November 30, 2009

GP yang dah basi


*
disebabkan usb cable him dah hilangkan, maka segala gamba memang aku peram saje dalam camera ni walaupun banyak kali bercamwhore. so semalam gi PC Fair yang tak berape fun fair tu, maka ade jualan lelongan di sana lalu aku berjaya merembat card reader dengan harga RM4 sambil berdoa dalam hati supaya menatang ni bukan benda rejek..huhuhu..
*
maka dengan ini, aku amat excited menguploads gamba yang dah kusam time moto gp aritu..haha
* hujan rintik rintik tp kami tak patah semangat walaupun parking sangat jauh
**
orang lain sumbat earplug, aku sumbat earphone
*
*
promote sikit..baru launching time tu. tah hapo ghaso eh..
*
*
orang dah nak balik, aku terkulat2 baru nak berpeluh
*
*
u rock la uncle
*
*
so so so stylish la diemmm
*
*
jinbara, anyone? haha
*
*
bile dah jumpe artis pojaan, harus la camwhore lagi
*
*
ye..sangat cekik darah nak mampus. awat kerajaan tak heboh lak pasal ni eh?
*
*
makan dan minum tah kali yang keberape..kopak gile. burger paling murah kat KFC, kat sane dia jual rm5 sebijik...tensi abis..
*
*
duduk dulu, keringkan ketiak..hihi
*
*
ed hardy sponser ke kak?
*
*
sessi pengeringan ketiak selesai
*
*
aku rase dia ni pun ed hardy sponsor gak la
*

*
orang yang ditunggu2 dah tiba..histeria!!*
*
*
ketiak melengit, baju lencun = satisfied

November 24, 2009

Oh U!

You can see my heart beating
No you can see it trought my chest
That i'm terrified but i'm not leaving
Know that I must past this test
So just pull the trigger

*
~russian roulette by rihanna
*
*
enuff said..im totally addicted.
*
*
jasa mu di kenang sebab tolong downloads kan laghu..hek hek..

November 23, 2009

Mak Yah the LEGEND

*
ni cume nak tolong promotekan kedai mak mentua aku saje. Sabtu lepas secara rasminye kedai Mak Yah the Legend mula beroperasi. Lokasi nye di tapak pasar lama PD, bersebelahan dengan BOMBA [perlu ke aku capslock?], no kedai ialah 10. ala ala LOT10 gitu..eheh..coi sungguh.
*
sabtu lepas ade la buat makan2 sikit untuk orang mesejid, rakan2 sepeniagaan, pelanggan2 tetap dan sape2 je nak datang sebenarnye. tp aku tak involve sebab KEJE, kalau tak mesti dapat mentekedarah macham biase. ha ha ha
*
sebab tak dapat pegi on Sabtu, maka siri penjelajahan dibuat pade pagi Ahad. mood pade hari tu agak swinggy jugak ler tapi wat muke cool..hehe
*


*
ghoman kedai dari bahagian depan
*
*

*
cun kan kombonasi kaler. sangat schuweeettt macam yang tukang cat tu jugak.
*
*
*
yang pegang pelastik tu la tukang cat nye. schuweeettt kan? ho ho ho..
*
so kedai ni akan dibuku tiap hari sepanjang cuti persekolah ni la. hanya kaum adam saje yang akan jage, kaum hawa leh dok rileks kat umah.hehe. abang ipau aku kate, dah 28tahun MIL aku dalam bidang masak memasak ni. bukan nak puji mak mentua sendiri la, tp semua benda yang dia masak memang naik angau woooo..even dia masak nasik goreng bodoh pun, aku leh tambah 3 kali. uish..terlebey suda..
*
ok, menu menu yang disajikan lebih ke arah negeri cik siti wan kembang. ini disebabkan beliau berasal dari negeri Lindungan Kaabah tersebut. so tiap pagi akan terhidang lah nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, ayam rendang, gulai ikan, mihun goreng dan sebagainye.
*
jadi kepade sesiapa yang singgah ke Podiksen, sudi sudikan la menhadirkan diri ke kedai Lot 10 ini. kalau ade GPS lagi senang tapi google map pun okeyy apeee..leh tgk kat sini
*
renung renungkan lah dan selamat beramal..hik hik

Si Dia..

*
21 Nov yang lepas ialah besday him. so macham tawun lepas, tahun ni aku nak wat sepe-rise tiup lilin jugak. so mase on the way nak balik ke rumah, dah la balik lambat, hujan lebat lak tu, aku redah kan jugak nak ke resepi rahsia kat Lukut. just beli sepotong untuk dia dan brownie-yang-tah-hape-nape-dia-tapi-sumpah-sedap.
*
okay, sampai umah line clear..dia pun tak balik lagi. aku susup sasap masuk umah dan terjah peti ais. letak kotak kek kat department veggie sambil punggah barang lain sebab kemain la nak suruk kotak merah tu.
*
tunggu punye tunggu, empunya badan pun balik. tersengih2. tah hape hape. laki sape la ni. hehe. tengah sonok borak, tibe2 dia cakap nak cek ape ade dalam peti ais. dem! nyampah sangat sangat aku rase time ni. tak reti berlakon sungguh. rase macam huruf L yang besar tengah bersantai atas dahi aku..haha
*
*
*
buat muke nakal sebab berjaya serbu sebelum time yang sepatutnye.
anyway, happy 27yrs besdaaaaayyyyy..wek!wek!love u

November 19, 2009

To be..Or not to be?


*
hati berbelah bagi. dulu dah pernah dapat sekali, aku tolak mentah2 sebab kesian dengan department aku yang tengah kucar kacir time tu. ni dapat lagi, mama cakap musuh jangan dicarik, rezeki jangan ditolak. tapi takut. takut nak mintak cuti. haih...

November 18, 2009

Dancing And Crying

*
*
ipod + David Guetta = im on hiatus

Bliss

*
*
sizzling yee mee + alone + makan laju-laju = ketenangan yang bukan senang nak dapat

November 13, 2009

Hari Jumaat

*
ewah ewah...sekejap je Penghulu segala hari dah muncul balik kan. esok da nak pun cuti, pastu kejap je masuk senin balik.aiyoo aiii..
*
speaking of hari jumaat, aktiviti malam aku bersama him adalah merumba rumba di mane saje. gi tengok wayang ke, gi lepak dengan kengkawan ke, gi bundle ke [eh tu kemestian noks] tapi sejak dia muncul, aku bantah kalau nak keluar jenjalan awal awal ni. seboleh boleh aku nak habiskan manatap dia dulu. nak tau ape kesedihannye kali ni. ape kebodohannye kali ni. ape yang aku leh adore kali ni.
*
ape benda eh?ape lagi..citer NUR KASIH la kat TV3 jam 9.00pm. ngeh ngeh ngeh..aku rase aku da addict nak tgk si adam. ewahhhh...ngeeee~
*
tapi sambil tengok dak adam, tak best la kalau takde acara makan makan. ape eh nak buat malam ni. takkan nak buat american dinner lagi? aku tau him jenis ngap sume benda tapi macam bosan pulak. tang tu akan ku asah kepala otak aku ni jap lagi sambil browse blog memakan. hehe
*
ah tak sabar nak jumpe adam...

November 10, 2009

Hujan = lapar


lately asik hujan je kan. mesti monsun timur -laut dah kembali menyerang. bila hujan, mesti sejuk kan, bile sejuk mesti lapa kan..hahaha
*
so sebelum aku naik hantu kat office, baik aku bawak ape yang patut dari umah dan simpan dalam ghobok berhantu aku ni.
*
tah sape mengajar aku lunch pukul 11.35am kan, tu pun makan wantan mee je..menjelang petang perut aku yang ala2 kim kardashian ni dah mengaum.
*
nak gi cafe, malas nak menapak. hujan kan. tibe2 ghobok hantu aku. lupe lak, semalam aku dah bawak bekalan mayday mayday tapi tak diusik.

*
ni lah hasilnye. mushroom soup brand vono siap dengan mug, dapat free aritu sebab beli banyak2 dan 3 slices of gardenia bread. roti tu baru la, aku tapau letak dalam contained plastik tu je. lepas tu menyuap pelan2 sebab takut habis cepat..haha..kat lua hujan lagi..
*
skang tengah fikir ape lagi nak bawak untuk sempitkan ghobok aku ni.

November 9, 2009

Bakpo gak baloh gini mo nih..

*
ore oyak doh jange dok baloh, baloh smace..mo nok baloh gak..aweee...donde donde..pak pung..pak pung..hahaha..tibe2 aku teringat time kene belajar Makyong mase kat Uitm dulu. tiap kali ade kelas makyong, aku rase mau pitam. bukan saje kene menyanyi, siap kene joget sekali abe wehhh...
*
tapi aku bukan nak citer pasal kelas makyong ke ape, tapi pasal Piala Malaysia 2009. aku laki bini bukan peminat bola pun. atleast him tau jugak la name player ect tapi aku ni paling hampeh sekali. hahaha.
*
sabtu lepas, kitorang bosan. stucked kat PD tatau nak buat ape. tibe2 kawan him ajak gi tgk wayang. THAT IS IT. ramai cakap best, even boss aku pun cakap best gilos. erk..ok, kene pegi tgk ni. lagi pun last wayang yang aku pi tgk ialah papadom. plan gi tgk kat TGV je la even the sit was soooo not comfy compared to MBO. belasah je la. wayang kul 11.25pm, perut dah mendengung semacam, yela..last makan tengah hari tadi time kenduri kawin kat Bukit Jelutong pulakkkkk tuu..lepas cek victory pun tutup sebab Piala Malaysia kut [haha], kami beralih ke siang malam seremban dua.
*
kami amik port depan tv which is the view was fiftyfifty clear and time ni la tibe2 aku kene sampuk dengan hantu bola. mcm excited pulak lepas N9 dapat sumbat gol yang kesatu. adrenaline rush weh that time.
*
bila gol yang kedua, camera start tunjuk ketidakpuasan hati penyokong Kelantan. dorang dah start baling mercun, bakar kerusi, bakar banner. bakpo la gini gak. selama ni sesetengah org da ada negative thought about kelantanesse, jadi pulak incident gini.. really not helping. . nk menang guano klate dok nunjuk pranga gedebe
*


pix credit to kosmo
*
extreme sangat football kat negara kita ni kan. atau penyokong negeri tu saje yang extreme? tapi agak nye kalau dah ramai2 tu, semangat kenegerian tu jadi over agaknye, over isim. haha
*
tapi aku lupe yang him kan orang sinunnn..tp heran gak mase N9 yang jaringkan gol, dia lak over dok sorak. nak je aku nyanyi lagu makyong kat telinga dia.
*
dalam tak minat bola ni, rase kagum dan megah jugak la sebab lepas 61 tahun, dapat bawak balik piala tu ke sini. best la kau rita rudaini oii..haha

November 5, 2009

Hangen betul..

*
bile dah bukak dashboard blog, takde idea nak cerita ape. Damn!

November 4, 2009

Jiwa Kacau lagi sekali..

*
tahun 2008 aku penah kene saman dengan JPJ. time tu masih berscooter. roadtax mati time tu tapi redah je bawak gi keje. oh! keje kat melaka lak time tu.
*
dan sekarang aku baru perasan lesen dah 2 bulan kiok. terperasan pun mase tengah belek2 ape yang banyak benda dalam purse ni. sekali keluar..haaaa..hambekkkkkk ko. terus rase takut. automatik feeling eh..
*
hari yang lepas lepas aku ke post office, dengan muke eksyen ' cik, saya nak hidupkan lesen'. bagi IC, tunggu seminit, minah kaunter tu pandang aku, tunggu setengah minit lagi, PAP!! dia suruh aku ke JPJ terus. ade saman kate nye. rase mau pitam. rase nye aku dah bayar time hidupkan roadtax motor awal tahun aritu.
*
tadi si suami dah bising bising pasal lesen. aku bukan buat2 lupe, tapi terlupe sangat..mak enon kate nye. arwah dahhh...
*
sebab takut yang melampau, terus call talian hayat JPJ, try bukak laman web nye tapi semak gile. ah, alasan..sebenarnye bute IT. hahaha.wah..incik tu suruh pulak call Mahkamah Melaka. kepala lutut dah gigil. tibe2 orang tu tanye pasal PTPTN, cane? dah double pulak kene saman kang..haha..aku masih berlagak cool..
*
call la nombor yang incik JPJ baik hati tu bagi. terus ke bahagian Pendakwaan. tapi incik yang kat sini lagi baik hati. jawab lemah lembut walaupun jam menunjukkan angka 4.15petang. nak je aku tanye 'incik tak kua minum petang ke?'. tapi sebab layanan dia sangat ikhlas, aku pendamkan aje. haha. rope nye saman yang aku baya time hidupkan roadtax awal tahun aritu untuk penama si scooter, adik aku daaa..aku ni kene saman sebagai penunggang. kire nye adik aku kene saman sebab meminjamkan motor padahal tau roadtax dah mati. camtu lak kan..aiyo.
*
incik tu suh datang Melaka, ajak dating. nanti aku tanye si suami dulu. time dating incik tu nak kua kan surat saman baru dan siap tarikh naik court mammoth. ah, menci!!bagi la coklat ke, munge ke..tak romantik langsung..erkkk..
*
pastu aku tanye bayaran kua dating dengan dia. wah, incik tu dah jadi GRO pulak. incik tu suh bawak seribu. tak payah la nak tanye currency ape pulak kan. penpaham sudah. nasib baik tak tanye pasal PTPTN. haha
*
aku merajuk. tamau cakap lame2 dengan incik-gro-pendakwaan. aku bagi salam dan letak fon. mane nak carik duwit ni.
*
tapi hati aku agak tenang sebab layanan 2 orang incik yang memberikan kerjasama sepenuhnye. tak meluat dengan semua pertanyaan bodoh aku. jarang betul nak dapat layanan yang best begini.
*
talipon si suami, mengadu. balik rumah dulu, kita bincang....pendek.ringkas.tajam.
*
ala, tak dapat la nak balik Kelantan lagi...huh! terima kasih atas kecuaian diri sendiri

Masak dengan Chenta


semenjak dua menjak ni PD asik hujan je menjelang malam. buat aku makin malas nak keluar untuk carik makan. selalu rajin je aku mengajak gi jenjalan. jenjalan kat PD lak tu, ahh..tak happening langsung kan. tapi bagus jugak, duit yang perlu dilaburkan pun tak happening jugak..
*
sebabkan malas nak kua, aku plan nak masak. kesinambungan doblas tahun jugak la so aku name kan masakan aku malam tadi sebagai masakan cinta. hehe. tapi takde la candle light dinner bagai, lampu kalimantang sudah cukup. eheh
*
*
*
mee sup yang cukup simple. yeeeee...aku kan elergic sayo so bahagian aku memang pucat lesi la

*
ribena longan. disebabkan ribena tu jenama econsave maka warna nye kurang pekat tapi rase eh same je

*
ciku ciku ah, ciku ciku ihh sebagai pembasuh mulut.
*
pastu lepak menyandar melipat kain sambil layan Tari Tirana dan berangan joget beyonce

November 3, 2009

Pantang segala pantang

*
a few minute ago aku baru je lepas berborak dengan hot mummy, nadia. dia skang tengah menjalani sessi pantang kat rumah nenet.for a few days, aku received quite a number of SMSes from her. mengadu pasal nenet. being nenet kan, mcm biase la. itu tak boleh, ini tak boleh.
*
sebagai orang yang tidak dan belum berpengalaman, ape je yang boleh aku cakap melainkan suruh dia bersabar. mesti dia hangen sebab takde benda lain yang aku reply. haha...
*
tadi dia mengadu lagi. bagi aku pengaduan kali ni memang kelakar.
*
tengah hari tadi dia bace sotkabar. nak la jugak tau kan perihal luar rumah. tibe tibe nenet Jah menjerit. tak bagi nadia bace sotkabar. alasan? nanti putus urat mata.
*
aku tak tau la nak gelak atau nak senyum kambing time dengar cerita ni. sebab aku tak pernah lak dengar pantang sebegini rupe.
*
Anyway, melayu memang kaya dengan pantang larang nye kan..kui kui kui..

Three Eleven

*
3haribulanNovemberduaribusembilan genap la doblas tawun aku dengan him berkenalan. mase tu dah la first day PMR lak tu, paper Bahasa Melayu la of coz. aku ingat lagi mase him call tu around kul 3.30ptg. huh, kengkonon nak bincang2 pasal paper yang amik pagi tadi. pastu makin jauh, jauh dan terus tak jadi bincang. hahaha..lepas tu kene marah dengan mama, padan muke aku.
*
ranjau percintaan memang la tak semudah yang disangka. sebab dia kat PD, aku kat Seremban. pastu aku bukannye mcm kengkawan yang lain leh keluar setiap weekend nak gi dating ke hape ke, duduk je rumah. kalau dia call pun kene interview dulu dengan mamapapa, kalau lepas.. memang bernasib baik, kalau tak lepas aku hanya dengar hempasan talipon je la dan mase tu semua jenis doa aku bace sambil tunggu pintu bilik dikuak oleh mama. aiyoo..seram gile mase tu.
*
pastukan [macham la orang nak denga ko bercerite]..ah lantak la..pastukan..naik result PMR kua, same lak tu result kitorang..ade A tau..tp biarlah rahsia..LOL..tak best la name nye tu..haha. pastu time form 4, dah besar sikit la konon, penah senyap sekejap. him bosan sebab aku takleh nak kua dating. nak kua dating pun time gi tuisyen, lepak Terminal 1 yang mane pade mase itu paling hot kat Seremban. hahaha..tak pun nak carik boipren hot sikit, pi la lepak Kedai Sopan, untung untung Nabil Raja Lawak tengah bersk8ing kat depan kedai tu.haha..tp mase tu si telinge capang tu no body pun kat Seremban..skang irma pulak yang dapat..
*
pastu pastu pastukan, dah lame lame lame tu, tah berape kali broke up berape kali skandal, kitorang pun tawen. dan harap2 nye sampai akhir hayat. amin

*
pix taken a few days after married. him tengah tahan nafas sebab nak sorok punchbag..hehe
*

November 2, 2009

CASIO DW-5600E

CASIO DW-5600E-1V G-SHOCK NASA flight qualified

*
pakai sekali je, gold model

warranty 2 tawun [sampai 2011]

*
come with box
selling price : RM300 with shipping (nego)

*
interested? call/ text 017-3225961

apiz, suh la kawan2 ko beli..hahaha


HORORscope

*
tadi aku dapat email dari chickyvoguekulai [ya ampun] pasal horoscope. bagi aku makin horor ade la. bukan nak percaya tapi menatang2 macam ni kadang kala macham memang perangai kita yang sekarang. aku just membaca, kalau percaya kang dah terpesong aqidah pulak. just nak share dengan u olls saje..
*

LEO - The Boss [aku agak bossy la].
Very organized [yang ni tipu].
Need order in their lives - like being in control [sikit sikit la].
Like boundaries. [kadang kadang]
Tend to take over everything. Bossy. [memang sah AKU]
Like to help others. [ SANGAT!]
Social and outgoing. [yeah..mak ibam kan..]
Extroverted. [try me..]
Generous, warm-hearted. [hip hip hoooreyyy]
Sensitive. [hati tisu]
Creative energy. [bohong]
Full of themselves. [kinda]
Loving. [ade?]
Doing the right thing is important. [100% setuju]
Attractive. [auwwww...]
*
korang pulak?