November 26, 2010

Wajar Pilih Lelaki Idaman

Pagi ni aku bangun bukan sebab bunyi alarm clock aku yang paling annoying dalam dunia tu, tapi sebab bunyik sms yang bertalu-talu masuk. Wah, citer nak up je kan padahal 4 orang je yang sms pepagi buta.

Mula-mula malas nak apikkan pasal sms tu, rase nak sambung tido je. Sebab aku rase kalau sms ni untuk benda yang tak berapa nak penting. Kalau penting saaaaaaangat, terus call. Huh, boley? Tapi kalau sampai empat kali berturut-turut dan henpon aku ni akan bagi notification 2x (kalau tak bace sms tu lagi) maka empat darab dua terjadilah lapan kali bunyi dentingan syiling kat lantai dengan bunyik paling maksimum. Ye, ringtones sms aku ialah bunyian syiling jatuh kat lantai. Nyaring sangat ye. Stylekan? HAHAHA.

Aku rajinkan diri dan sambil kecik-kecikkan bijik mata nak tengok benda alah ape yang disms kan itu. Surprisingly, semua sms berbunyik benda yang sama. 'Glamer la nok, masuk paper'. Apakah?

Jadinye aku baru ingat yang aku diinterview oleh salah seorang sahabat yang berkerja kat Berita Harian dan sumpah weh aku taktau pulak dia nak pilih gambar ni dan gambar dia agak close up dan besar ye. Laki aku pun menggelinjang suke sebab secara tak langsung gambar dia pun diinterframe kan jugak. Hahaha. Laki bini jakunkan, camni la ghoman eh

Nyah, kau dah femeskan mak nyah. Susahlah hidup mak lepas ni, semua orang gelebehkan baju kat bahu mintak sain. Mak kene beli pen dakwat kaler-kaler kat Mydin la buat stok dalam handbag. Dan korang boleh mendapatkan sotkabar ni kat kedai mamak yang berhampiran, pi kat sisipan Ratu ye. Aku izinkan korang nak laminate atau pun framekan pasal isu ni. ;p

Dan sepanjang hari aku akan tersenyum.;)

November 24, 2010

Tonton berulang kali



Ni la keje aku sepanjang minggu ni. Dari pagi sampai ke petang kot. Dok ulang-ulang menda yang same. Sangat comel dan cantik. Dah ghoman lesbo lak aku ni hai. Dengarnye nak datang Malaysia, bleh la sesape belanje tiket nye? hehehe

November 22, 2010

Hai, nama saya Rain

Aku tak pernah ade binatang belaan. Tak pernah suka nak bela kucing, arnab waima ikan sekali pun. Dulu mase sekolah rendahkan cikgu paling suke suruh buat karangan tajuk Binatang Peliharaan Saya, aku selalu lari tajuk. Taktau macam mane nak berimiginasi benda yang aku takde. Kesan eh cikgu tulis TERPESONG dengan pen dakwat merah. HAHA.

Pastu mase duduk serumah dengan kengkawan mase study dulu, aku buat salah. Kawan aku sorang ni bela ikan emas, pastu pesan suh bagi makan ikut time. Aku jawab OK dengan nada girang. Excited la kan sebab never in my life bela binatang. Ok, lepas kawan aku pi kelas, aku mule la tabur makanan dalam mini aquarium tu. Si ikan emas ni pulak aku perhatikan buruk melantak, aku tabur, dia ngap, aku tabur, dia ngap sampai ke sudah. Pastukan esok pagi nye, kawan aku menjerit kecil. Ikan emas dia yang bulat tu terapung-apung comel je yang macam style kite apongkan badan dalam pool tu. Mati la jawabnye tu. Rupenye ikan emas ni memang tak reti nak kontrol makan. Buruk mentekedarah la kau.

Hari Jumaat lepas macam biase la aku meniaga macam biase. Pastu datang seekor kucing yang agak manje dok melepet celah kaki dan pastu pi kat kerusi berdekatan untuk tidur. Sangat jinak tapi aku bolayan. Bile dah tengah malam nak tutup kedai, hujan turun melimpah ruah lebatnye, kucing ni bleh layan tido lagi pulak. Aku kejutkan dia and campak kat luar kedai, kok berak terabur kang jadi keje lak nak bersihkan. Pastu dia buat muke sedih sambil meow meow. Oh hati, toksah kau nak lembut. Aku jeling, dia meow meow lagi. Pastu incik suami boleh pulak pujuk nak mintak bela bagai. Makin lame makin sayu lak,terus aku bawak balik.

Dalam kereta kemain aktif, kedepan kebelakang. 1st stop sebelum rumah ialah 7 elevan. Beli makanan dia dulu la, mesti dia lapa

Sampai rumah, lagi la dia heran kot. Menyusup nyasap dalam rumah sampailah aku sua kan dia dengan makanan eh. Senyap. Pastu memang cepat la aku update twitter. hehe. Dah ade 'anak' kene la ade name. Sempena hujan rahmat yang menemukan aku dengan dia tadi, kitorang name kan dia RAIN. Comelkan?

Esok tu excited lagi. Pi kedai Pet and belikan dia rantai leher. Kaler pink sempena jantina perempuan. Ouch, comel-ness. Keluar dari kedai tu kene jerit dengan abang ipar yang bawak kereta yang ghoman nak membaham orang. Terkejut mak..

Ni hadiah dari mummy. Mummy beli RM5 je kat bundle. Buat alas kaki mase tido tapi sebab Rain berkenan sangat, mummy bagi je la buat Rain cakar-cakar kalau geram

Ni keje dia kalau aku tengah mengadap TV atau lipat baju. Takde la tempat lain dia nak port kan, celah lemari jugak pegi nye. Ni aksi lepas aku mandiakan dia pakai syampoo clear. Haha, baru la wangi. Rain oh rain, makin hari makin sayang.

21hb Nov 2010

Semalam harijadi si dia yang ke 28tahun. Kira macam aktiviti tahunan la kira nye. Seminggu sebelum aku dah google macam machammm. Kat mane nak belanje dia and so on. Mase aku nye dulu tak diapikkan pun. Pfft.

T_______T

Semalam, lepas wedding je terus gerak. Eh takde la kental macham tu. Lepak-lepak and sempat lipat kain sambil layan Jangan Pandang Belakang Congkak yang macam cilake jugak seram dia, baru la gerak pi KL. Hari Ahad lak tu, masakkkkkk. Slow mooooo okay kat highway. Tapi lepas KM255.5, semua bawak kereta macam nak membaham. Tekan minyak cecah lantai.

Sesampai ke destinasi dan jalan bergandingan ke tangga bergerak, aku dah gelak terbarai. Dari PD ni poit. Macam tah hape-hape. Aku bajet kalau pi minggu depan dah macam tak syok la. Macham macham lak hai.

destinasi bajet kali ni ialah Delicious. Plan tempat lain tapi sebab saka dalam badan dah menurun, badan dah gigil-gigil maka kaki melangkah je lah masuk mane-mane yang dekat.

Ni belum order makan lagi ni tapi birtday boy dok heboh tuk tak tuk tak nak foursquare dulu. Heboh nak jadi Mayor and dapat badges. Takpe, hari dia kan..takleh marah-marah ;)

1st time datang sini. Selalu dok tengok dari dinding kaca luar je. Tempat dia cantik, untuk lepak reramai memang suitable. Staff pun sangat friendly. Tempat pun cozy, memang sedap tido la lepas makan.

Chocolate Mocha

Blueberry Shake

Mama's Beef Bolognese Cheese Spaghetinni

Tah hape name burger ni, panjang sangat

Onion Ring

Lame jugak amek mase nak order weh. Sebab takde gambar so tak dapat nak imiginasikan macam mane la bentuk makanan tersebut. Main agak-agak je la dan takde pulak tanda thumb up untuk makanan yang direkomenkan. Sukar.

Kalau bagi kami berduet dalam album makanan korang memang setel la. Nak-nak pulak kalau hantu raya dalam badan dah meroyan. Haha



Takde makna kalau takde kek mase harijadi [kononyeeeeee]. Maka pemilihan dessert yang so called kek ni dibuat oleh individu yang belanje.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suko hati. Eh, apsal muka tadak sinyum? ohh..hadiah eh tak beli lagi. Later ye.

Happy Birthday sayam. Semoga DIA permudahkan perjalanan hidup dan rezeki U. Amin. ;)

November 19, 2010

Simpan saka ke aku?

Tup tap tup tap dah masuk hari Jumaat. Penghulu segala hari. So ape yang korang dah buat sepanjang minggu ni? Apa achievement untuk diri sendiri? Dok pandai tanye orang pulak sekarang. Yang aku dok achieve tang makanan je ni ape kes? Nak kate mengandung, big NO! Tapi lemak dalam badan yang mengidam nak tambah cawangan. Hehehe. Oh, bagi sesape yang lemah semangat untuk tengok gambar seterusnye ni, sila klik ikon X kat atas tu ye. Ni amaran awal ni. Kang ade yang tumpah darah lepas ni memang aku tak bertanggungjawab. Hehe



Haaa..terkejut? Bagi yang baru selesai wat sit up 100x tu mungkin mengucap panjang tengok gambar ni kan. Tu belum rase lagi...sedap tahap maksimum. Mak aku cakap kalau makanan tu sedap, si pembuatnye ikhlas masak. Ikhlas nak share aroma dan rasa makanan tu dengan si pembeli. Agak logik gak kan. Kalau datang sini, korang bleh beli kat Kedai Sukand Nasi Ayam dengan harga RM1.20. Kedai tu bebetul depan roundabout kat pekan PD tu. Tapi pagi je ade tau.

Selesai melantak time pagi dan diikuti lak dengan cappucino panas memanglah terbaik. Lepas tu kau rase mcm pakai alat sauna bergerak. Melekit lah badan dengan peluh.*sekolah aku nye peraturan kene pasang ekon selepas waktu rehat saje*. terbaik!

Opssss lupe nak bgtau. Tadi aku beli dessert sekali. Yela, nasi lemak tu secoit je, mane nak kenyang.


Hambek kau. Pulut sambal aku beli. Dessertkan. Bahahahaha. Tapi aku makan pukul 11am tadi. Kasi nasik lemak mendap dan buat lapisan baru celah peha. Baru sekali ngap, aku dah nampak bantal kat depan mata. Aduhaiii..banyak kali ngap aku kene habiskan ni. Mau aku nampak set bilik tido terus lak ni. Takpe, hari ni rehat lame. Harus ambik kesempatan. Teheeeee~

Ok peeps,selamat hari jumaat dan selamat mengadap weekends. Looking forward for this weekend sebab birthday sidia. Punah lah poket. Hehe.;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

November 17, 2010

Juadah Hari Raya

Orang Malaysia ni memang suka makan. Bile buat kenduri pelbagai hidangan dimasak. Apetah lagi time raya. Walaupun hanya Raya Haji, tak bermakna takleh nak buruk mentekedarah. Nak-nak pulak bile beraya bersama keluarga tukang masak. Memang punahlah diet bagi mereka yang berdietkan.



Ni menu seawal pagi. Lepas solat raye berdesup pi umah mokcik yang memang tukang masak. Kalau datang PD pastu tersinggah makan kat kedai Mak Mah kat bawah masjid ataupun tepi jalan bypass, tu kedai dia la. Masyukkkkk weh kalau datang makan-makan umah dia. Cakap je nak ape, terbentang luas. Hehehe



Ni pulak kudapan mase tengah tunggu lembu nak lapah. Kudap n gosip memang seiring. Makin laju bergosip makin laju mengudap. Sedap gile. 50bijik hanya RM15.



On the way orang sibuk melapah daging, aku dok sibok menyuap untuk 2nd round. Haha. Walaupun menu ni selalu MIL aku buat kat kantin (mil bisnes kantin sekolah), tapi tetap sedap. Name pun raye, juadah mcm ni mmg wajibkan.



Dah petang sket, yang dinanti telah tiba. Jeng jeng jeng...letak kuah kicap dan perah limau sebijik, memang senyap terus. Tapi aku mampu hirup sup je lah, yang lain tu laki dok perahihkan. Tak larat mak noks. Tengok orang lain makan pun dah buat aku menyandar kekenyangan.



Bila perut dah kenyang, mata dah kene tampung dengan mancis api maka aktiviti melawan menguap itu penting. Haha. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang diberikan. Burppppp..



- Posted using BlogPress from my iPhone

November 16, 2010

Selamat semuanye

Malam raya dan aku digerai. Ade cina meninggal kat area ni. Semua sanak sedare eh parking keta kat sekeliling stall. Nampak meriahlah stall aku malam raye macam ni.

Mama dah call, bgtau rendang dah siap tapi anak semua raya umah mentua. Pecah hati dengar tapi takpe, esok anakmu balik wahai mama. Moh kite gaduh laju-laju. Haha

Gendang kat umah cina ni makin bingit. Rasa nak marah tapi kate 1 malaysia, kene hormat jugak Agama orang lain. Tapi yang main gendang tu orang Melayu beragama Islam. Boleh ke? No komen.

Dari usai maghrib tadi kengkawan kat twitter heboh cakap dah dengar takbir raya. Aku tak puas hati sebab belum dengar, takleh nak rasa sayu ovah. Macam mane nak dengar kalau bukak fly.fm dol! Ok, aku tukar jadi era.fm, setengah jam lepas tu takbir berkumandang. Sayu sesayu hati ikan bilis. Ok, puas hati.



Dinner malam raya. Syahdu mak noks.

Selamat Hari Raya Aidiladha ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tiba-tiba rindu

Hari ni kat sekolah ade van kesihatan datang. Rupa nya nak agih2 kan susu sekolah. Alah yang mase kecik-kecik dulu dapat sorang 2 kotak. Lepas tu kan senyap kejap sebab heboh budak-budak minum jadi muntah belilah, cirit birit and plg worse tengah sedut baikkkk punye terase ade benda alah kecik2 masuk ke rongga mulut. Sekali nampak ulaaaaaaaat. Aku tak tau la betul ke tak sebab aku tak penah kena yg sedemikian rope. Aku minum dari darjah 1 sampai darjah 6 ok je. Makin sihat je aku. Hahaha

So bile dah last nak sekolah ni ramai cikgu yg sibuk. Maka aku ditugaskan utk agih2 kan susu tu pada murid sekolah. Aku dapat darjah 1. Semua comel dan rase nak picit2 je diorang. Haha



Aku pun dapat la sekotak. Aku simpab sebab minum mase sejuk la sedap. Teringat mase dulu aku rela tak minum mase rehat dengan kawan-kawan sebab nak simpan bawak balik rumah. Kongsi minum dengan adik-adik. Mak aku salu pesan, sikit sama sikit. Tibe-tibe rindu dengan adik-adik aku lak. Takpe, esok kan raye, bleh jumpe.

Susu ni aku simpan bawal balik rumah, kongsi dengan suami.;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

November 14, 2010

Melepet poit

Hari ni hari ahad. Aku balik semban lepas lameeeeeee dah tak balik kot. Sebelum tibe tibe tengah goreng burger kang aku mengeras jadi tugu, baik aku balik. Mane tau tetibe mak aku nak sumpah anak anak dia yang tak makan saman ni kan. Lepas golek gelantang kat hall dan terasa diri ni belum kawin dan lepas tolong mak aku masak lauk dinner pukul 4.30pm, aku mandi mandi n siap kene paksa makan malam lauk yg dia masak tadi. Padahal jam baru tunjuk pukul 6pm ni weh tapi dah kene paksa kene la telan. Cuaca kat luar mmg sejuk dan gelap sebab hujan dari tengahari tadi tak henti2.

Bile dah masuk kereta nak balik, mak and ayah aku dok buat muke sedih balik gate. Pecah hati aku. Lambai2 and berdesup. Bukan balik PD terus, melencong ke JJ. Humang aiii terasa heaven lak dapat jenjalan. Jakunkan. Ape lah ghoman eh kalau aku dok KL, mmg serata pelusuk mall aku jelajah kot. Hahaha. Jakun!

Skang ni kalau kat Seremban memang JJ la paling in. Bile orang tanye 'kau lepak mane'? Bile jawab JJ tu kire gempakkkkk la. Hahaha. Yelah, takkan la kau nak lepak Tan Brothers lak kan? Beli tracksuit mase darjah 4 dulu bleh la poit lepak sane. Haha. Cut the crap. Aku nak pi JJ bukan sebab dia in ke ape tapi sebab hujan jadi amat nyaman dah enak kalau boleh lepak Stabak hirup kopi panas dan layan wifi. Ahh kopi je kan, kat mapley pun kau bleh beli bergantang. Tapi sebab aku dapat kupon air kopi sebanyak 2helai maka jangan nak jaki. Toksah nak dok kata aku sapot yahudi mabuk sebab lepak sini. Yang kau isap rokok sampai bibir hitam legam tu ape kes pulak? Huh! Emo.


Lepas dapat kopi idaman, carik port baekkkk punya yg dekat dengan plug. Kok kang tengah heboh stalk twitter azwan ali, bateri lak kong kan. Jadinye langkah keselamatan perlu dipratikkan. Hahaha


Sebab tamau nampak very the harapkan kupon free je maka aku pun order la kudap kudapan yang paling gebu among yang ade. Name eh summer stack. Mungkin sebab buah buah yg bertaburan tu nampak mcm tengah summer kot. Haha. Kalau kau hulurkan J card, dapat less another 10% ye noks. Nasib baik sedap sangat sampai rase nak mintak resepi je kat diorang.


Tapi kau ingat cukup ke dengan mengkudap musim summer tu? Tentu la tidak. Tambah pulak dengan yg ni. Ni beli kat bakeri depan tu je. Cheese eh melampau tebal poit. Lepas tu rase tebal tebal kat lelangit.



Misi lepak sampai lebam sambil guna wifi berjaya. Lepas ni bleh repeat lagi.;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

November 13, 2010

Habis la




No komen lah!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sabtu saturday

Hidup adalah heaven dan ceria bila dapat duduk longut hadap tv dan tonton feveret tv show aku like ugly betty, how i meet ur mother,ANTM cycle lapan puluh juta, MTV attack dan paling terbaru pasal Scary spice nye life tu. Ohhh semua citer omputehkan, dahhhhhh citer melayu takde yg merangsang jiwa nak aku tengok. Harapkan malam kang je la, cerekarama. Tu pun kalau drama dia best, kalau kedaung harus aku hadap Astro yang semakin naik lemak ni.

Dan hari akan tambah menarik kalau tekak dipenuhi dengan makanan yg berunsur minyak. Cube cakap benda berminyak ape je yg tak sedap? Bak kate Chef Wan, makin minyak makin sodap. Ahhh sesuka hati je aku nak reka quote kan. Haha


Jadi pagi yg sepoi sepoi cuaca nye ni aku buat brunch yg ikut selera aku. Sume instant dan campak campak. Senangkan nak jaga aku ni. Kelentang kelentong mengalahkan masak briyani gam sajok. Haha.

Ok, enjoy ur weekend.;)




- Posted using BlogPress from my iPhone

November 4, 2010

Dia pun nak jugak

Semenjak pakai semak fon ni mule la tangan tu gatai nak downloads itu ini. Dari elok-elok tipon tu tahan bateri eh sehari setengah, skang ni nak bagi dia sehari pun susah. Pastu dok memekak cakap tifon dah rosak sebab makan bateri. Serious weh, memang ingat tifon ni dah rosak pastu lap air mata sket sebab hiba. Ye la, 1st time jakun pakai tifon mahal pastu takkan dah rosakkan. Duhh..

Bile dah kene sekeh dengan laki sendiri baru la nak sedar diri. Yang kau tenyeh segala mak nenek dalam tifon tu, kok selagi ade ruang, kok selagi Maxis tak bingit hantar sms cakap aku nak bar line ko ni sebab dah lebih limit kredit, kok itu kok ini..memang la cepat mamfus. Haha

Pastu sume benda la kau nak register same kan. Twitter la, Thumblr la..tah hape menatang eh tu. Tapi biasela kan manusia, bile orang ade, kau pun nak ade jugak hampeh. Kengkonon nak ikut trend semasala. Bila orang sibuk bercerita sok, kau bolehlah mencelah sekali betau kau pun haderrrr..hadeerrr aku kesah ke? Hahaha

Semalam kawan aku suh follow azwan ali yang dah tukar name ke azwannurr lepas balik dari Mekah. Oh, nasib baik tiada sumpah seranah yang hover dalam twitter eh. Pastu eh, dia balas twitt aku pagi ni. Terasa hangat dado den berombak-ombak hamboi hamboi hamboiiiii..Hahaa

Ok, sape nak follow aku just taip ciktudungmerah ye. Takde ape yang menarik, cume kadang-kadang termeluahkan rasa. I followwwwwwww...

November 3, 2010

Three Eleven

aku tak ingat pun tarikh hari ni. 3hb November 2010.
Tengah malam tadi time nak tido, ye aku mengantok gile malam tadi, sayup-sayup aku dengar dia wish Happy Anniversary. Tersentak dari tidurku.

Ohh, yelahkan..dah 13 tahunla. 1st day PMR, paper BM lak tu. Padan muke bile keputusan keluar dedua dapat 2A je. Mase tu aku nak menangis hape memang nan hado la kan, sape suh gatai. Kekeke..

Takde ape yang nak aku citerkan lagi. 13 tahun and keep counting..Insyaallah. Walaupun dalam masa 13 tahun tu banyak selingan yang lain since relationship ni on and off. Tapi bile Allah tu dah cakap jodoh aku dengan dia, memang betul la kan.

Dah 2 tahun mengemudi hidup dengan dia. Tiada siapa pun yang perfect kat dunia ni, jadi kami terima each other seadanya. Aku pernah bace satu quote ni ' Kite sayang orang dengan kelemahan dirinya dan kite kahwini orang dengan kekurangan dirinya'.

ILUSM.

Jay Bee katernye..

Macam yang aku plan, trip ke JB berjaya. Walaupun hanya dapat bermalam untuk sehari je tapi ok la kut, dari takde ape2 langsungkan. Boleh bagi rate pun dalam 7/10 sajok sebab ade a few tempat yang aku plan tapi tak sempat nak habiskan. Nak extend cuti memang tak dapek la jack.


Skang ni aku tgk macam acara wahjibulghunnah amek gamba dalam kereta yang kengkonon dalam perjalanan pastu cepat-cepat haplod kat fb dengan caption off to mane-mane kau nak pegi la. Jadi aku pun ikutla trend yang tengah in tu kan. Hehe

Bile bawak baby berjalan, kite kena tau bile waktu makan dan tido mereka. Kalau kau miss salah satu benda tu, boleh membawa kepada bencana yang hebat wooo.Bencana ini bermaksud seperti muncung sedepa ataupun kesunyian dalam kereta seperti kau sensorang je berada dalam kereta tu.Jadinye sebelum ke mane-mane, make sure dia mendapat keselesaan secukupnye sebelum meneruskan perjalanan.

Perut sudah kenyang, GPS pun betul. We are in the right track bebeh..

Kater pun mini honeymoon jadi perlu la pilih name hotel yang melambangkan suasana honeymoon jugak. Haha. HotelKozi ni adalah antara hotel budget yang ade website. Memang pilihan yang tepat sebab memang kat area Danga Bay tu saje.

Ni name eh Deluxe Room. Cukupla kot untuk aku berdua. Interior bilik yang cantik dan memuaskan walaupun hongeh naik tangga ke tingkat 2 belum habis lagi. Kau bangun tidur sok terkejut mulut jerung tengah menganga pandang kau dari celah dinding, mane tau kan. Sape suh dia buat kertas dinding permandangan bawah laut.


Lepas golek-golek ala kadar kat bilik sambil melayan fb dan segala mak nenek internet menggunakan wifi tanpa batasan, siap-siap dan terus menuju ke City Square. Kenapa City Square? Sebab dia nak pi kedai rare stuff, crosover name eh. Lepas penat pusing sekeliling yang kadang-kadang aku tanye diri sendiri yang aku ni kat Jepun ke kat JB? haha. Ramai pulak budak muda remaja yang kawaii wannabe. Zaman aku dulu takde benda-benda mcm ni. Huhu. Lepas habis dah ronda, guna GPS and call budak JB untuk tunjuk arah ke Pasar Karat. GPS bagai and ikut je directions tu and taraaaaaa...heaven doh.

segala macham benda kau boleh jumpe kat sini.

korang addicted to swatch? dari zaman aku nye collection pun hado. RM80 saje dan masih bergerak weh dan siap casing. Yang takde casing tu RM50 je. heaven kan tu?

Jalan punye jalan, aku jumpe ni. Memang perfectly suit me well, aku suke, dia lagi suke nak keluarkan duit. Haha. Tapi kejap-kejap aku terbayang citer drama hantu yang salu kat tv tu tunjuk kalau beli barang antik nanti hantu dia ikut balik rumah. Nak ke kau? Kang tak pasal, ade pulak orang belai rambut aku time tido kan. Seram pungkoq aku nyah..

Mamat tu adalah item paling rare. Kalah kut barang-barang yang dia jual. Rambut dreadlocks dia panjang tapi aku tak pi la dekat-dekat nak bau. Hapo jadah eh lak.

Mesin jahit ni memang antik gile. Asal la aku tak rembat kat umah uwan dulu. Kalau tak mesti aku leh meniaga kat Pasar Karat gak. Hehe

Hello..hello..ismet disini.Ya ya..jual..jual..Hhaha

Ni kalau dapat kat cikgu sekolah yang kejutkan murid yang taknak bangun Subuh tu memang terbaek la kan.

Uncle tu siap buat demo lagi. Nak tunjukkan yang telefon ni masih boleh digunakan lagi. Tapi harga eh RM2,300 dan negotiable. ;)

Kau nak Bally? Ferragamo? Chanel? semua ade wok. Pandai tak pandai je la nak carik and the size sume petite saje. Racist pade kaki plus size. Haha

Jalan punye jalan, termasuk lak lorong ni. Kat belakang tu ade persatuan Cina tengah bertai-chi. Nak pi sane mcm malas, so amek gamba kat lorong yang rupe mcm Jonker Walk ni saje la. Lepas tu pi makan kat Singgah Selalu yang berhadapan dengan Danga Bay. Ramai cakap sini best. Takde sup tulang merah diatas sebab-sebab tertentu. Kat singgah selalu ni batery hengpon dah merajuk suh mintak charge. Maka memang nan hado la nak amek gamba. Makan kat situ memang best, makang free memang selalu best. Hehe.

Lepas makang, ronda-ronda Danga Bay and bundle kat situ. Ahhh ferasssss la sebab pi tahun lepas macham ade pasar malam kat situ tapi la ni kosong sesaje..macham dah tak happening. bosan.

Leaving on a jet plane @ 1pm.

Brunch kat Kedai Bamboo name eh. Seketul tu 60sen tapi nasib baik sedap. Ok lor..plan nak pekene cakoi depan Petronas BBU cancel jugak sebab pukul 3pm lalu pun tak bukak-bukak.

Bedebom nak pekene asam pedas bukit cina bagai memang tak kesampaian langsung sebab pehnat. Mase lalu simpang ke Ayer Keroh, sepi bunyik cengkerik. Kosan eh, singgah RnR jejantas saje. Meal wajib kalau pi sane. Makan laju-laju sebab KFC blackout. Haih..

Around pukul 7pm safely touch down tol PD- Seremban.
Rindu.