buat baik dibalas baik. Kadang-kadang aku geleng kepala dengan penyataan tu. Penat jugak buat baik tapi tak dihargai. Bukannye aku mintak kau bayar balik setiap titik budi tu.
Sampaikan aku jadi berhenti berharap. Berhenti berharap mendapat pembalasan diatas kebaikan yang dihulurkan. Noktah.
July 16, 2010
Sekali kene, meraung.
Last week, abang ipar aku datang stall. Saje nak pekene burger yang baru aku launching - burger tempura. Pastu borak punye borak, dia cakap kaki lenguh-lenguh. Kebetulan yang datang ni tadi adalah ahli tegar HPA. Tapi dia takde la pakse beli ubat segala, cume dia luangkan masa belajar dan mendalami ilmu perubatan yang berkaitan dengan Islam ni. Elok gak tu kan, dari beli ubat kat kedai senseh.
Lepas tu dia pun keluarkan la segala equipment mengurut. Dia pakai minyak burung but-but. Kater nye bagus untuk urutan yang terseliuh, angin dan patah-patah ni.
Maka acara bermula..
ni dia saje je buat muke cembeng. tengah tahan sakit la tu dan perasaan nak tendang muke abang sendiri. Lepas urut tu sume, dia cakap best and nak urut lagi. Lepas ni bobohizan kene pakai baju besi la nampak eh.
Eh eh sape yang dok area negeri sembilan and terase nak urut @ bekam cara moden bleh contact abang ipar ku ini di talian 017-2057789. ;)
July 15, 2010
Gadjet benau muke kau
Skang ni merata-rata orang heboh dok pakai blackberry . Name manjo eh BB. Merata-rata hokeyyyy.bak cendawan tumbuh selepas hujan. Keh keh keh..
Ade sekali tu, aku dok sibuk la beratoq nak membayo barang kat Giant dan sambil itu bersms dengan sahabat handai sambil senyum-senyum dan kaver gelak aku terpandang minah sebelah aku. Ghoman eh macam budak sekolah je, beli pun ape je dalam bakul tu (wah sempat pantau), tapi tangan eh laju tup tap tup tap berfacebook gune henpon. Sekali blackberry kau. Senyap-senyap aku silentkan henpon SE yang dah berderai kutip balik ni dalam poket sua.
Ish...neves aku pandang BB eh tu dan pandang dia atas bawak banyak-banyak kali. Budak sekolah je kut, masuk U pun belum tentu lagi ni tapi kemain lagi bergaye. Nada nak sedapkan hati sendiri 'oh, dia anak orang kaye'. Urut dada banyak-banyak kali.
Betapa mewahnye orang zaman sekarangkan. Nak-nak lagi yang manjekan anak bini dengan gadjet yang sedemikian ghope eh. Mule la ade rase tak bersyukur dalam hati ni. Syohhhh..nyah kau dari sini. Tak baik la pulakkan bile dah agak-agak kufur nikmat ni.
Tapi, semalam aku saje gatai-gatai cek laman sesawang maxis dan menyeringai terkezut. Ade sale u ollsss....
aaaaaa nampak, murah kan. ape lagi, moh same-same serbu Maxis. Tapi ade sorang kawan aku tu eksyen, nak tunggu iPhone 4g. Cett...
Masak ape tu kiah oiii?
Minggu ni aku ala-ala mood down. Ahh asik down je la kau intan. Sigh..
Kali ni sebab masak.
Frankly speaking, aku memang tak reti masak. Ko cakap la gulai itik ke campo pucuk ubi ke, gulai ikan senangin ke, sup ayam ke...semuaaa aku tak reti masak. Noktah disitu.
Pastu sabtu malam lepas, aku lepak sampai tengah pagi. Borak-borak dari bab gossip artis sampai la bab kawin-kawin. Pastu masuk la bab main masak-masak ni. Oh aku teruja dengar dia masak itu ini. Oh, rendah diri aku tatkala itu.
Esoknye, balik keje aku kelentang kelentong kat dapo. Masak la konon eh. Sambal telo je kut, tu pun siap call kawan aku tanye camne nak buat sambal. Lupe..HAHAHA.hine kan?
Then dia balik, jengok dapo. Senyum-senyum nakal. Perli la tu. Takpe-takpe. Kosan eh dia yang bertambah sampai dua kali. Hambik la kan..;)
Tapi mase meniaga malam tu, aku mengeluh. Letih la u ollsss...ngadu kat dia. Dia senyum and cakap sape suh ngade-ngade masak. Haih..ni lah lelaki kan. Kenape la tak penah faham ape yang perempuan rase. Bile orang tanye aku masak ape, aku senyap. Sebab aku tak masak. Malu kan. Tapi dia cakap orang yang tanye aku tu tak meniaga tengah malam, tak buat dadih lepas balik keje.
Dia cakap kenape perempuan selalu rase down, sikit-sikit kang monyok..sikit-sikit kang rase nak terjun bangunan. Ye ke? Sorrounding yang buat perempuan jadi macam tu kut. Tapi cube la jangan sebok tanye, mesti aku cool sepanjang mase. Ni kang mase tu la kau nak tanye itu ini kan. Kosan eh, permainan jiwa kembali la.
Ni je la feveret food dia yang aku buat so far. Habis makan sampai licin. Salu nye brunch time weekend la, lepas tu tersandar layan movie. Bahagia je aku rase. SSM - sedap, senang dan mengenyangkan. Hehehe..
July 7, 2010
Sayangilah jantung anda
Minggu lepas aku cuti. Sehari je la, tinggalkan saki cuti untuk raye dan cuti-cuti hujung tahun. Kok ado. ;)
Aku melawat rumah kedua. Rumah kedua aku ialah Institut Jantung Negara. Penah berumah tangga kat sane, beraye kat sane. Dah lali. Tapi dengarnye IJN dah berubah wajah, dah cun orang kater.
Aku kesane sebab nak bagi semangat kat papa yang kene operate tukar bateri dalam badan eh tu. Papa akan kene tukar bateri tiap 7 tahun sekali. Pacemaker name saintifik eh. Disebabkan papa lemah jantung, jadi bateri tu diletakkan bersebelahan dengan jantung dan ade wayar kenit disalurkan ke jantung. Berdasarkan penerangan doktor, wayar kenit tu bertindak menolong jantung dipam sekiranya ia didapati lemah. Macham-macham la pulak...
So ni dah masuk kali ketiga bateri papa ditukar. Maknenye dah 21tahun. Lame sungguh.
While papa kene operate, anak menantu dengan selamba rileks sambil layan ANTM sambil jadi juri tak berbayar. Tu nak komen, ni nak komen. Tapi sebenarnye anak menantu baru balik dari jalan TAR tu. Dah kul 5pm, papa tak keluar-keluar lagi.
Papa masuk balik bilik around kul 6pm. Mamai. Lame gile sebab rumah untuk bateri tu kene tukar jugak. Hazab la oiiii..Bile kak misi dan doktor ade dalam bilik, time tu la kelam kabut nak kemas segala bagai. Padahal sebelum tu akulah king..hehehehe
Panggilan pulau kezambo
Aku ni tolong promotekan on behalf for kawan alam maya aku ni saje. Buat bloggers sekalian, jika hati terasa mau ke pantai, melayan deruan ombak, bersnorkling siang ke petang, petang ke siang...sila contact Nik Nazri ditalian 017-9066730 dengan segera. Sebab benda ni untuk 24pax saje. Cepat kejar sebelum terlepas.
July 5, 2010
Carilah ilmu hingga ke negara Cina
Ahad yang lepas aku ramai-ramai gi Tanjung Malim.
Kali pertama.
Mengantar adik ipar aku yang paling bongsu daftar masuk belajar kat UPSI. Muke PIL berseri-seri. Yelah, anak eh nak jadi cikgu, keje gomen. Selama ni dia dok bebel kat anak-anak eh termasuk aku, suh mintak cikgu..nan hadooooo. Keje merapik-rapik, lari bidang. Tu sebab penghantaran semalam dengan satu harapan. Dari raut jernih mereka, mata yang bening..aku tau harapan didalam hati. Betapa bangganye mereka. Perkataan cikgu muncul sepanjang perjalanan yang makan masa selama 2jam 30minit tu. Pemanduan berhemat. ;)
Hujan turun mencurah-curah pada pertengahan jalan. Nasib baik hanya menyentuh roti krim, kalau nasi lomak alamat eh berdengkur jugak la kat sebelah tu. Hehehe...
Pendaftaran start kul 2.30, jadi kami semua berjemaah makan dalam perkarangan masjid kat pekan. Pekan dia kecik sangat-sangat. Besar lagi PD kut. Tapi nasik ayam depan masjid tu memang terbaik walaupun nampak biase saje. Dun judge the books by its cover maaaa....sedap poit. Makan berebut-rebut dengan hidangan teh o ais memang menambahkan berahi nak makan.
Sambil tunggu adik bongsu, kite main sms dengan Mak Jan dulu. Aktiviti yang biase dilakukan walaupun di rumah.
Bile dah bosan main sms dengan Mak Jan kite sakat budak kecik pulak. Biar budak tu menjerit sampai keluar anak tekak.
Senget-senget bahu aku pikul henbeg, nak gak tau ape isi dalam eh sebab main sauk je pagi tadi. Minyak Yu Yee Cap Limau memang wajib dalam list, ipod yang dah lame tak hapdet dengan lagu terkini TAPI lagu raye kemain banyak, kulit katak grenade juga wajib supaya terik matahari nampak macham senja, tisu ni sejak dua menjak ni je rajin bawak sebab dah terbeli yang pakej sebundle tu dan beg magis yang ade lipbalm etc. Hehehe..
Bakal cikgu dah selamat mendaftar. Dapat Kolej Aminudin Baki yang sangat superb. Sangat jeles dengan interior dalaman eh. Siap ade dapo dan bilik mandi sampai 3, sangat hebat. Ade hall dan boleh deco-deco ikea jugak, haih...best sungguh.
Tengok tu, sebab eksyen yang amat sangat maka rumah kediaman dishow off kepada semua yang hadir. Kami hanya mampu melopong dan cakap 'Ooooooo'. Bapak mentua siap tepuk kepala sebab terlampau amazed. Kekekeke..
Bakal Cekgu cuba kaver airmata dari tumpah sambil maki-maki kasut baru yang buat kaki eh jadi melecet pulak. Lepas tu salam peluk cium sambil dengar ceramah khas sebelum bertolak balik. Bakal cikgu menyembunyikan air mata dengan gelak kuat-kuat dan tersenyum lebar. Wish u all the best Aten. Ade mase kitorang wat rombongan lagi ke sane sebab miss nak makan pau yang maha lembut tu. ;)
Cekak
Skang ni kan tengah musim cekak rambut. Macham macham pattern aku tengok. Ramai betul skang ni designer yang kreatif dan innovatif dengan menstylekan cekak tu dengan pelbagai rupe dan warne. Padahal dulu mase aku beli cekak kat pasa malam je bawak ke sekolah. Takde pulak wajib beli kat Forever 21 bagai.
Kok dapat yang beli kat Sinma memang riuh satu sekolah la. Hehehe. Auch..rindu kat Sinma. Dulu kalau singgah sane lepas sekolah, mesti duduk berjam-jam padahal nak beli getah rambut 80sen je kut.
Tapi budak-budak skang ni hatta nak beli getah rambut bangang yang kaler eh same dengan kain dalam bacin pun tapi ade tag yang dikenali ramai, menonong sedepa je.
Pastu skang ni aku tgk makin ramai pulak minah yang bertudung tapi tambah cekak sebagai hiasan kepala. Dahla pakai kerongsang besar dokoh kat tepi bahu, menyelit pulak cekak atas kepala. Hurm...bagi aku less is more. Tapi fashion ni kan subjektif, boleh diolah dengan pelbagai cara dan gaya. Yang penting si pemakai selesa, jangan disebabkan kejarkan sangat nak berfashionista, badan yang menanggung tak larat pulak.
Aku cuba bergaya. Tak kene la kut. Dan aku belum berani nak menggayakan fesyen macam ni kat kenduri kendara di PD. Malu dengan kritikan atau pandangan sinis orang. Oh, aku tidak berani. Cukupla hanya berkerongsang sebesar dokoh. Itu pun dah menjadi perhatian makcik-makcik sekeliling. Nak je aku cakap ' beli kat Mydin je cik'.
Tapi aku rembat jugak. Saje nak sejukkan hati. Tapi bukan beli kat mane-mane outlet di JJ mahupun OU, jauh sekali nak ke Pavilion. Hehehe. Pembelian dilakukan di Kedai RM2 di Port Dickson. Harga eh pun RM2. Ade pelbagai design. Tu pun pening nak pilih yang mana.
Dia kat sebelah tanye ' Nak pakai pegi mane?'.
Subscribe to:
Posts (Atom)