October 30, 2009

Sayonara, Hingga Berjumpa Lagi..

*
jumaat yang lepas, one of aku nye collegue yang banyak ajar aku pasai keje ni sume dapat offer tempat lain, better offer, better post and yang penting better salary. yeah..itu yang mahu dengar..duit!duit!duit!..hehehe..
*
dia dah keje kat sini soploh tawunn wooo...lame. tp dah 3 tahun dia ulang alik Puchong- Seremban, lagi la aku kagum kan..hehehe..
*
kalau orang nak blah, acara makan2 ni memang kemestian la kan. sebab dia dah lame keje sini, yang lain plan nak makan kat tempat yang best sikit. bukan la before ni selalu makan tempat yang tak best tapi tak penah makan special ikut citarasa orang yang nak blah tu. haha..
*
lepas kumpul2 duit dan bincang2, maka hari yang dinanti pun tibe. aku turut excited.sebab?adaaa laaaa..hehe

*
*
restoran seafood kat Kemayan Square. sape orang Semban, tau la kot katne.
mase datang ni baru kul doblas. banyak lagi kosong. tapi menjelang kul 1pm je, full house weh
*

*
aku memang elergik minum chinese tea ni tapi dorang pakse. kengkonon tea yang ni sedap sebab dah campur dengan bunga jasmine. lepas aku minum, sume macham pandang dan mengharapkan review. macham minum pewangi kereta saje, aku cakap. boss aku da tatau nak cakap ape, sume buat muke redha je.haha..tak sedap
*

*
after 15min, lauk pauk sampai.sume sedappppppppppp..kecuali sayo. aku kan elergic.

*
*
tarrrraaaaa...ni yang buat aku paling excited weh. memang ku nanti2 kan. kire ni main dish kitorang la. jgn ler time dating awal2 korang bawak makan ketam. hahaa
*
*
after 45mins...setel
*
*
*
dessert ni memang la boleh buat kat rumah tapi sebab vitamin M kan banyak, nan ado la

*
*

*
ini dia sifu aku yang banyak jugak berjasa, dia garang tapi dia jugak penghibur kat department aku ni. dia tengah bace kad sambil sedih2. kitorang belikan pendant kat Tomei.
*
*
lepas tu dapat la tisu wangi yang kene charge 30posen ni jugak.
*
lepas tu semua kene kerah balik office buat keje. tapi name pun jumaat, manee adeee wat keje pun. hahahahaha

Hingga menjilat jari..

*
aritu aku saje lepak umah FIL sambil melayan Tari Tirana. oh! drama ni memang feveret aku sebab macam amazed si pelakon tu boleh danca mcam beyonce. gile amazed weh..eh, eh..ni bukan nak citer pasal citer joget lambat.yang aku nak citer ni pasal kegemaran impak maksima abang ipar aku terhadap makanan berunsur keju dalam bentuk kek.
*
tengah aku tengok drama sambil berangan joget beyonce, him susup sasap masuk dapo. senyap. ah! lantak la, aku terus berangan. tibe dia datang duk bersimpuh kat sebelah dengan sebuah kotak kek. drum rollll.....

*
makanan kegemaran beliau la pulak. ade 2 bijik tapi aku sempat snap sebijik je sebab bijik pertama tu aku sokeee..blueberry cheese cake. tapi....aku mampu makan 1 slice je, yang si dia mampu habis kan 2 bijik hokeyyyyy....setiap bijik adalah 2kg. haih!!
*
*
ni gamba dari sudut X. hahaha..dah ghoman belaja math pulak. yang ni punye kurang sedap. mane dapat sampai 2 bijik? adik ipau aku dulu praktikal kat hotel kat PD, pastu leh la tempah dengan harga half price. ngam kan?
*
lepas kitorang bising2 makan kat benda alah kepunyaan OKUS tu kat hall, tibe2 dia tersembul dari celah belakang. aiyooo...nasib baik tak mengumpat
*
lepas drama beyonce pun habis, kek pun habis makan, aku chow la balik umah..hehe

October 29, 2009

New Arrival..still hot maaa...

*
isnin lepas around 9.00am, aku dapat anak buah baru. best fwen aku Nadia El- Yani Jaafar selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg melalui pembedahan. doktor cakap baby besar so tak lepas la kalau nak bersalin normal. disebabkan isnin pun cuti umum, maka aku dengan him pun terhompat hompat ke Melaka dan kebetulan pakcik aku pun ade kat GH, bulih la pegi melawat sekali.
*

so sampai sane pun dah petang tapi kalau ke GH memang lum leh masuk lagi sebab bukan mase melawat, so we all decide jumpe Nadia dulu at Putra Hospital.
*

aku lak berdebar2 time on the way ke sane. aku tgk Nadia terbaring, dah ghoman mcm pinguin tengah sun bathing pun iye gak..hahahaha..[encik lan, kalau anda membaca belog ini, sila ketawa pelan2, jangan kacau dia sun bathing]..hehe. Nadia masih berkhayal mase aku borak dengan dia tu, nasib baik tak cakap merepek2. dia citer la pengalaman bersalin dengan muke-yang-so-oh!-excited. after half hour, cik misi bawak masuk si pendekar
*

Oh! teruja..comel sangat. sihat dan cukup sifat. Alhamdulillah. Lan [Nadia's hubby] suh aku pegang, mane tau lekat kate nye. aku dah la gayat, kecik je mamat ni aku tgk. mate tutup je.
*
*
yang ni pulak gambar 2nd day for LUQMAN DZULQARNAINE. nadia mms kan kat aku. nadia suh panggil Auntie Intan saje, tak khelasss langsung kan, nanti aku nak suh dia panggil Intan je..hahaha..
*
*
dan malam tadi kami berborak lagi. pasal baby. him cakap dia nampak aku pressure. pressure ke aku? entah la. but im happy for u diah love. and thanks for all the advise and kata2 semangat. betul cakap ko, mulut orang tak boleh nak tutup selagi diorang hidup. so lantak pi lah..hehe.

October 22, 2009

Lepas doblas tawunn..

*
dulu kan time skolah, kengkawan aku yang semua nye gatai gatai belaka salu citer citer pasal ape yang boipren dorang buat. bukannye beromen okayy..tetttttt!!!mase time haku dulu sume innocent lagi.maksud buat tu macham manje2 thinggy la. kalau yang same sekolah tu, leh la pakwe makwe tolong photostat nota ke, tolong bawakkan buku ke dan tolong menolong yang lain la.
*
satu perbuatan yang paling aku rase schuweeet..schuweeeeeettt ialah tolong ketipkan kuku. suwit tak? kan? kan? kan? bukan la tangan tu dah kudung-tak-reti-nak-ketip sendiri tapi kan best tadah saje tangan pastu sedar2 je sume dah terketip. baru la terase pedikio medikio.
*
okay okay..aku dengan him kan kirenye dah menggatai lame beno la kan sebelum kawin kan kan kan... dan dia pulak bukan jenis la nak berpedikio kan aku bagai la. sume benda sila buat sendiri [sambil tiup wisel]..kaedahnye arahan la gituuuuu...no manje2 belai sume okay..sume mak buat sendiri. ah, sangat bukan Enrique Iglesias. haha
*
yang aku pulak selalu mendambakan him untuk ketip kuku aku ni. even aku tau dia musti tamau, sekeras kerasnye tamau nak ketipkan tapi aku pakse jugak. kadang2 sampai merajuk rajuk tu weh. saje kan nak carik point nak gado. tapi dia bukan pujuk pun. T_T
*
tapi tah macam mane, malam lepas lepas lepas aku tengah baring dah ghoman hamster kat sofa depan tv sambil tgk citer yang tah hape2 tu tapi layankan jugak. him pulak lepak sebelah sambil merungut kuku panjang. muke aku glowing giler sebab tau kejap lagi mesti dia nak ketip kuku. memang sah telahan aku. tanpa membuang mase lepas him habis je ketip jari dia yang penghabisan, aku hulurkan tangan ala2 snow white [white ke?] yang turun dari kereta kuda nak jumpe prince charming nye tu la.. hahaha..aku keraskan muke sambil hulur lagi. guess what?
*
*
bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang mengantok di sorong bantal, bagai aur dengan tebing..hahahaha...dia sauk je jari aku yang debab2-macham-peha-ayam-belanda [dia yang cakap] dan terus mengetip. ahhhh...aku rase macham tengah makan marshmallow je time tu.
kan macham lembut lembut je kan..hahaha
**
*
hasilnye jadi bosa godang lepas aktiviti pedikio medikio kengkonon. siap kene kikis2 lagi. lepas tu tersengih2 la sengsorang sebab rase puas hati yang amat sangat. macham snow white tersengih2 dalam stor lepas balik joget joget dengan putera raja. puas hati sangat sampai tido malam mimpi makan marshmallow. teeeeheeee T_T
*

Prett! Prett! Prett!

perasaan yang sangat sangat sangat sangat teruja.
*
bukan sebab nak tengok Rossi tapi sebab nak tengok Nidji
*
hek hek hek...

October 21, 2009

super skinny model for Ralph Lauren was fired for being TOO FAT
*
kalau dia dah dikategorikan sebagai gemuk, aku ni kategori celah mane pulak? sibet tul..


Panas di pasaran!!

*
ade majalah baru dah keluar di pasaran. tajuk magazine tu agak village la tapi kaver model dia meletop nyah. harga magazine aku kureng pasti. pi la cek sendiri kat kedai mamak yang berdekatan

model of the year tu u ollsss...

October 20, 2009

Diva kan!

*
psstt..psst..pstt..Beyonce tundakan konsert dia. kesian sangat pade sape yang dah beli tiket harga RM598 tu.
*
tapi lagi kesian kat sape yang dah beli tiket Rihanna dan sampai sekarang tak nampak batang hidung. Ah! soooo diva..hehe

October 19, 2009

Diet ke?

*
Dulu aku penah gi satu klinik ni kat Tasik Selatan, klinik kurus. sebab dengar ramai artis nak kurus gi sane..aku kan ala2 artis jugak so hempah hempoh jugak la ke sane. amik pakej yang bernilai rm300 untuk 2 minggu. Sumpah! pil dan menu yang diberi berkesan. aku hilang 10kg dalam masa 8hari. kawan kawan and even lecturer tanye ape rahsia aku. time tu aku praktikal, so everytime jumpe lecturer, dia nampak aku makin susut.
*
tapi aku kene repeat follow up dengan doktor tu setiap 2minggu dan melabur duit untuk beli lagi pil itu ini lagi. mane nak korek duit oiii. takkan nak carik sugar daddy kut. so aku benti amik pil dan kesannye memang mcm gampang. takde nak sekat makan lagi ke ape, sume pulun.benci!
*
Dan disebabkan kami langsung tak terpilih ke program Big Losers aritu maka aku dengan him nak mencuba mengurangkan berat badan. dengan erti kata lain, DIET. tapi tanpa menggunakan sebarang produk kecantikan, kelangsingan, kekurusan serta yang sama waktu dengannya.so skang aku plan nak start balik. aku tau ade yang gelak atau pun ade yang tengah tahan gelak. dah la ko apiz, luahkan deraian tawa tersebut. hahaha..sebab aku pun nak tergelak jugak. takpe, yang penting nawaitu disusuli dengan usaha maka hasilnya kene tunggu la kan. hehe
*
ape yang kami buat ialah tak sentuh nasik siang dan malam. siang more tu light2 meal mcm roti, buah ataupun sup sayur. sebab aku ni elergik pade sayo, aku buat milo dan cicah roti saje. eh, betul la, aku elergik sayo. hahaha
*
untuk malam, skang ni kami meroyan makan mushroom soup dengan 3 keping toasted bread with garlic butter.

untuk mushroom soup aku suke brand VONO [mcm brand tilam ziana zain kan?]. hahaha. campbell tu rase eh mcm more to susu la, yang Maggi pulak terover MSG. gile ape maggi ni, nak bagi aku migrain ke tiap malam? telur sosej pulak digoreng atas non-stick pan w/o minyak ye.
*
harap2 menjadi la diet kali ni, tak dapat turun banyak pun takpe la.

Putu Mayam

bile last sekali korang makan putu mayam? seingat2 aku la kan, last sekali aku makan benda alah ni tahun 90an. mude you..auww..
*
nak dijadikan citer, malam tadi tengah aku dengan him bergolek ala ala hamster comel depan tv, tibe2 aku dengar bunyi honk motor. alah, yang macam babu roti selalu honk tu la. tah cane, kepale otak aku mentafsirkan ia sebagai babu putu mayam. him cakap mane ade orang nak makan putu mayam tengah2 malam ni. eh eh..mane tau, dorang tukar marketing startegic lak kan. bile aku jengok, rupe nye Wak Man satey. eh sedap ati aku je nak bagi name kat orang tu kan. hahaha..
*
bile kepale otak dah salah mentafsir, mule lah aku resah je depan tv. ligat pulak pale otak aku ni fikir mane nak dapat putu mayam tengah2 malam kat pekan PD pulak tu. sebelum kene tengking dengan him, baik aku senyap sambil mendengus2 manje. hahaha..
*
bile otak dah bekutepu, aku beralih kepade him. ah! jawapan sangat positif. ade jual kat depan pasar tapi kene tunggu sampai pagi esok. jam baru kul 9.30pm time tu. haih! lame nye nak tunggu. ok, tutup mate cepat2 dan harap2 dapat mimpi jumpe babu putu mayam.haha
*
bangun esok nye sangat cargas. awal siol! lepas siap sume, bergegas ke pasa PD and sangatla positif lagi sebab orang yang dicarik sedia menunggu aku dengan senyuman manis.
*

sekeping dia jual 60 posen saje, aku beli 4 keping
*
60posen tu termasuk gula merah dan kelapa

berbaloi baloi aku tunggu dari malam ke pagi sebab texture yang lembut dan sedap. boleh angau weh..hehehe

October 16, 2009

Nyaman sungguh perasaan tika ini

*
sebab hari ni company bagi half day leave.
yeah!! mengalahkan sambut raye esok la pulak..
hehehe..
*

October 14, 2009

Kemeriahan yang tak meriah

*
Arini hari Rabu. Dah seminggu email dari cafe ofis ingatkan yang pade hari ni ade jamuan makan makan sempena Hari Raya yang dah nak habis dan sambung pulak dengan Raya Deepavali. dan pade hari ni jugak aku bulih pulak tertinggal camera dan henpon kat dalam kereta.; (
*
maka cerita akan tetap menjadi ceritera tanpa gambar. Ah! aku benci membebel tanpa tambahan gambar warna warni. memang sah deepavali aku ni. Vavavavava
*
memang menjadi tradisi ofis aku tiap tahun akan celebrate ape saje jenis perayaan dengan jamuan makanmakan, tari tarian, mabuk mabukkan etc etc. nasib baik hari ni takde adegan mabukmabukkan.
*
arini aku ke cafe memang awal. pukul 11.45am aku dan kawan kawan makan yang lain dah tercegat kat cafe. rupe sekor sekor dah macam orang gomen kua pejabat hari Jumaat la pulak yang confirm akan datang Jusco ataupun Terminal 1. [ah, tak femes langsung kan]..eh eh, pade sape yang tak buat, takpe, aku kecualikan..hahaha
*
sampai kat kaunter makan, mate tak tentu arah melilau tengok makanan sambil fikir nak mentekedarah amenda. menu memang mengancam, just name it. eh lupe nak bagitau, mase nak masuk cafe tadi aku rase macham nak maki diri sendiri sambil ganyang muke kat lantai sebab malu2 kucheeng macham -anak- dare- time- kene- risik- sambil- tatang -dulang -nak -limpahkan -air atas- pangku- mak mentua saje. ini sebabnye management suh budak budak pancha sithara yang elok je pegang violin la, caklempong la, gitar la betul2 kat laluan staff masuk. nasib baik aku mengingatkan chenchen di jari kanan lalu automatik bertukar lenggokan dari itik pulang petang terus ke rosnah mat aris.
*
ok berbalik pade menu, semua menyesakkan anak tekak. aku yang berhemah tinggi ni cume pilih lemang 4ketol dengan rendang ayam.TAPI 3polisterin satey dan nasik himpet dan kuah kacang. ranum sungguhkan hasil tapauan tersebut yang dishare bersama 2 orang yang lain.hehehe..
*
pastu dah heboh2 amik makanan, heboh2 carik tempat yang strategik pulak. dorang sume pilih nak duduk dihadapan pancha sithara pulak. sekali lagi aku diserang angau. hahaha. pandai betul si angau bermain viola. ah, bile lak aku tau name dia ni?lupekan si angau, aku fokus mengadap rezeki tengah hari ni. alhamdulillah syukur nikmat ke hadrat-Nya kerna diberi peluang makan lemang dan rendang ni lagi.sambil sambil makan meja aku dilimpahi gosip sane sini sinun. si anu nak benti keja la. si anu nak naik pangkat la. si anu kuat bodek la. aku.. senyap je. saje je nak tunjuk baik la pulak. hahaha. sebenarnye aku sibok fokus tengok pengjoget yang diupah dari kebudayaan Melaka berjoget lambak.
*
lepas joget lambhakk aku terus blah masuk keje balik. dengar2 aktiviti pengjogetan sampai kul 2pm. humang aiii..
*
sekian berita hari bebelan rabu.

October 13, 2009

Pesta Membuka Rumah

*

Sabtu lepas mokcik aku a.k.a mak mentua aku telah membuka rumah. Aktiviti ni memang acara tahunan pun so dengan muke tak malu-yang-tak-reti-nak-tolong-buat-ape-yang-patut aku dengan him terkedek kedek datang dengan membawa perut. tu pun lepas FIL call untuk mengconfirmkan kehadiran kami. time tu aku lak tengah mekap2 bagai nak rak, eh siap mekap?sape nak tengok?ahhhh..ade aku kesah..hahahaha. Ah! si okus ni lagi lambat datang tapi dimaapkan la sebab dia datang bersama gadjet istimewa

*

bile datang je, aku nampak makanan yang melambak lambak dengan kehadiran umat manusia yang kurang agak meriah. mesti kerana mereka lebih ramai bertumpu ke Bagan Pinang dan Teluk Kemang yang mane keadaan nye lagi meriah walaupun tiada makanan percuma.

*

Oh! aku yang malu malu kucing parsi ni pun melangkah masuk ke dalam khemah sambil berbasi basi memandang makanan. series taik aku sangat lapa sebab nampak satey. Ah! aku rase satey memang menu wajib la tiap kali buat open house ni. pastu orang macham berlumba lumba tak pernah makan satey sambil ade yang amik sekali sepemeluk tangan sampai berkata pegi mampus la dengan orang yang lambat datang tu. hahahahha..tapi mokcik aku ni steady kan4ribu cucuk satey..ko nak amik berape pun takde hal punye la.

*

bukan tu saje, macham macham lagi makanan yang mengiurkan dan memunahkan diet syok sendiri aku ni. Lemang, rendang ayam, rendang itik, nasi himpet, mee goreng, mihun goreng dan mee soto. On the other side, featuring my MIL sponser nasik kerabu dan nasik dagang. walaweiii..aku memang serba salah time tu, tatau nak makan yang mane satu. nampak tak sifat tamak haloba da menguasai diri? hahaha..dan yang best nye tempat makan kami anak beranak memang strategik, sebelah meja banquet tu sendiri.

*

dah lepas kenyang aku pandang sekeliling dan rase amat annoyed dengan diri sendiri sebab asik ulang alik amik air dan makanan. apetah lagi dengan tetamu tetamu yang lain kan. mesti dorang menyampah sambil menyumbatkan makanan banyak banyak dalam rahang mulut.

*

kehadiran adik ipau aku kali ni tak mengecewakan sebab dia bawak camera bapak mahalnye itu pastu tak penah nak bagi pinjam pun, ah, mane ade orang beli camera riban riban tapi nak bagi orang pinjam..lu beli sendiri la..hahahah.. aku pulak memang sedia maklum dan amat la bersedia dengan tersenyum kambing di mane mane sudut sekalipun sebab aku kan camwhore..hahahha. maka terhasil la rentetan gamba gamba syok sendiri keluarga kami


tu la adik ipau aku..pakai baju photoschool..junior saiful nang la konon..uwekkk

meja kami memang berserabut habis dengan makanan. agaknye kalau kene bayar tah berape la jumlah eh.


bersama SIL serta anak anak buah yang kadang kadang memang rase nak luku pale dorang sorang sorang..eh eh, sedap je nak luku anak orang kan..;p


sejak menjadi okus [orang kurang upaya sementara], perangai dia lain macham sket. tengok la bukti nye. tapi takpe, dia sedekahkan aku tie rack 3 helai dari dublin.

dia solo weh. meh la anta resume.


yeah! yeah!dah jumpe mangsa..ape kitorang nak buat?


churik sikit untuk rumah sendiri. hehehe..



him bile dah kenyang memang macam ni.



ni nana, anak buah yang tah keberape, umur baru 3 tahun tapi petah sangat bercakap.

aritu nana ingat aku gi keje naik motor sebab him pakai keta nak dianta gi service, dia marah him. 'kesian cik intan, nanti kena hujan kene H1N1'.


tapi aku suke sakat dia sampai dia menangis.


dan nangis lagi. nangis sampai keluar suara Ella. ngam hoo..


dah puas kene marah, baru tesengih sengih amik gamba sendiri






bile dah berkumpul memang tak sah kalau tak amik gamba ramai ramai kan.

family FIL aku besar, ni pun tak cukup korum lagi ni. okus kemain bergaya lagi dengan gadjet baru tu. hehehe..rileks la bro..hahaha



dan aku memang camwhore sejak azali
~the end~

October 8, 2009

Bila M menjadi R

*
*
Biase nye aku jarang buat breakfast untuk diri sendiri mahu pun him.
Sebab kami bukan jenis breakfast punye orang
*
Tapi pagi ni mood M for malas dah berubah menjadi R for rajin walaupun jam berdenting menunjukkan aku dah lambat nak gi keje. tapi takpe, bos cuti arini. hehehe
*
Belek belek dapo, tgk ape yang boleh masak. Terpandang setandan pisang..mak aiii..setandan ke? bukan la..seikat pisang saje..mane pulak nak datang setandan celah bedah..dari aritu tingin nak buat cekodok pisang. dulu dulu buat tak penahnye nak menjadi, mesti lembik. tapi tok guru aku memang handal wehhhh..dengan sekali kelas ajaran, aku dah mahir. dia garang wooo...kalau dia dah bersilat kat dapo, mengalahkan cikgu Ekonomi Rumah Tangga la pulak. [ke ko memang ade amik kursus ERT beb]..hahaha
*
yada yada yada dengan pakaian lengkap yang kengkonon dah bersiap nak ke opis, aku start buat ape yang patut dengan pisang nan seikat tu.sambil kecik kecikkan mata ingatkan balik pelajaran yang diajar oleh tok guru, hasil nye sungguh memberangsangkan..aku sangat puas hati.
*
puas hati sampai letak 4 ketol cekodok untuk suami saje bagi menguatkan lagi ikatan kaseh sayang. dan dia juga yang melaongkan angka 4 dari bilik mandi, mesti dia eksyen time tu. tapi time aku dah terkedek kedek nak kua sambil mengendong bekalan, dia pun terkial kial melahap kesemua cekodok tu sambil meminta lebih sikit lagi.
*
kerna timbul sinar chenta dan kaseh sayang terbit di ufuk mata nye, aku bagi lagi 2 ketol sebagai tambahan ikatan. hahahaha..
*
*
lihat hasil masakan yang penuh dengan kaseh sayang setelah diagih agih kepada rakan taulan
*
sebab tak letak baking powder untuk penghasilan gebu, maka ia kelihatan seperti akok saje
*
perasaan mengalahkan orang yang mengidam lak kan.
*
eh eh, tahniah untuk nem yang bakal menjadi hawt mommy ;)

October 7, 2009

Kerana Kutu

*
aku main kutu. dari awal tahun lepas. being Intan, aku la jadi ketua nye.
Semua ade doblas orang. main doblas bulan. semua kawan kawan tapi ade jugak kawan atas kawan. kalau kawan atas kawan tak bayar, kawan yang tukang bawak kene bayarkan. semua angguk kepala dalam dunia siber.
*
permainan dari awal memang smoothed. kutu akan diberi biase pade awal bulan. aku akan bank in kutu tu paling lewat pada 10haribulan. kadang kadang ade jugak yang terbabas bayar due to dapat gaji lambat. tapi lambat lambat diorang pun tak pernah lewat sangattt hokay.
*
semua happy. dapat kutu gi Bali. dapat kutu gi beli pinggan mangkuk. dapat kutu terus bertunang. dan ade jugak yang dapat kutu ni nak gi UK [pengsan].
*
tapi cuaca tak selalu cantik....
dia pernah jadi kawan baik aku in the past. dia main kutu jugak. tapi dia buat perangai. dia hilang bermula Jun. dua pengkutus's terus ghaib. sebab dia mainkan untuk kawan dia sekali yang aku pun tak kenal sape.
*
aku CEMAS. kami CEMAS. ape aku nak cakap pade pengkutu's yang lain pasal ni? adakah syarat di perenggan pertama akan digunakan? macham nay nay nay untuk aku.hehehe.lame aku dan kami mencari jalan. menghubungi si dia bagai nak rak. email. mukabuku. call. sms. semua tidak berjawab. tup tup pade belasan haribulan pade bulan julai, si dia muncul. membalas email di mukabuku dengan seribu satu cerita. dengan propaganda. tsk!
*
lepas tu hilang. lenyap. senyap. diam. sunyi. sepi.
*
dan aku gigih menerangkan cerita, merayu simpati, agar diorang faham yang kutu tidak lagi genap seperti perjanjian. TAPI berjanji akan ganti semuanye pade bulan soploh yakni bulan ini. sebabnye bulan ni ialah turn kawan si dia. alhamdulillah & thanks sebab memahami.
*
yada yada yada until malam tadi aku dengar si dia sms pengkutu's lain untuk tanye giliran sape pulak yang dapat bulan ni. huh? terperanjat aku pertanyaan kau ni. ko tanye dia, kenape tak tanye aku? kenape dia kene jadi orang tengah kau lagi?
*
berani betul kau kan. berani bertanye kan pasal benda yang pade aku kau dah tak involve.
aku rase sangat disturbed sampai hari ni. mesti kau bangga sebab kau asyik wujud kat kepale otak ni. asyik fikirkan pasal masalah kau. masalah yang bakal kau cipta. bukan aku tak ikhlas berkawan tapi aku penat. penat dengan sandiwara dan opera kau selama ni. babak klimaks ~ aku jugak terlibat dalam opera ciptaan kau sekali.
*
hei KAU
maaf aku tidak bersantun
aku dah lama keluar. keluar dari drama kau.
keluar aku untuk kebaikan. moga kau bahagia di luar sana. kutu kawan kau aku dah tolak siap2 sampai hujung tahun ni. play safe kate orang. cukup la sekali aku dibodohkan. tiada kedua.

October 5, 2009

Gisele Bunchet makin senang hati

Raya tahun ni ialah tahun yang paling sakan kot.
Sebab banyakkkkkkkkkk sangat open house.
Alhamdulillah, atleast kami diingati.

Open House dan itu bermaksud perut juge peeeeeenuhhhhh. tapi ade jugak undangan last minit yang tak sempat aku terjah. maaf dipinta, bukan sengaja tapi memang tak dapat nak elak.
petang sabtu, aku beropen house ke rumah zali. larilolalari pun ade same dengan edycted to lala dan jijan. ni 1st time larilolalari kerumah zali manakala aku pulak kali kedua [selepas trajedi akak mematahkan kepale angsa replika yang sampai sekarang zali tatau lagi].
*
*
*
kami taksub dengan persekitaran, ah sungguh rase tak bersyukur dengan rumah sendiri pun timbul namun cepat2 ke meja hidangan yang menawarkan menu2 menarik seperti nasik briyani, lemang, sambal udang [aku amik sepinggan, sgt buruk perangai dan makan pakai tangan],cendol,teh tarik yang superb sebab ala2 minum kat Tarbus saje serta a few menu yang lain.
*
memang tak sempat nak snap gamba sebab perut berdondang sayang dengan syahdu
*
*
ilusi bumbung khemah tu bukanla milik rumah zali, tp kepunyaan jiran nye
*
*
kami yang feeling feeling classic lepas melantak anggur globe sepinggan
*
*
the end
*

October 2, 2009

Awak ni memang kurang DIAJAR oleh mak ayah ke?

even today is Friday and Im suppost bersuka ria sebab bos takde dan keje macham-melambak-tapi-dibiarkan-sepi-tak-usik tapi trajedi hujung minggu lepas betul2 mengusik kalbu ku.
*
pasal zuriat.
*
ade la sorang minah ni datang beraya umah aku.nak kate rapat tak la sangat but boleeeeyyyla.layankan aje.
dia ni memang la sangat laser-yang-tak-pernah-cermin-diri-sendiri.
*
*
tengah borak2 sambil tengok album kawin aku yang entah keberape kali dia punggah dan tatap dan komen tak henti2 tu, tibe tibe terpelanting ayat skema rama konservatif lagi ortodoks machamm ko tu belajar takat darjah tige.
cantik je mulut mungil minah tu yang memang dah tak sayang muke nak kene tenyeh dengan cili api bertanyekan soklan feveret time kenduri kendarat kat kampung
'bile nak dapat anak?'
*
aku terpempam.it was an auto kaget mood.au-to-ma-tic.
*
sambil berbasi basi, aku reply 'nak honeymoon lagi' [tapi aku tau aku ti-ai-pi-yu]
dan aku rase dia sangat biol sampai lupe sape tuan rumah yang sebenarnye sebab menyusul penyataan yang kedua
'ala, dah setahun lebih kawin tak sudah2 lagi honeymoon'
**
I just chuckled silently
CUKUP!
*
ewah ewah, aku tak sangka pulak ade orang yang sanggup jadi tukang kire tak bergaji pulak.
siap kire dah berape lame aku kawin, dah berape lame aku honeymoon kan.
**
aku menyampah benci meluat annoy pangkah tahap gaban bile orang yang bukan dalam friendlist dunia akhirat tapi ade hati nak tanye machamm machaamm pasal personal aku.
YES, I CALL THIS AS PERSONAL.VERY PERSONAL
kawan2 aku pun tak pernah nak persoalkan pasal benda ni tau.
*
Ask everyone yang dah kawin, sape yang tamau anak dari darah daging sendiri?Tapi antara cepat atau lambat saje hasilnye.
*
yang kau tu dah berkedot sane sini, celah peha banyak selulit mengalahkan aku yang sememangnye gemok ni, ape kes pulak?Penah ke aku tanye ko bile nak kawin?Penah?
*
takpe la minah-straighten-rambut,mase kau akan tibe jugak.
*
tunggu dan lihat je okay?

Fashion Victim

The term "fashion victim" refers to someone who slavishly follows the current fashions (implementations of fashion)
*
*
Ade suatu ketika aku tengah beratur membeli makanan segera di suatu lokasi yang kurang gelemer. Aku kaget.Kat depan aku sepasang merpati sejoli yang masyuk berchenta, berpegangan tangan sambil membincangkan ape yang patut diorder.
*
Aku kaget bukan disebabkan diorang tengah buat perangai tak senonoh ke ape tapi sebab ketrampilan mereka. patut ke aku panggil dia sebagai mangsa fesyen atau mangsa keadaan?
*
*
*
mule2 tang rambut. aku taktau fesyen ni dalam kategori yang mane satu.hanye rambut belakang je curly tapi bahagian tengah kepala sampai ke depan ialah lurus-yang-sedang-mintak-diironkan kembali.ala2 mcm kene renjatan letrik gitu.[ohh!!..sangat cabul mulutku]
*


dari mata turun ke hati. dari rambut turun ke selua.time ni takut2 jugak nak snap picture minah ni tapi disebabkan kekagetan adrelnaline ni membuak2
*
aku hanya boleh cakap dalam hati. sampai hati dia beli dan pakai sua ni.
kalau baby yang pakai, harusla comel sebab ropol2 tapi...aduhaiii saleha!!!
agaknye memang theme fesyen dia macham ni kut, perlu sekata dengan rambut
*
takpe lah, pakai la ape saje, asalkan kau bahagia
*
**


October 1, 2009

Raya Sakan Kawin Sakan Part II


Kenduri bermula pade hari raya ke lima. mcm biase la tiap kali kenduri memang kene kerah bangun awal [bukan menolong ke ape] untuk saje tayang taik gigi.


tatau la aku sama ada trend kat situ ke ape, lauk2 diselenggarakan oleh kaum lelaki.
ape yang penting..kerjasama..wonderpets wonderpets kami datang..hahaha


menu for the day amat masyuk. gulai lemak umbut kelapa pulak tu.rare gile


the penanggah crew
yang t-shirt hitam tu menjadi pujaan siang malam adik ipar aku yang bongsu tu
udah2 la atin..jauh weh nak mengantar


acara naik rumah setiap setengah jam dan duduk depan kipas adalah wajib '
masing2 berebut nak keringkan juice [peluh ketiak]


kenderaan empunya jagoan kampung

name dia Angah, tulisan dia sangat chantek [sampai menitis air mate cikgu nye tgk], cita2 nak jadi doktor. dan dia begitu gigih jadi flower boy on that day. yang lain takleh harap.haha


gisele bundchet memang suke melaram dengan hasil kerja orang lain.
aku pun tolong cucuk2 jugak benda alah tu..credit jugak ape..


boleh bayangkan aku habiskan waktu dengan budak2 underage.sure kene mengata punye lah sebab aku tak gi menolong kat dapo pun..
dan ini jugak aktiviti kami. duduk tanpa hala tuju. bukan nak tlg angkat pinggan ke, susun kerosi ke...sibuk plan nak buat ape petang ni.
so lepas habis semua benda, kitorang tido bergelempangan.gile heaven.
bangun pun sebab menggeliat nak change posisi tido.hahahaha
tengok2 dah pukul 6pm, ish...plan petang kene lancarkan jugak ni..so kejut semua orang dan laju basuh muke dan siap2
ni jalan menuju ke penambang.dari umah tu ade la dalam 6minit tapi journey horor so kene naik keta jugak.pastu keta takleh masuk lorong nak sampai ke penambang, kene la merentas desa pulak [gisele bundchet hate sweat].

ni pemandangan sungai Pahang. time ni dah dekat nak pukul 7pm.
ade buaye ke agak2 nye?


dulu2 penduduk kat sini kalau nak ke pekan ke, nak ke rumah jiran yang jauh sikit sebab nak bergossip ke.. semuanye kene naik sampan/bot. tp sekarang tak ramai yang ade benda ni.so kenderaan ni berkunci sebab nak elakkan orang curi dan pakai sesuka hati.
kire ni kereta dorang la.cool kan?

gisele bundchen with underage crew. yang pakai baju kuning tu sila jangan perasaan nak undergage jugak.haha

dan kami bergerak pulang pada raya ke enam.yang pegang camera tu lah si perantinnye.
lupe la nak tepek gamba dorang.hehehe

so berakhirlah sudah siri SAKAN.