September 30, 2009

Meroyan Kulit Katak

suami! oh suami!
*
kenape la kadang kala aku begitu tak faham dengan sikapmu ini
*
sekarang ni hidup him gundah gulana.tido tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. buat semua benda pun tak fokus lagi. ni semua disebabkan kulit katak.
*
nak kuis pun kene sound,ape lagi nak pakai
aku cemburu dengan keprihatinan mu terhadap benda ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

banyak2 benda yang boleh dijadikan collection, awat la hang pilih menatang ni?

Raya Sakan Kawin Sakan Part I

lepas muntah darah pegi balik pegi balik tgk gamba sendiri, baru la ade keinginan nak bercerita pasal raye sakan tahun ni. kenape sakan? sebab salah sorang cousin him buat kenduri kawin pade raye ke 5 yang lepas. so agak jauh la perjalanan raye tahun ni.


kiterang memulakan perjalanan ke Sungai Yap yang terletak di Jerantut pade hari raya ke 4. untuk journey kali ni, memang kitorang siap awal sebab FIL mmg suke wat lawak muncul depan umah seawal pagi.haha.
tunggu punye tunggu tak sampai2, bile call baru tau yang semua kene tunggu adik, kakak, abang, orang gaji segala yang nak ikut serta bakal-menantu-yang-belum-tentu-jadi.[Ye, sila cakap mulut aku jahat].hati agak panas sebab lum breakfast.kemas ape yang patut and lepak maple, pekene teh tarik sementara tunggu FIL jemput.naik satu keta je kali ni sebab tamau kejadian ekzos bocor berulang semula disamping sep baget
perjalanan menuju ke destinasi amat smooth tapi cuaca agak terik.



aku pun tatau nape aku amik gamba signboard ni.just nak menunjukkan yang aku dah sampai tapi tunggu la gamba seterusnye.dah mcm pertandingan yang Camel Trophy la pulak

ni baru permulaan. betul la cakap abang ipar aku yang kesulung tu, jalan dah bertar


kene benti dipertengahan jalan sebab salah satu keta yang mengada2 nak mengonvoi sekali tak sedar diri..[sangat emo aku kali ni]. bawak keta jenis melayap atas jalan, mau tak sangkut.



mcm mane la kan ekzos tak bocor, keta melayap tak sangkut.
mau tak menangis kan.ni baru sikit, aku tak sempat nak snap permukaan muka bumi yang berlopak gergasi segala. tak payah la jadi bloggers tegar sgt kan.


melepasi perjalanan selama 25min tp dah macham setengah tahun rasenye, baru la sampai ke destinasi yang didambakan semua orang.kereta sedara mara penuh selaman.


aktiviti penerjahan pertama ialah makan. sebabnye tak singgah mane2 untuk mencekik.
menu yang simple tapi makan beriye2.
klassik sungguh pinggan ni. tetiba rindu dengan arwah uwan sebab aku banyak kali pecahkan pinggan bunga kangkung ni.sob..sob..sob..

lepas diri terase dah ala ala anak gajah dan terasa malas..kene pulak kerah buat keje.
ni adik ipar aku yang dah kene kerah tenaga dulu dan aku duk bersantai..


sangat bootylicious kan?hahaha.
keje masak memasak sume diserahkan pade kederat lelaki.
yang cantik jelita keje atas umah saje. semut2 kaki aku ni buat bunge telo.

ni sedare2 him yang baru first time aku jumpe


ingatkan duduk diselubungi flora fauna,sejuk tapi sebaliknye.peluh mencurah2 membasahi baju. so amik peluang duduk kat berandah dan tak payah buat keje.hehehe

lepas bosan2 melepet tanpa hala tujuan, aku terjah pulak bilik pengantin yang sangat oh! oh! klassik dan dulu dulu. memang la tidak mcm bilik pengantin jaman sekarang yang beraircond bagai tapi aku tatau mcm mane nak express kan feeling bile tgk bilik ni. ahh..sangat la vintage dan feeling feeling virgin.haha
part II akan menyusul dengan gambar yang lagi banyak dan muntah hijau
;)

September 28, 2009

Selamat Pulang ;)

Wahhh lame tak update! ;p memang beraya sakan upsss makan. Haihhhh takpe, mari start puasa 6 ye :D. Welcome back to office ye semua, mesti ramai yang beraya seminggu seperti aku. memang beraya sakan la gamaknye. ;p
Itu pon tak cukuppp tauuu, rasa nak beraya sebulan. bangun tido tadi seawal yang mungkin tapi tetap lemau. Aku bawak kuih raye ke office today, saja sebab ramai mengidam nak makan [ah perasan, padahal kuih tunjuk]. tapi ramai yang puji sedap, nak2 lagi kuih semperit yang mama tempahkan tu.
*
well, raya tahun ni agak different. sebabnye ramai orang datang rumah. kawan2 him dan kawan aku. main rempuh saje, nasib baik bahan2 untuk masak dah aku siapkan awal2. memang penat gile tapi happy and excited.
*
gambar banyak gile nak uploads sebab raye ke 4 dah balik Jerantut sebab cousin him kawen. esok2 je la...
*
okay! mood hari isnin ni malassssssssssssssssssss banyak kan? ;p lagi2 lepas cuti panjang.

September 21, 2009

Syawal Kedua


Bengang nye aku petang ni, dari Alor Gajah nak ke tol Simpang Ampat amatlah mengfrustkan

memang la hari raye tapi jem tu mcm tak masuk akal pun ade
sebabkan henpon aku bukan la taraf iphone, maka gambar pun agak blur

dan lagi..dan lagi

arghh..sebagai co-pilot memang agak tensen jugak sebab dah la tak dapat tido, nak menyanyi pun kene sergah.haha

last2 aku kua Tampin and ikut jalan Ghombau, tu pun banyak gak keta tapi atleast bergerak.

'Keseronokkan membawa padah'


Syawal Menjelma

Tahun ni aku pi sembahyang raye dengan him and papa. Amazing race betul sebab masjid kat taman aku tu punye la ramai umat yang datang dan keluasannye makin bertambah.

aku sorang2, agak kekok tapi buat2 muke cool.hehe

pastu Tuanku Najihah pun sembahyang kat situ jugak since Istana Hinggap eh kat atas umah aku tu je.Siap ade announcement bagai dan VVIP parking la pulak.dalam kubo sok samo jo..haha
first time aku tgk orang pi mosojid bawak handbag, cantik lak tu..
ampun Tuanku..

dalam kul 11am kami bergerak ke Tampin, umah nenek belah papa.lepak sane pun tak lame disebabkan hal2 yang tak diingini.orang pun tak ramai, kazen aku beraye umah hubby eh kat Kluang, kalu tak memang ade gang menganyam ketupat di pagi raye la.
disebabkan aku bukan la bloggers tegar, maka segala menu yang masyuk masyuk kat umah nenet tak sempat aku nak snap sebab perut bunting padi ku dah mengaum mengaum


dah tengah tengah hari sikit him ajak pi umah kawan itm eh dulu pulak tak penah dibuek orang poit! tapi sebagai seorang isteri lindungan Kaabah aku turutkan juge walaupun aku tau yang mama akan berkicau sambil menjadi Tarzan kelak.

Kok dokek takpo gak, lopeh Ghombau ke Melako pulak.
Humangaiiii..jonuh bojalan ni haaa

Dah maghrib baru la jejak umah semban balik. ala ala muke cool, aku terus ke dapo. mama dah pandang slek habis, aduuuhhhhh...aku jugak yang kene tadah telinge. him? dah selamatkan diri gi mandi berjam jam lame nye. aku jugakkkkkkkk....nanti dapat payung emas tak?kah kah kah



tahun ni theme is grey [pilihan him],tp baju aku ade kaler2 ungu sikit.

'Menunggang dengan selamat, ingatlah yang tersayang'

September 19, 2009

Hari Mantai


aku beraye dengan him dah masuk tahun kedua. macam tahun lepas rase excited tu kurang sikit sebab maybe penat kenduri pun tak habis lagi kut.hehe

tahun ni turn aku beraye kat Seremban pulak. pagi2 lagi aku dah kerah him bangun sebab aku malas nak denga mama berkicau.

sampai umah Seremban tepat kul 10.kua2 keta je mama dah perli.aduhhhh..kok aku layan kang harus la mood ghaye pun lari.masuk umah dengan tersengih2 cool.


pre-raye kat negeri sembilan dipanggil hari mantai.aku tatau la kat negeri lain ape istilahnye

tiap hari mantai tugas aku memang dari azali ialah siang daging dan racik serai.

maybe tahun ni bertambah sikit kut sebab adik aku yang bongsu tu keje. ade operasi kat terminal bus. tu pun satu hal, mama berkicau sambil bersilat. aiyooo..dah orang tu keje macam tu, apo lak nak marah kan..

lepas dah buang pahala pose dengan menganyam ketupat, kene kerah kacau rendang pulak


him pulak dikerah mengecat.mesti dia hangen sebab tadi kene anta papa potong rambut and basuh keta.hahaha

hokay..mama dah menjerit suh masukkan beras dalam ketupat

to all, selamat membuat kerja umah

stay cool and rock on'

September 18, 2009

Selamat Hari Raya


KAMI sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepade semua yang sudi menjengah belog yang tak seberapa ini dan ade jugak yang buang mase jadi follower. Hehe
*
*
Berhati hati di jalan raya
*
Sape yang tau umah tu, jemput la datang
*
*
Love,
*
Intan & Syahmie

September 17, 2009

Penenang Jiwa Raga

*
*
selepas hobi ala emak emak, skang ni aku tengah demam pokok hiasan pulak.ade yang aku beli, ade yang aku rembat saje. hahaha.
*
so aku buat 3 kasta.
*
yang anak tiri aku letak kat luar rumah. anakku sazali kat hall dan bibik aku letak dalam toilet.
*
so semalam lepas pasang pelita, aku saje la gambur2 kan tanah dan siram dorang. pastu aku amik gambar.
*
tersengih je..

kumpulan Hijau

kumpulan Warna Warni

Anak- anakku,
*
Semoga kalian jadi yang berguna kelak
*
Love,
Mama

September 16, 2009

Malam Tujuh Likur

*weekend lepas memang plan nak start pasang pelita tapi disebabkan masalah malasah yang tertentu, jadi aktiviti pemasangan pelita ditunda kepada malam semalam.
*
*
*

sangat excite nak main dengan minyak tanah
*
*
*
pelita ni sume nye ade 12 saje, aku beli last year kat Ten Ten dengan harga RM1 sebatang.what a steal kan..sebab aku tgk kat giant harga eh sampat tige pat hengget..haih!!






*
*
*
*
*
*
so him cari spot spot menarik untuk pacakkan pelita
berkerja keras betul malam tadi
*
*
*
*








*
*lepas dah puas hati, mari kite tuang minyak tanah pulak.
part ni yang paling aku menyampah sebab kang mesti aku bau minyak tanah dan kene mandi balik.
*
*
*
*
aku sempat kene marah time snap gamba ni. dia kate aku cemas. cemas tu bukan sebab ade kecemasan dan kene call 991 la. tapi maksud eh lebih kurang aku ni poyo la amik2 gamba segala.





*aku malas nak amik gamba yang side saneeee pulak sebab gelap, tak memasal ade pulak model extra yang posing sakan..
*
*
abang ipar aku cakap jaman dulu orang pasang pelita sebab nak suh Malaikat nampak umah kite and masuk dalam umah gamak eh. aku tatau la novel sanskrit mane yang bagi info mcm tu.
[sila abaikan date tu sebab aku malas nak setting]

September 15, 2009

Iftar Tahunan

weekend lepas aku pi KL, saje gi buke pose dengan kawan2. nak cakap aktiviti wajib tak jugak tapi tahun ni masuk tahun kedua berbuka bersama walaupun tak cukup korum sebab plan last minit. last year buke makanan omputeh kat Chilis, tahun ni nak rase jadi Jawaness pulak. Reen selaku tukang booked telah membooked Restoran Ayat Penyet. Caya la Reen sebab sanggop kehulu kehilir untuk kengkawan.('';)
*
aku gerak dari PD around 5.30pm, nasib baik jalan tak jem

ni la mukadimmah kedai tu, ni yang kat Sunway sebab TheCurve fully booked
before sampai ni, aku dengan confident dah masuk kedai lain which is menghidangkan ayam penyet jugak tp x nampak batang hidung sape2 pun. call punye call, rupe eh ayam penyet kedai hujung..malu sajee

cun wooo pengasas Ayam Penyet ni. name eh Ibu Ruth. Wan kate tu mak Ruth Sahanaya. hahahaha

larilolalari menyandang Miu Miu raye [pengsan] bersama cintamati, Edycted dan zali yang dah mcm zainal abidin

ketibaan ayam penyet yang dinanti [RM7] dengan cicahnye yang sangat pedas sampai pijar tangan larilolalari

gadogado yang sangat sedap. thanks to Boy yang suggestkan. rase kuah tu mcm kuah pecal saje

hip hip hoorayyyyy..meja sangat full dengan ayam penyet la, terung penyet la [banyak2 makanan, tu yang ko makan], udang penyet dan sup asem.

setengah jam selepas itu

ala abeng...takkan la dah habis makan pun nak kene kasi report kat anis?
*
wan tengah ligat fikir apesal botol lonchan ni berlainan bentuk?
reen cakap sorang lonchan perempuan, sorang lonchan lelaki

credit to reen yang selalu beli kertas warna mase sekolah dulu




dan KAMI melepet kat situ sampai pelayan tu dah menyampah. kalau dalam cerita drama tu, scene tengah tunggu kawan nak tolong bayarkan.haha.
*
*
dan saho dimane?
*
dan ini idaman aku sejak awal puase lagi. lala-masak-ape-tah. tp memang odap2 eh.
kat SS2 je aku jumpe, tempat lain tak penah sebab tak penah tanye.

September 14, 2009

Sume nak baru..

*
tup tap tup tap, tinggal lagi kurang dari seminggu lagi nak menyambut Hari Raye. when it comes to persiapan, mesti yang ladies lagi gedik dari gents kan. harus la semua nak matching matching segala.
*/
theme color of coz la dah set up 2 bulan lepas. nak nak pulak untuk pengantin baru [aku ni pengantin lame dah], time ni la excited nak pakai baju same kaler, pastu pagi raye kene pegi Kedai Foto Ah Kwat untuk amik gambar studio pastu frame kan pulak [leh susun sederet kat dinding untuk tahun tahun depan pulak].hahaha
*
yang lagi tambah excited kalau ade ahli keluarga baru. beli jugak kain semeter dan buat baju kurung even budak tu hanya bertahan pakai selama sejam je sebabnye nak same kaler dengan mummy daddy.
*
so bile dah set theme color, pencarian pun bermula.
kasut raye
beg raye
tudung raye
cincin, gelang, rantai raye [auuuwwwww]
*
teringat mase kecik2 dulu, even suapende dengan raye pun ade weh.mama beli siap2 sebulan sebelum gitu, tiap2 hari belek je suapende dalam lemari. skang ni pun aku try nak buat mcm tu, tp lum raye dah pakai, ape kes..hehehe
*
lagi satu yang aku nampak tang perempuan ni, among aksesori yang banyak berselirat tu, brooch pun kene ade yang khas untuk raye. nak nak untuk mereka yang bertudung. no matter how simple ur baju is, they will accessorize it with brooch.
*
kat office ni, ade la sorang dua yang concern pasal pemakaian brooch ni. Ade yang beli Monet, Liz Clairborne and Tiffany [nangeeeesssss]. aku tengok dari jauh sajeeeeee, sume chantek chantek la nokkkk dan yang penting worldwide lifetime warranty. dah boli mahal2 kan harus la ade keistimewaan eh. Kang kok batu eh tercabut ko, pin eh tekopak ko, sumo leh dibaiki dengan free. Tapi tu semua terpulang pade taste dan kemampuan masing2 la kan.
*
aku nye lak dah setel awal2. time balik kelantan aritu, aku dah borong segale. tapi macam last last raye aku sesah je brooch kat mydin. cantik cantik dan murahhhhh.korang dah beli brooch?
*
selamat hari isnin
T___T
*

September 11, 2009

Alahaiiiiiii....

*
*
macam kelakar pun ade tapi tu la kenyataan.
*
abang ipau aku yang sorang ni kene makan telo rebus bersama kulit itu sekali hokayyyy.
*
kan dia eksiden July lepas, pastu dia pun pegi la berubat cara mistik kat Kuala Sungai Baru.
*
nak kate tipu pun tak boleh jugak weh, sebab melalui penceritaan beliau, amat ramai la umat yang berubat dengan bomoh/ pawang/ bobo-hizan/etc ni.
*
kali pertama pegi, individu tersebut buat pembedahan ala ala mistik kosmetik. yang kali ni pulak, kene melantak yang tak penah dibuat orang. biawak pun tau buang kulit weh
**
*
mule mule aku tak caye la, takkan dia kental nak telan kulit telo kan T_____T
*
TAPI
*
eksyen je muke beliau mase ni
[asal ko pakai kupiah, tunjukla trade mark Wolverine tu weh]
*
*
*
* hasil nye selepas puas kembang kempiskan idung depan awek awek yang datang malam tadi
komen beliau tentang rase telo itu
*
''macam ko kopek telur rebus, pastu opolop pocet telur tu jatuh atas pasir laut, pastu ko amik, ko makan dgn pasir2 laut tu, gitu la rasanya. Letih aku ngunyah, takut lekat kulit telur''

September 10, 2009

Aku yang bertuah...

hari ni aku rase aku orang yang paling bertuah sebab dikurniakan seorang suami, boyfriend, kawan dan jugak banker yang sangat memahami, baik hati, penyanyang, lemah lembut dan jugak ape saje yang ade pade ciri lelaki idaman tu semua dia ade.
tak bertuah ke name nye tu?
*
*
dan aku tahu sangat dia sayang aku sangat sangat
*
*
*
*
macam mane aku tau?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
mau nye tak sayang

sampai jam-meja-tepi-katil pun diletakkan dalam handbeg hakuuuuu
sayang, time kasih sebab keconcernan mu itu

September 7, 2009

Insafnye

Learn from it, korang...dan aku juga :)

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan.
""Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit

"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari.""Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Renung-renungkan, selamat beramal!

Perangai Emak Emak

aku sangat tidak suka akan kenyataan ni
tapi ni yang aku hadapi lately
*
*
*
*
*
semenjak dua menjak, kami pantang nampak pinggan mangkuk yang sale.
sabtu lepas, kami teman mama ke OU and ade warehouse sale for pyrex, corelle, vision dan sume mak nenek pinggan yang lain.
*
Hanya untuk soploh hari saje hokay
*
*
so dengan excited dan muke tak bersalah-sebab-biarkan mama tunggu kat lame lame, kami pilih itu ini dengan rakus.
Sungguh perangai emak emak nak sambut raye ghoman eh
oh!tidak

Home Schweeet Home

last weekend, kami kosong.
*
*
*
HASILNYA

*
**
**
***
sebelum
*
**
**
**
*
pertengahan hari

*
*

*
*
*

selepas siang



lepas tu rase sangat miow miow

September 3, 2009

Oh! Teruja

Singa....Menawan Keluarga Bahagia

semalam berbuka bersama keluarga.
tanpa suami. dikwan jugak tanpa isteri. tiqah masih sendiri. terasa macham dulu dulu. time lum kawin. [ade hati]
gelak gelak dan buat lawak.

macham lame tak jumpe, borak tanpa henti, mulut pun mengunyah tanpa had.

mama ajak balik rumah. muke aku dah laen macham


'alah, takut sangat tinggalkan syahmie lame lame'


eh eh, mama tau ke ape yang aku tengah fikir?


sampai rumah, kitorang tekejutkan papa. sebab birthday dia.

air mata papa bergenang. mungkin tak sangka.

papa

Selamat Hari Lahir yang ke 48 tahun [masih muda dan bergaya]

semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang bagus dan diberkati oleh- Nya


p/s : langsir rumah tak payah beli baru sebab baru tukar time dikwan kawen aritu
[sungguh takde kene mengena]

September 2, 2009

Tiada Motif


Sepanjang bulan pose kali ni, aku makan benda yang pelik pelik. Pelik disini bermaksud makanan yang aku tak pernah makan dalam seumur hidop ni.
*
Tahun ni ialah tahun kedua aku berbuka puasa banyak kali di rumah mentua, so makin banyak makanan dari Kelantan aku melantak la kire nye.
*
Isnin aritu kan cuti merdeka, him ajak berbuka kat rumah mak nye la. So sebagai menantu lindungan Kaabah [wakakakaka], aku munculkan diri seawal lepas siang hari. Sebab nye nak tolong bungkus bungkus makanan yang nak dimeniaga kan
/*
sila datang ke bazaar pekan Pokdiksen, Lot 10
*
Pelbagai makanan Kelantan yang dijual
Gerai dibuka pada jam 5.30pm onwards
*
*
okay, selesai promote
*
*
*
sambung balik citer
*
untuk menu isnin lepas macam macam MIL jual. nasi kerabu, nasi dagang, laksam, lompat tikam dan akok. dia masak sengsorang hokayyyyy...
*
Berbuka kat rumah MIL memang mewah dengan makanan lepas tu cakap anak menantu gemuk..hahaha dan dia wajib buat dessert. suppost dia nak buat poli tapi terlembik pulak sebab tak letak tepung ape tah, MIL aku cakap laju sgt, aku tak dapat catch up.poli tu rupe nye mcm onde onde melaka tapi buat dari ubi dan di gaul dengan kelapa muda dan makan dengan air gule. ala ala mcm kuih lopes gitu.
*
disebabkan poli dah jadi politeknik, dia buat la dessert lain
*
nak jugak buat tu kan.
*
*


SIRA ROTI
*


senang je nak buatnye.
didihkan santan, letak gula pasir, letak daun pandan pastu sira atas roti
mule mule aku tamau makan sebab mcm geli geli sikit kan dah nampak roti tu kuyup kene kuah tu, tp bile dah rase sikit memang dah tak cukup la kan
*
*
*
aku nak la try buat nanti tp tah ape la rase nye kan.