December 30, 2009

Hipotesis 2009

*
Tahun 2009 boleh dianggap tahun jalanjalan carik makan bagi aku. Sebab sepanjang tahun ni, banyak aktiviti berjalan dan makan telah dilakukan dengan jayanya. Haha.
*
Untuk tahun depan, kami masih mencongak ape yang patut. Negeri mana patut kami jelajahi, pantai mane lagi cantik dan semestinye poket sape lagi kembong. Itu semua masih dalam perancangan. Tapi kadangkadang aku ni plan kemain lagi, sampai mase habok pun takde. Ish. Kite hanye merancang, bukan?
*
Well, bile sampai hujung tahun mesti ade soklan cepumas yang sangat cliche.
*
APA AZAM TAHUN BARU KAU?
*
Ahh..sudah. Kena jawab lagi ke? Macam tahun lepas, jawapan aku KAHWIN. Oh! Gatal sungguh jawapan aku tu. Tu termasuk azam jugak ke? Boleh jadi jugak sebab bile dah ade azam yang gatal macam tu, persiapan untuk menggatal pun perlu ada. Kumpul duit dan berusaha untuk menjadikan azam kita berjaya. Huhu.
*
Azam untuk tahun depan memang baaaaaaaaaaaaaanyak. Tapayah la aku nak reveal kat sini kan. Aku simpan dalam hati. Tak aci ke? Alaah, kalau aku tak achieve, tak la malu sangat kot. Bia aku simpan sorangsorang. Dan azam aku kali ni sangat menyeluruh.
*
Tirai 2009 aku tutup dengan kisah sedih dan menyanyatkan hati keluarga kami. Ibu kazen aku yang dianggap paling rapat, pulang ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lepas. Semoga umi ditempatkan dikalangan ahli Jannah.
*
Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Pengajaran paling besar yang aku peroleh sepanjang melalui liku perjalanan tahun 2009 ialah sentiasa percaya pada usaha, doa dan tawakal padaNya. Ada usaha, adalah hasilnya. Tuhan sendiri sudah berfirman,"Takkan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk merubahnya."
*
*
*
*
*

Semoga azam 2010 kalian menjadi kenyataan. Amin.

December 28, 2009

Bubuh la Tajuk Sendiri

*
Tengah leka blog hopping, tibetibe aku terdampar macam ikan duyung campuran dugong ke blog ni lepas balik dari jumping kat sini. pastu rase nak buat tag game ni walaupun aku tak kene tagged pun. Ngeeee....tak malu..
*
1. Adakah anda rasa anda hot?
//Ish..macam soklan exam lak. Hot? Panas? Iye kot, sebab aku tinggal pun kat PD..memang sentiasa hot la weh..hot pantai orang cakap..haha..menjawab gak kan.
*
2.Uplod gambar kegemaran anda.

*
3.Cerita pasal gambar?
//Ni sebenarnye outing ramairamai ke Perhentian Island. Lepak Perhentian Kecil. And happened to be aku nye honeymoon trip. Tapi bukan pergi berdua tapi berlapan belas orang. Ni pun tak semua ade dalam itu gambar sebab sibuk nak tukar baju pi snorkling, padahal lum check in lagi tu. Ade orang prefer hornymoon berduan tapi aku bawak satu kapal. Tapi this trip memang superb. Kene repeat balik ni..

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
//Minggu lepas. Dapat gaji and half day pulak tu, terus gi Dimonos and beli large pizza. Lepak makan dengan si dia sambil layan HBO. nyaman sungguh..

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
//Dancing and Crying by David Guetta.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
//Filling and more filling..haha

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
//Mak Ibam dan a few name manjhe..Haha

8. Siapakah orang No.1 pada anda?
//Of coz la si dia. He's my 1st love. Dia boleh jadi kawan, suami, boifren dan musuh jugak wooo
*
9. Tag lagi 6 orang
*
10.Kata sesuatu mengenai orang no.5
//alamak..task!task! tak berape kenal dengan dia tapi ape yang aku tau dia ni ghajin-gile-mak-aiiii melawat belogbelog yang ada dan tinggalkan komen. Belog dia sangat menarik dan banyak ikonikon comel macham dia jugak. Sila kembang..hehe
*
11.No.3 ada hubungan dengan siapa?
//Owh, adik iparku yang sorang ni agak pendiam orang nye tapi kadangkadang ape yang keluar dari mulut dia sangat unpredictable. Still study, part time photographer, amik gamba sume cantik belaka, ramai gile kawan pompuan sampai aku tatau dia ade hubungan dengan artis yang mane. Haha..bulih call dia sendiri untuk berkenalan.
*
12. Bagaimana pula orang no. 4?
//Ni sorang lagi. Rajin bagi komen yang tidak melebihi dari 5patah pernyataan. Belog dia bulih tahan..
*
13. Pesanan kepada orang no.6?
//Belajar sungguhsungguh dan toksah asek mengejar chenta..zssszzssss petir..haha
*
14. apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?
//Beliau seorang yang budiman sebab dah belikan aku 3helai scarf tierack dari Dublin tanpa minta apapa cagaran dan bayaran, beliau juga alim orangnye sebab aku salu nampak dan dengar beliau mengaji, beliau ni garang sebab laki aku penah dengar beliau borak dengan bakal kakak ipau kami =), outspoken sebab kalau nak cakap tu main lepas je, berhati rempit walaupun tak naik rxz [tu sebab skang ni jadi OKUS], independant la konon sebab lepas jadi OKUS ni sume benda nak buat sendiri sampaikan penah jatuh kat dapur.
*
Sekian..

For Sale

*
**
Special edition Okley Frogskin sunglass collaboration with Grenade.
Grenade Edition Frogskin HDO (High Definition Optics)
sunglasses,cleaning bag & warranty card.
Frame is Matte Dark Olive
Lens is Gold iridium with etched grenade logo on bottom right corner looking at the glasses.
*
price : RM850 tapi negotiable sampai let go..sms/ call 012-3835961.
*

Gambar juga boleh bercerita

*
*
*
*
*
=
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*

Penatnye...

Wedding Lagi

*
Around 6.00pm dan bertarikh 25/12/09 [Merry Xmas..HO HO HO] sahabat aku yang sorang ni menjadi isteri kepada ex bf dan ex tunangnya, Raizan Fazly.
*
Welcome to the club bebeh. Moga bahagia hingga ke akhir hayat. Happy nye aku

Secret Admirer ke?

*
Arini nak bukak mate punye la malas. Last week was my hectic day. Rase macam nak sms saje bos nak mintak cuti lebey. Tapi kang kalau dibalas balik OK takpe, kok dia balas go to hell, tak ke aku tekan minyak berdiri gi keje. Haha
*
Datang- datang je, aku dah dapat hadiah dari santa kloz. Sape la yang baik hati pikul guni bagi sorang- sorang ni. Dah la takde note ke ape. Takkan la secret admirer? Bunuh diri je la kalau jadi secret admirer aku tu. Haha
*
ghoman hadiah yang aku dapat. cantik bukan? dan rasenye sungguh enak sampai kaki aku macam dah auto-matik kene gangren. Haha.
*
Dengan perasaan comel dan nak menghargai pemberian secret admirer aku tu, tanpa segan silu menjamah benda yang melekit lekit kaler ijo tu. Nyaman..dan aku teruskan lagi dengan asakan gigitan yang bertubi tubi. Biase la, gelojoh kan aku ni. Haha. Tengah sedap mengunyah, tibe tibe kepala otak aku menghantarkan signal mengenai berita E110. Lately aku banyak banyak dapat email [ni hint hint nak bagitau aku femes la ni] pasal makanan yang ade campuran lemak ba alif ba ya tu. oh! time maki hamun sumpah seranah boleh je aku eja penuhpenuh kan. haha.
Cepatcepat aku carik pelastik yang tu balik dan bace pelanpelan bahan yang terkandung dalam benda yang melekit dalam mulut aku ni.
*
Nafas terhenti seketika..
*
*
OMG! jengjengjeng..perlu ke aku gambur tanah kat taman depan ni dan kumurkumur? haih..padan muke aku. Gelojoh sangat tadi. Secret Admirer konon. Hakkk..thuiiii..

December 24, 2009

Kau Rasa Dia 'Sweet' Ke Macam Tu?

* *
Kau rasa sweet ke kalau suruh boyfriend kau tolong bawa kan handbag kau? Aku bukan ape tapi rase nye macam tak seswaiii saje kalau boyfren kau mengepit handbag dan kau sedap sedap bershopping. Haha. *
Ade yang berpendapat 'Romantik nye boifren dia sebab kendongkan handbag awek dia'. Pengsan la itu macam. Melalui pemerhatian ade a few kawan kepada si dia mengendong handbag awek masing masing bila lepak, shopping segala. For me its a big NO NO.
*
Bayangkan kalau lelaki macho badan ketak- ketak kena bimbit handbag awek nye. Mati macho la macam tu. Pastu the best part is handbag aweknye tu kaler pink. Fuiyooohh..Full package pulak dah..Haha.Kasihan deh. Tak dapat bayangkan ghoman Malik Noor bimbit handbag weh.
*
Bagi aku, aku ulang, bagi aku (jadi, ini termasuk dalam akta PENDAPAT AKU. Bermakna, aku layak untuk menyuara apa yang hati aku mahu kata) tak sesuai kot macam tu. Tak nampak romantik langsung. Pegangkan saja lah handbag kau tu sendiri. Baru lah kekasih kamu nampak lebih macho. Lagi-lagi, bila dia tak ikhlas pun nak jaga handbag kau tuh. Depan kamu mungkin ya :P
Tapi tidak mengapalah. Ikutlah adat bercinta masing-masing. Aku cuma kurang gemar saja. Kalau sudah pesen kamu bercinta adatnya begitu, teruskan..

December 23, 2009

Glamour

*
Glamor itu subjektif. Kalau diikut masa kini punye pemahaman, kau sarungkan kemeja kerja laki kau sekali pun leh naikkan aura dan seri. tapi yang penting kau kena yakin dengan pemakaian kau tu.
*

*
Wanita yang sekadar cantik, cuma mampu membuatkan orang tersenyum. Tetapi wanita glamor mengundang rasa kagum dan hormat. betul ke? hehe
*
Glamor yakni daya tarikan yang menakjubkan, milik wanita yang mempunyai karisma, sofistikated dan berkeyakinan diri tinggi. Ada wanita yang sudah berusia, tetapi masih mampu membuatkan lelaki tertarik padanya – mengalahkan yang muda. ke tertarik sebab duit nya?
*
Lalu, apakah caranya untuk muncul glamor sentiasa?
*
BELI DAN PAKAI BARANGAN YANG BERSESUAIAN. Memang benar, takde sape tau pakaian yang kau sarungkan itu ada brand atau tidak. Melainkan kalau mulut Azwan Ali kau tu dah over cerabih. haha. Asal kena dengan tempat, gaya dan keyakinan, mungkin kau akan dilabelkan sebagai Audrey Hepburn masa kini. Who knows, right?
*
kadang kala kita harus belajar untuk mengetepikan trend fesyen dan carik resipi stail terbaik untuk diri sendiri. Tahu potongan apa yang sesuai dengan bentuk badan, dan palet apa yang menyerlahkan warna kulit. Boleh jugak kalau kau nak pakai barang kemas tapi haruslah bersifat timeless. Beg dan kasut juga harus seirama supaya muzik kita tak hilang temponya. Berfesyen keterlaluan tidak digalakkan kerana jika salah langkah nanti lain pula ceritanya. Haha
*
Jadi tepuk dada dan tanya selera..

Chef! Oh Chef!

*
Hari ni aku nampak menu yang diemailkan agak menarik. tak saba betul nak tunggu time lunch.
*
Time lunch kemain berkobar kobar. Dari jauh lagi aku da nampak idaman kalbu menguit nguit memanggil name aku. haha
*
Name dia je dah buat air liur aku meleleh kat tepi pintu cafe tu. Nak menyebut pun aku tak reti. Something like pastatahhapejah name dia aku tatau. haha
*
*
so ini lah ghoman eh makanan yang aku idam idamkan sejak pagi tadi. Memang layak pun name dia pastatahhapejah sebab rase dia macham kau curahkan kuah dal yang lebihan pagi tadi punye atas spaghetti sejuk. So ape rase nye? Enak bukan? Haha
*
Mungkin disebabkan menyahut seruan 1 MALAYSIA, maka terhasillah menu caca marba ni kan. haih..
*
Aku terfikir mase si chef plan nak mempersembahkan makanan ni kepada seantero staff, whats on his mind actually? dan tang ceruk celah bedah mane pulak dia boleh dapat resepi yang sebegini ghoman eh?
*
Tapi orang tua tua cakap, rezeki jangan ditolak kan tapi kali ni memang takleh telan doh rezeki kali ni. Puas dah aku cube telan dengan air laici-yang-rase-payau-payau-sikit-tu tapi cannot go lar..
*
Aku telan biskut gule cicah teh o je la kang jawabnye...

Lovelorn

*
Aku terima email dari si dia..
*
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
*

*
iye- iye aku tau dia sekadar mengforwardkan email orang but im still melted..gedik betul

December 21, 2009

Cuti- Cuti Port Dickson


Sempena cuti sekolah dan cuti raya dan cuti hujung tahun ni, moh la kite semua menyahut seruan kerajaan dengan bercuti di sekitar Malaysia saje. Banyak tempat - tempat menarik dalam Malaysia ni perlu kita semua kenali. Antara banyak - banyak tempat, Port Dickson menjadi salah satu tempat tarikan pelancong bila menjelang cuti - cuti yang panjang. Ini mungkin kerana perjalanan ke destinasi hanya mengambil masa kurang dari 2 jam bagi yang dari KL serta bersesuaian dengan budget poket masing- masing.
*
Jadi kepada mereka yang baru lepas merancang ingin datang ke Port Dickson tetapi celaru memikirkan tempat tinggal, jangan khuatir kerana jika anda telepon atau SMS masalah anda ke nombor 017-3225961 / 012-3835961 pastinya segala permasalahan anda akan terungkai.
*
Ini kerana kami menyediakan beberapa buah apartment di Corus Paradise Resort untuk anda sewa dengan kadar harian dan harganya sangat berbaloi.
*

bilik tidur utama
*
bilik tidur kedua
*
dapur
*
ruang tamu


Lain-lain info = fully air-condition, dapur letrik dan Astro.
Di samping itu, kami turut menyediakan penghantaran sarapan pagi. Minimum untuk pesanan ialah 5bungkus dan caj penghantaran turut dikenakan iaitu sebanyak RM2. Menu bagi sarapan pagi seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Lemak dan Mihun. ; )

December 15, 2009

Satu Cerita

*
malam tadi dikira malam kurang bertuah bagi kami. elok elok duduk rumah telentang tengok awan dania, mengada ngade nak ke Kolumpo ikut mereka.
*
kosan eh keras duduk kat belakang sambil tengok drama pertelingkahan antara dua makhluk ciptaan Ilahi yang ada perasaan cinta tetapi kadang kala ego dengan naluri sendiri bila berhadapan dengan orang lain.
*
setiap kali aku bersama mereka, seringkali penyataan ini sangat biasa aku dengar dari mulut si jantan. malam tadi ia berulang. lebih kurang macam ni bunyiknya
*
"Carikkan saya bini kak. Si polan ni untuk geli-geli,"
*
mula nya aku terkesima, ape perasaan perempuan di sebelahnye itu tatkala bibir merah kehitaman itu lancar menitipkan ayat yang pada aku kurang enak untuk didengari. tapi bila dah selalu dia menghamburkan kata kata nista sebegitu, aku pangkah. tapi acapkali dihalang atau dipandang sinis oleh si dia. 'tapayah campur hal orang'. kate si dia
*
Lelaki selalu mahu perempuan yang terbaik antara perempuan-perempuan lain. Yang untuk stok bini, dia akan jaga dengan baik. Mahu diusik pun dia sayang. Kalau untuk geli-geli, dicium, dipeluk dan segala. Haih.
*
Entri ini mungkin nampak tertumpu kepada kaum Adam tapi yang benarnya kaum Hawa juga ada yang libat sama. Cuma mungkin persen nya tidak setinggi persen lelaki. Jangan terlalu terpengaruh dengan entri ini dan tapayah jugak gantung diri. Aku hanya bercerita apa yang aku lihat.
*
Ada juga yang kata jarang ada pasangan yang sama-sama lawa, sama-sama padan. Maknanya, salah satunya pasti punya kurang.
*
"Patutlah gf aku tak cun,"
"Kau hensem sangat ke bai?,"
*
Perangai.
*
Aku selalu bace, ah tipu..aku mane suke membace. orang selalu cakap, [tapayah la kau tanye orang mane pulak] pasangan kita mencerminkan diri kita sendiri. pemerhatian yang aku buat berdasarkan orang sekeliling mengiyakan penyataan tersebut rase nye.
*
so kalau kau pun dasar penipu, tapayah la mengamok sakan dengan perempuan kau sampai suruh delete akaun myspace, FB segala. tapayah la kau larang dia keluar dengan kawan kawan walhal kat belakang kemain lagi kau hafal semua rumah urut kat bandar sana.
*
Lelaki tolong la jangan nak mengawal pasangan tetapi diri sendiri bebas berbuat apa-apa. Tidak seimbang kalau ditimbang didacing. Faham apa yang dia mahu. Jika ada apa-apa yang perlu dibincang, harus dibincang. Don't keep silent. Senyap bila keadaan bertambah buruk. Bila reda, cuba bincang tenang. Mungkin lebih baik.
*
Perempuan jangan terlalu mengawal lelaki. Jangan terlalu obses. Jangan terlalu mengharap. Jangan terlalu menyerah. Jangan terlalu mengagungkan si dia lelaki. Bila kita ada sifat seperti tadi lelaki akan cabut atau dia akan angkuh. Biarlah kita dalam keadaan yang biasa. Fleksibel. Tau bila perlu marah, bila perlu kawal, bila perlu bertindak. Aku tidak suka di desak dan sebab itu aku tidak mendesak si dia. Aku tidak suka juga di kawal dan sebab itu aku memberi kebebasan untuk si dia. Cuma kita sebagai pasangannya perlu tahu batas sebagai sudah berpunya. Kalau masing-masing kekal sebegitu, insyaAllah sampai menutup mata kamu masih bersama
*
Entri kali ni agak membebel sebab aku penat, muak dan jelak dengan telatah mereka. baik di depan, 'baik' jugak dibelakang. Ada bini tp masih lagi makan luar. Berjoli sakan. Ada yang nasihat tetapi dibalas ''bini aku cool, bini aku sporting''. Bila bini kau dah lari, baru kau tau azabnye. Rambut serabai, muka cengkung.Bahasa kurang ajarnye padan muke kau. Tapi sebagai kawan, sampai ke hati nak berkata demikian. Nasihat tetap nasihat. Turut bersedih atas kehilangan..TAPI bukan kehilangan ke liang lahad, TAPI kehilangan atas kesilapan diri sendiri.
**
Kenapa lelaki selalu bila kita sudah tidak mahu, baru dia pujuk rayu? Semasa kita berikan segenggam hati padat dan jiwa kepadanya, dia seperti tidak kisah perlakuan kita itu?
*
Pelik ya?
*
Ada juga yang sanggup menangis dengan linangan air mata jantan semata-mata tidak mahu ditinggalkan. Hati perempuan, lembut kalah tisu. Dan perempuan sering memberi peluang. Tapi ingat peluangnya sangat limited. Sekali dia berangkat pergi, jangan harap dia kembali berdiri di sisi kamu lagi. Kala itu, dia membatukan hati. Tidak mahu kembali.
*
Iya-iya lah! Aku juga bercakap untuk diri sendiri. Semoga apa yang aku saksikan ini tidak terkena pada batang hidung sendiri. Insyaallah.

December 14, 2009

Cinta.

*
kita terimalah keadaan ni. kadang-kadang bercinta tak semestinya memiliki. sayang ni masih yg sama. kesalahan yg silam tak payah lah nak dikenang. manusia selalunya tamak. semua pun dia nak tapi dia tak bleh nak komit. manusia cuma punya satu jasad dan satu hati. tidak mampu utk berada di satu tempat dalam satu masa. mengakui kesalahan yg dahulu besar tp bila kata dah takde, takde lah kan. manusia tetap berubah jika betul niat dia tuh. lagi dicerita kisah yg lama lagi tebal benci ni. bercinta mmg sronok. mcm2lah. kita dicipta saling melengkapi kann. tp kadang2 bile terlalu berpegang kepada prinsip tuh, mcm tak sronok. yg lemah tetap lemah dan tidak melawan. aku tak tau ape yg aku merepek. tp inilah dia. putaran hidup yang diberikan oleh Dia


Selamat Pengantin Baru Izwan&Ana.


Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

''Kawan Baik''

*
sabtu lepas mak mentua masak nasi briyani yang ah-tapayah-tanya-review-kelazatannya,
tapi aku pandang sepi

mood tiada
serba tak kena

mak mentua tanya itu ini
aku jawab sekali

mood tiada
serba tak kena

rase nye macam 'kawan baik' nak buat lawatan kut.
baik sungguh hatinya.
siap berbekalkan buah tangan sekali
berupa senggugut

nasi briyani oh nasi briyani.
dem~

December 11, 2009

Aku sudah biasa.

*
Setiap kali mereka perlukan aku,
aku ada.
*
Setiap kali mereka menangis,
aku ada.
*
Setiap kali mereka SMS mengadu perihal teman lelaki dan suami,
aku ada.
*
*
*
Setiap permasalahan diatas,
aku ada.
malah aku cepat bertindak.
Menenangkan hati seorang teman.
Walaupun tidak rapat.
Aku tak mahu mereka sedih.
*
*
*
*
*
Tetapi,
Bila aku perlukan kesemua diatas,
Mereka senyap.
Mereka lenyap.
Mereka beralasan.
*
*
Kalau tulisan ini dianggap mengungkit, fine.
Kalau tulisan ini dianggap tak ikhlas, fine.
Kalau mereka rase aku sengaja menghebah hebahkan, fine.
*
*
Sememangnye aku sudah biasa.
Sudah biase dengan perangai manusia.
*
*
*
*
Tapi payah sangat ke nak balas SMS?

December 10, 2009

Sebelum dan Selepas Kawin

*
Hari tu aku berbual dengan seorang teman. Lelaki. Yang mahu menamatkan zaman bujang lewat minggu lepas tapi masih berkira-kira tentang perihal mampukah dia menjaga anak orang sedangkan gaji dan hasil yang dia ada sekarang pun hanya cukup-cukup untuk diri sendiri. Itu pun duit yang diberi untuk orang tuanya ada pasang surut. Kalau ada, adalah. Kalau tidak, bawa ke depan.
*
Aku nak bersyarah.Syarah untuk beri semangat, bukan nak marah.
*
Lelaki itu bagi aku dia hidup dengan komitmen. Tanpa komitmen, dia pengka. Haha. Macam lelaki yang tak reti main bola. Haha. Taklah, maksud aku, lelaki tak boleh lari dengan komitmen. Kau katalah kau anak bongsu sekali pun, hidup kau tetap dikejar dengan komitmen itu dan ini.
*
Tahun lepas, sebelum kahwin, him cukup risau kalau dia tak mampu nak beri apa yang aku mahu. Yelah, aku ni kadang kadang ligat shopping. Kadang kadang sebab nafsu. Heheh. Masa muda, memang macamtu. Haih.
*
Sekarang dah tak peduli hal shopping, ada banyak lagi benda penting nak dibelanjakan. Hp pun pakai cikai-cikai aje, siap terkopak pun aku bia kan saje. Sebab dah tak berapa peduli tentang hp. Yang penting boleh terima call orang dan sms. Dah, cukup.
*
Bila dia risaukan tentang hal-hal demikian, ulang kali aku cakap. Bila kita dah kahwin, memang tanggungjawab itu terletak pada si suami. Tapi apa guna isteri kalau tidak boleh membantu. Itu sebab si suami membenarkan si isteri berkerja. Untuk membantu. Kalau duit tak cukup, jangan risau. Ada jalannya. Pandai tak aku buat ayat sedapkan hati?
*
Dan kami pun tak minta untuk jadi kaya raya, cukup setakat duit makan minum pakai.Dan hari ini, dah setahun setengah kami kahwin. Hidup kami, alhamdulillah, tipu la kalau tak pernah merasa darurat tapi Tuhan dah kurniakan akal fikiran, pandai pandai la nak hidup.
*
Sejak berkahwin, gaji aku cuma bayar duit kereta dan barangan dapur. Duit makan, duit minyak kereta, bil telefon, dan macam-macam lagi, semua him yang uruskan. Kan Tuhan dah janji rezeki untuk tiap satu umatnya? Yang penting jangan malas. Jadi, jangan takut nak kahwin, rezeki akan datang kau tak boleh nak duga. Yang penting kena selalu berusaha. Kalau harapkan rezeki datang cari, memang la kau macam tu je sampai mati. Wei kawan, masih tak percaya?Masih taknak kahwin?
*
Pergi gantung diri.

Sebab si Anep

*
dah dekat seminggu aku tak makan lua dan itu amat menjejaskan aktiviti berjalang aku. tak dapat la nak gi hirup udara segar tepi laut waktu malam. [kok sebelum ni penah ke?]
*
jadinye malam tadi aku saje ajak him makan lua. makan mi sup kat tepi pantai. auww..plan nye nak berdating berdua tapi aku ajak la kawan him sekali. name dia anep. dia cakap nak datang umah jemput, bagus gak tu ade orang drive.
*
Anep pun datang la sambil memandu Mercedez kesayangan ayahanda eh yang dihejang ke hulu ke hilir. sambil memandu tu mulut eh tak berhenti bercakap. cakap pasal projek sane sini. Oh, walau pun dia baru berusia 23tahun, mude belia tapi dia dah ade company sendiri, projek ratus ribu jugak la..syabas..syabas..
*
dah tu sebab nak impressed kan kitorang lagi, dia pun bawak kami ke tapak projek eh kat batu 4. korek sane, korek sini yada yada yada. pade situasi ini kereta dia dah mule meragam. signal dah takde bunyi, hon pun dah tak berkumandang dan lampu depan dah malap. aduhhhhh..
*
teruskan jugak perjalanan ke gerai mee sup, tutup. great! ke depan sikit lagi, ke kedai ayam panggang cowboy. lunggah saje la ape yang ade. yang si sengal ni pulak nak parking depan2 kedai tu, mercedez kan..hehe...him bising..suh parking jauh sikit sebab keadaan kereta yang tak sihat, kang malu lak tibe tibe rosak kan. so anep parked tepi dan ke dalam sikit. tutup enjin. try hidupkan balik, ketik ketik ketik bunyi nye. terima kasih.

*
kereta, driver dan co-pilot dah menganga. aku duk diam diam kat tepi sebab him pandang sinis, aku wat lawak yang tak lawak time darurat macam ni. haha
*
*
perut mengagau. badan dah lotih, kami seret kaki ke kedai ayam panggang yang bersebelahan ni. nasib baik orang tak ramai.
*
si empunya kereta mule call sane sini carik pomen. sementara tu aku ngap ape yang ade depan mata la.
*


*
review : sos ayam panggang ni dah sedap la pulak berbanding satu ketika dulu. bagus, ade perubahan. tak sia sia datang walaupun kereta rosak.
*
tak pasal pasal pomen tu ketuk RM120 untuk aktiviti potong wayar alternater,sambung wayar dan dengar dia punye cerita dahulu kala jaman keje kat Singapore sambil hirup fresh oren dan blah. haih..

December 3, 2009

Engkau bukan seorang..engkau ialah seekor

*
eh, mase bercakap boleh tak kalau KAU cuba memaniskan suara?
*
eh,boleh tak mase bercakap, KAU lembutkan sikit suara tu?
*
eh, bila mintak tolong tu boleh tak KAU gunakan perkataan TOLONG?
*
eh, bile aku mintak tunjuk ajar tu boleh tak KAU share sikit ilmu tu?
*
*
*
eh KAU, sebab aku bukan KULI KAU, jadi jangan jadi pandai arah2 aku ikut suke hati mak ayah datok nenek KAU. mebi ko suke buli aku sebab aku tak pakai baju biru macam KAU. payah sangat ke nak cakap baik baik? ke KAU dah lame tak dapat tiap malam Khamis? ko betul betul buat aku sick dan poison la. keje KAU aku siapkan ontime la lahanat! sebab aku menyampah gile dengan KAU dan KAU pun tak pernah nak cakap elok elok dengan aku, jadi aku rase KAU tergolong dalam golongan SEEKOR, bukan SEORANG..harap maklum
*
*
*

December 2, 2009

Kalau aku boleh..

*

kalau aku boleh putarkan masa semula
macam macam benda aku nak buat. macham machammmm sangat. banyak benda bangang yang penah aku buat dulu. tapi orang cakap itu semua menjadikan kita lagi matang dan pandai berfikir lagi. haih...
*
kalau la aku boleh...